Resepi serawa nangka
Musim durian sekarang ni kan,sana sini duk jual durian. Suami adalah beli 3 biji durian kampung, kebetulan lalu balik kerja ada lori jual sekilo RM6 , 3 biji dalam RM20 lebih. Alhamdulillah isi semua elok-elok, rezeki anak-anak nak makan durian. Sedih juga lah di kampung sedang musim durian gugur belakang rumah arwah tok, rambutan dan manggis pun lebat berbuah, apa kan daya anak cucu semua tak dapat balik lagi kerana masih dalam PKPD.Rezeki orang kampung lah nampaknya.
Eh syok pula cerita kisah durian ye, sebenarnya nak share resepi serawa nangka, sangkut ke durian pula. Nangka ni pun pemberian jiran ana, cikgu Faz. Sebekas di berikannya pada kami. Isi segar keras memang masih baru di potong. Manis. Nak makan mentah banyak-banyak suami sorang je yang tahan makan. Anak-anak tak berapa gemar. Ana pula tak boleh makan banyak nanti semput.
Gigih juga lah mencari di internet, resepi yang boleh di buat dari buah nangka. Terjumpa resepi serawa nangka. Selalunya serawa bachang atau kuinin ana makan mentah cuma santan sahaja di masak. Resepi serawa nangka dari Youtube sahabat blogger Eny Yusnizar ni masak macam bubur. Ana try dan alhamdulillah sedap kejadiannya. Terima kasih Eny.
Orang kata kalau nangka atau cempedak ni bila dah di masak anginnya hilang. Jadi berani lah ana makan. Sedap lemak manis rasa serawa nangka dan untuk menambah kepekatannya, ana tambahkan biji sagu. Jom lah ana kongsikannya di sini, mana tahu ada yang nak mencuba.
0 Comments