Serikan wajah bak sakura dengan penjagaan kulit & solekan ringkas dari Fanbo kosmetik
Raya tetap raya kan.. Walaupun di rumah sendiri dan hanya kami berempat sahaja buat kali kedua. Bukan main lagi Kak Long dan Adik ber ootd raya untuk sessi bergambar. Yang penting kita semua perlu nampak cantik dan gembira di pagi raya.

Set penjagaan wajahnya juga di formulasikan dengan bahan-bahan yang sesuai untuk penjagaan wajah wanita di suhu nusantara kita ini. Cuaca panas sepanjang tahun memerlukan produk penjagaa dan solekan wajah yang sesuai supaya ia serasi dengan kondisi kulit wanita Asia Nusantara. Jom ana nak perkenalkan korang semua jenama Fanbo khas buat kita wanita Asia.
Fanbo Sakura
Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit anda adalah amat penting. Keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan kering merupakan antara cabaran bagi produk tersebut, dan kini dengan penjarakan sosial serta pelbagai tekanan lain, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal hebat sebagaimana semasa mula memakainya.
Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita menerusi produknya, supaya mereka dapat tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur.
Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya.
Bagaimanapun, ’jenama nostalgik’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk- produknya mengikuti perkembangan terkini.
Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.
Rangkaian produk penjagaan wajah Fanbo Sakura
![]() |
Fanbo Precious White Facial Foam & Milk Cleanser |
![]() |
Fanbo Precious White Moisturizer |
![]() |
Fanbo Precious White Face Toner |
![]() |
Fanbo Compact Powder |
![]() |
Fanbo pensel kening |
2 Comments
Menarik. terima kasi kak perkongsian.
ReplyDeleteboelh lah try PC :)
Delete