Review dan cara penggunaan Pulse Oximeter
Antara gajet perlu ada di setiap rumah, pendapat beberapa orang doktor perubatan di perkongsian di sosial media baru-baru ini. Maka berebut-rebutlah warga net mendapatkannya di pasaran. Alat yang kerap ana lihat sebelum ini di lakukan pemeriksaan pada jari mak, sewaktu ana menjaga mak di wad beberapa bulan lepas. Inilah dia Pulse Oximeter.
Apabila statistik jangkitan kes dan kematian yang semakin tinggi dari pendamik ini, apa sahaja yang berkaitan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga, pasti akan cuba kami perolehi dan simpan satu di rumah. Belum ada kekuatan untuk ana bercerita lebih panjang, cukup sekadar ana nyatakan ana dan suami di dapati positif Covid19 pada 24hb Mei 2021 yang lalu. In Shaa Allah akan ana terbitkannya di lain entri.
Dari jiran kami yang bekerja di HKL, Man berkongsikan video tips penjagaan khusus untuk pesakit yang menjalani kuarantin di rumah. Banyak perkongsian yang bermanfaat yang ana ambil dari perkongsian video salah seorang doktor perubatan Sunway Hospital tersebut dan salah satunya adalah sebuah alatan kecil untuk menyukat tahap oksigen dalam darah.
Bagi pesakit Covid19, tahap oksigen dalam tubuh adalah amat-amat penting untuk di monitor kerana ia boleh membawa kepada kesan yang lebih teruk bila tidak cukup oksigen hingga mengganggu sistem pernafasan, Nauzubillahi min zalik. Doktor tersebut mencadangkan bagi yang menjalani kuarantin di rumah agar mendapatkan alat Pulse Oximeter ini supaya kita dapat memantau kadar oksigen di rumah.
Waktu itu belum lagi viral alat oximeter ini dan ana suruh Kak Long beli satu di Shopee. Alhamdulillah dalam beberapa hari kami terima dan mula lah pantau kadar oksigen bila sahaja batuk-batuk. Memandangkan ana dan suami self quarantin dalam bilik , anak-anak ada oximeter mereka sendiri supaya kami tidak perlu berkongsi. Alhamdulillah anak-anak dua kali swab kedua-duanya negatif, syukur yang teramat.
Cara menggunakan Pulse Oximeter
Pulse Oximeter ini menggunakan kuasa bateri AAA sebanyak 2 biji. Untuk mengetahui kadar oksigen dalam darah, kita hanya perlu meletakkan jari telunjuk ke dalam mesin oximeter ini dan dalam beberapa saat akan di paparkan secara automatik kadar oksigen dalam unit %SPO2 .
Dari perkongsian video tersebut dan juga rujukan dari blog-blog di internet di nyatakan tahap oksigen normal dalam tubuh manusia ada lah 95-100% . Jika sekiranya bacaan tahap oksigen kita berada di bawah 95% adalah paras yang boleh membahayakan sistem pernafasan kita dan perlu mendapat rawatan selanjutnya di hospital. Ini lah antara kes yang perlu di rujuk ke hospital kerana jika terus menurun pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Bacaan di bawah pula adalah kadar nadi kita di mana dari pembacaan di internet degupan nadi normal manusia adalah pada bacaan 60 ke atas. Untuk info-info kesihatan dan perubatan korang boleh cari di blog-blog mereka yang pakar dalam bidang kesihatan, ye. Ana cuma ingin berkongsi review penggunaan Pulse Oximeter ini sahaja. Korang boleh tonton secara visual nya di bawah :
Mana nak beli Pulse Oximeter
Jadi alat Pulse Oximeter ini amat perlu sebagai pemantau khasnya mereka yang sedang menjalani kuarantin di rumah. Walau bagaimana pun ianya bukan penyelesaian tetapi sebagai alat pemantau sahaja. Apapun perlu mendapatkan nasihat perubatan dari doktor perubatan yang bertauliah, ye.
Ana beli oximeter ini pada hari RM47 kalau tidak silap waktu tu termasuk pos. Anak-anak ada beli Pulse Oximeter yang berharga RM28 termasuk pos, namun yang murah ini tidak begitu bagus kualitinya kerana kadang-kadang bacaan nya tidak tepat dan cepat rosak. Sekali dua guna dah padam dengan sendiri. Yang ana beli ni, Alhamdulillah beroperasi dengan baik selepas sebulan lebih dah kami gunakan.
Dalam waktu yang tak terjangka ini, apa sahaja boleh berlaku pada kita semua. Adalah baik untuk setiap rumah mempunyai satu Pulse Oximeter di rumah sebagai gajet kesihatan. Ana berikan puatan Shopee yang ana beli Pulse Oximeter ini untuk yang sedang mencari nya. Korang boleh klik di SHOPEE PULSE OXIMETER . Semoga bermanfaat..
10 Comments
ada jugak terfikir nak beli haritu
ReplyDeletedah jadi keperluan untuk ada di rumah sekarang ni mudah nak pantau kan Raz :)
Deletesekurang-kurangnya tau juga kadar oksigen dlm ruang udara rumah kita tika kuarantin...alhamdulillah ana n suami selamat lalui fasa kuarantin wabak
ReplyDeletealhamdulillah kak ujian ini telah kami lalui
Deletealhamdulilah mmg ada gak beli oximeter ni...
ReplyDeletealhamdulillah AR
Deletenk beli juga :)
ReplyDeletebeli jangan cari yang murah sangat naa nanti cepat rosak :)
Deleteramai dah beli ni. saya pun dah beli.. tq AJ share ni
ReplyDeletesemoga bermanfaat mama :)
Delete