Siapa pun akan berasa risau dan gelisah jika peralatan elektronik khasnya gadget IT seperti laptop, komputer atau pun telefon pintar yang menjadi kegunaan harian tiba-tiba rosak atau tidak berfungsi dengan baik. Gajet ini telah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan seharian kita pada masa kini. Tanpa gajet, kebanyakan dari kita tidak dapat melakukan banyak aktiviti dengan sempurna. 

Tak kiralah apapun taraf kehidupan dan status seseorang, gajet seperti laptop, komputer dan telefon pintar merupakan aset yang amat di perlukan mengikut kerjaya mahupun sebagai pelajar masa kini. Bayangkan tiba-tiba ianya rosak dan tidak boleh di gunakan, mahu tak pening. Ini kerana peralatan IT kegunaan harian kita bukanlah sesuatu yang murah untuk di miliki. 


APR Electronic & Services


Ana sendiri sebagai seorang blogger dan youtuber, amat bergantung rezeki dengan laptop dan juga telefon pintar. Siapa lah ana tanpa gajet-gajet ini dan sekiranya salah satu tidak dapat di gunakan atau rosak, tentulah akan mengganggu kerja harian dan sumber rezeki. Sebab itu ana nak share dengan korang , di manakah tempat atau syarikat yang boleh membaik pulih, membaiki, mengguna semula atau recycle malahan menjual semula dan trade in peralatan IT yang rosak yang bertauliah



Jom kita baca apakah yang istimewanya APR Electronic & Services ( APR-ES ) sebagai pusat membaik pulih, membaiki, recycle dan jualan second hand peralatan IT seperti laptop, komputer dan telefon pintar


APR ELECTRONIC & SERVICES (APR-ES)


APR ELECTRONIC & SERVICES (APR-ES)


APR Electronik & Services mempunyai misi yang sangat baik iaitu untuk menjadikan gajet IT sebagai peralatan yang mampu di miliki oleh setiap rakyat Malaysia. Malahan visi mereka komited untuk melestarikan kehidupan dengan memperbaiki aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar sejajar dengan prinsip kemanusiaan sejagat. Menarik bukan!

Untuk itu APR Electronik & Services yang telah bertapak di Malaysia hampir 20 tahun , telah menjalankan beberapa prinsip perniagaan dalam mempastikan mencapai misi dan visi mereka. Antara fakta yang perlu korang tahu mengenai konsep syarikat APR Electronic & Services ini adalah seperti berikut : 



APR Electronic & Servies


TOTAL UNITS BUY BACK 

Melalui program BUYBACK ini bukan sahaja dapat membantu syarikat dari aspek ekonomi malahan menyelamatkan alam sekitar di mana APR-ES akan membeli semula peralatan IT dari syarikat-syarikat korporat, sekolah, bank dan juga pembekal. Ianya akan di baik pulih dan di jual semula pada harga yang pasti mampu milik. Butirannya boleh korang ketahu di BUYBACK Program . Menerusi program ini APR-ES telah berjaya membaik pulih sehingga 180 000 unit peralatan IT dalam masa 20 tahun.

Membaiki laptop,komputer dan telefon pintar sehingga 25 000 unit dalam masa 20 tahun. Lebih membangga kan bila berjaya mengurangkan Carbon Footprint sehingga 72 million CO2eq (350 kg CO2eq per laptop).

Dari aspek kemanusian dan sosial pula APR-ES telah melatih sehingga hampir 2000 orang pelatih dan pelajar sejak 2014. Malahan jumlah pelaburan melebihi RM600 000 untuk peralatan mesin, komponen dan latihan kakitangan untuk mempastikan memperolehi teknologi terkini dalam bidang IT yang begitu pantas berkembang. APR-ES juga sebuah syarikat yang kukuh selama 20 tahun tanpa sebarang kegawatan kewangan.

APR Group kini turut terlibat dalam industri pembuatan perlindungan dan pembungkusan, baik pulih hardware IT dan pengedaran e-dagang yang beroperasi di 

• Pattaya, Thailand

• Penang, Kuala Lumpur, Johor, Malaysia

• Sydney, Australia

Kilang APR-ES mendapat audit dan sokongan dari Jabatan Alam Sekitar di mana proses pembaik pulih adalah tidak menyalahi dan menjaga persekitaran. Malahan sering mendapat liputan yang baik dari media penerbitan dan penyiaran. Antara nama-nama besar yang telah berpuas hati dengan kerjasamaa ini seperti Nestle, Agro Bank, Public Bank, LAZADA, Shopee, Singer, Courts, SEGI Univercity & Collage dan banyak lagi.


APR Electronic & Services


Sebagai contoh di atas di nyatakan servis untuk baik pulih Motherboard yang mana APR-ES mampu lakukan untuk kepuasan pelanggan. Sekarang ana pun dah tahu di mana nak hantar sekiranya laptop ada masalah motherboard rosak nanti. 

Jadi jelas kini apakah istimewanya APR Electronic & Services dan mengapa kita perlu memilih khidmat mereka .. 






Ini adalah kerana APR-ES adalah satu-satunya syarikat yang berkerjasama dengan UNDP (United Nation Development Program) dalam SDG membaik pulih & guna semula (recycling ) peralatan IT .

Mereka juga mendokumentasi kan semua proses pembaikan e-waste materials dan mempastikan pelupusan  yang sah melalui pengesahan dari Jabatan Alam Sekitar .

Lebih meyakinkan di mana mereka akan mempastikan Safe & Secure Data di padamkan. Semua data pengguna di peranti peralatan  akan di padam melalui unrecoverable process di iktiraf oleh agensi keselamatan antarabangsa ( National Cyber Security Centre ).

APR-ES telah berjaya membaik pulih lebih daripada 180,000 peranti IT selama  20 tahun. Bersama rakan niaga seperti  Acer,Toshiba, Dell dan Intel. Mereka sangat berpengalaman, professional dan sebuah syarikat IT yang kukuh.


Untuk lebih info mengenai APR Electronic & Services boleh lah layari ke : 


Korang boleh scan sahaja barcode di bawah untuk pembelian atau trade in laptop di 

Techmurah.com





8 Comments

  1. true, gadget skrg ni adalah keperluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat penting dalam urusan seharian kan Zieya :)

      Delete
  2. gajet dominasi cara hidup kini kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu keperluan dah sekarang ni kak PI :)

      Delete
  3. dah menjadi keperluan dan kepentingan sekarang

    ReplyDelete
  4. Wah bagus kitar semula. Saya pun baru baiki hp Lenovo saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bagus untuk persekitaran dan kita pun boleh dapat duit bila trade in yang dah rosak kan NA :)

      Delete