Anak rantau pastinya sehingga ke saat ini ramai yang memendam rindu dendam pada keluarga dan kampung halaman. Ada yang telah sempat kembali sewaktu sempadan negeri di buka seketika dahulu dan ada juga yang hampir 2 tahun tidak dapat kembali ke desa dan keluarga tercinta.

Selagi pendamik ini belum reda, dan kini ada fasa-fasa dalam PKP 3 rasanya akan mengambil masa yang lama lagi untuk kita kembali ke fitrah kehidupan yang normal. Ada compang campingnya dalam perlaksanaan PKP dari pelbagai pihak namun siapa lah kita untuk memperkatakannya. 

Hanya mampu terus berdoa dan berdoa kepadaNya semoga di panjangkan usia kita dan mereka di kampung untuk kembali menjalin kasih sayang yang kian lama terpisah tanpa rela. Aamiin.


cara melihat kampung dengan Google Street View


Cara melihat kampung dengan Google Street View 

Viral juga beberapa minggu lepas kisah anak rantau dapat melepaskan rindu pada kampung halaman dengan melihat rumah dan sekitar kampung secara maya melalui Google Street View. Walaupun pemandangan maya yang di paparkan bukan lah secara Live malahan ada beberapa paparan adalah rakaman visual beberapa tahun yang lalu, namun dapatkan juga melepas rindu yang lara. 


cara melihat kampung dengan Google Street View


Ana sendiri terjebak juga bila Kak Long ajak balik kampung melihat rumah dan suasananya di Google Street View. Sebak rasa hati, seolah sedang berjalan-jalan sekitar kampung dari rumah ke rumah menikmati pemandangan yang amat di rindui. 

Namun bukan semua rumah dapat di jejak oleh Google Street View ada yang terhad dan tidak di jumpai, mungkin waktu pemetaan di lakukan tidak meliputi kawasan rumah . Misalnya taman perumahan mak dan abah ana tidak dapat di terokai sepenuhnya jadi tak dapatlah nampak rumah mak abah.

Namun rezeki dapat sampai ke rumah arwah tok dan bapa saudara serta mak saudara. Puas juga melihat deretan rumah-rumah ini, rasa seronok dan lawa pula dalam visual nya. Jelas nampak bentuk rumah, jalan pokok-pokok dan sekitarnya. Kalau ada kenderaan dan objek manusia ia akan di kaburkan, mungkin atas aspek keselamatan ye dak. 


cara melihat kampung dengan Google Street View

Jadi untuk mereka yang belum pernah dan ingin melihat suasana kampung menggunakan Google Street View ni , korang hanya perlu ke pautan --> www.instantstreetview.com . Masukkan alamat kampung dan bila di paparkan, mulakan jejak pencarian hingga jumpa dengan menggunakan anak panah yang di paparkan pada view.

Gerakkan sehingga sampai ke destinasi rumah kampung korang dan boleh lah zoom in atau zoom out. Mudah kalau ada sesuatu bangunan mercu tanda sekitar untuk pencarian korang. Selamat mencuba naa dan teruskan kita berdoa semoga semua ini akan segera berakhir dan kita akan kembali ke pangkuan keluarga dan desa tercinta.. Aamiin Ya Rabb. 

8 Comments

  1. Saya pun buat macam ni Kak Ana untuk feeling di kampung.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan LZ jadilah lepas rindu walaupun ada yang view beberapa tahun lepas hehe :)

      Delete
  2. BAGUS JUGA KAN WALAU JLN2 KE KAMPUNG DGN GOOGLE STREET VIEW NI HILANGLAH SIKIT RINDU KAT KAMPUNG

    ReplyDelete
  3. Semoga covid cepat2 pergi... faham sgt perasaan rindu kg tu. Ramai yang berkorban untuk menahan kehendak utk balik kg. Rindu dendam dah kat orang2 tersayang di kg. Apakan daya, kes makin berleluasa.

    ReplyDelete
  4. Hehe pernah buat tapi cara lain yang anak panah belum lagi tengok rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti NA try macam kak ana ni clear nampak rumah hehe :)

      Delete