Pertama kali ana makan mee tarik di restoran Mee Tarik Warisan waktu sebelum pkp 3.0 . Tu pun Adik Ika belanja. Salah satu menu yang Adik  dan Kak Long order mee tarik black fungus ni. Rupanya kesukaan anak-anak ana, maklum lah masa di kampus dahulu depa ni selalu makan dengan kawan-kawan. 

Dua minggu lepas, Kak Long ada cadangkan nak masak menu mee tarik black fungus ni bila ana beli beberapa jenis cendawan termasuklah cendawan hitam black fungus. Kalau dulu di kampung mak selalu masak sup dengan suun. Cendawan hitam ni ada jenis yang segar macam yang ana beli ni dan ada juga jenis yang kering. Hat kering tu kalau nak masak kena rendam bagi ia lembik dahulu baru di masak. 


resepi mee tarik black fungus


Mana nak dapatkan mee tarik ? Haa di mana lagi kalau tidak di Shopee ler. Kak Long beli 2 pek mee tarik jenama Fat Boi di Shopee dan jenama ini ada halal Jakim. Jadi yakinlah kami untuk memasaknya. Jom ana sharekan resepi dan cara masak mee tarik black fungus yang resepi nya ada ambil dari perkongsian di Facebook. 


Resepi mee tarik black fungus 



Resepi mee tarik black fungus


Jom kita tengok dahulu bahan-bahannya . 

Bahan-bahan mee tarik black fungus 


1 pek mee tarik Fat Boi
250 daging - ikutlah banyak mana korang nak letak , daging hiris nipis-nipis naa
1 pek cendawan hitam segar ( black fungus ) 
1/2 biji capsicum - nak cantik guna capsicum merah dan hijau 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kuntum bunga lawang - 
1 sudu besar pes cili - kalau suka pedas buh laa banyak-banyak
sos tiram 
kicap pekat manis - kicap mee pun okay
garam
minyak


cendawan hitam


Inilah rupa cendawan hitam atau pun black fungus segar yang ana beli di pasaraya. Satu pek ni banyak juga kepingan dalamnya dan berharga lebih kurang RM4 lebih sahaja. 

Cara masak mee tarik black fungus 

Kalau tengok dari teknik masak mee tarik black fungus ni macam kekdah masak mee goreng je.. cuma ia menggunakan mee tarik dan ramuan bersama black fungus tu. 

1. Hiris nipis daging, capsicum, bawang besar dan bawang putih di dadu kecil. 

2. Black fungus di gunting kecil-kecil.


Resepi mee tarik black fungus


3. Didihkan air dalam periuk dan masukkan 1 pek mee tarik Fat Boi. Masak hingga bertukar warna keputihan dan lembut lebih kurang dalam 20 minit juga. 

4. Angkat dan bilas dengan air paip dan toskan dalam tapis.


Resepi mee tarik black fungus

5. Tumiskan bawang putih hingga garing.

6. Masukkan daging.

7. Dah separuh masak daging, masukkan cili pes.

8. Bila cili dah garing bolehlah masukkan sos tiram dan kicap serta campakkan bunga lawang kalau korang suka, tak letak pun okay .

9. Masukkan cendawan hitam atau black fungus dan tambah sedikit air jika terlalu kering.

10. Bolehlah masukkan bawang besar dan capsicum, rasakan dengan garam.

11. Akhir sekali masukkan mee tarik dan gaul sebati.  Siap hidangan panas-panas untuk seisi keluarga.

Korang boleh juga tonton video masakan di bawah ni : 



Selamat mencuba ....

10 Comments

  1. sedap sgt tu sesekali ubah selera

    ReplyDelete
  2. Mana chopstik.... nak tumpang makan semulut sementara masih panas. Sedapnya mee tarik black fungus!

    ReplyDelete
  3. eh menarik juga. biasa black fungus ni buat sayuq ja. masak lemak sedap.

    ReplyDelete
  4. nieyl tak pernah makan black fungus ni...
    tapi selalu la nampak org share masakan-masakan yg ada black fungus ni...

    ReplyDelete