Walaupun dah lebih sebulan total lock down dan waktu entri ini di terbitkan Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur sedang PKPD namun statistik kes masih tinggi . Lebih membimbangkan bila beberapa hospital kerajaan sudah kekurangan peralatan dan katil. Allahu .. 

Apa yang agak mengecewakan adalah bila mana antara kluster yang paling banyak terjadinya penularan adalah dari sektor pekerjaan khasnya industri kilang tetapi masih ada beberapa kilang yang bukan essential masih beroperasi. Bukanlah nak mencari salah pihak mana, namun ketegasan pemerintah amat perlu agar dapat menurunkan bilangan kes dan kita semua tidak lagi hidup dalam ketakutan.

Kadang-kadang kita telah berjaga sebaiknya namun jika nak terkena juga, mungkin sudah tersurat sebegitu. Cuma sebagai hambaNya kita di suruh ikhtiar dalam mencegah. Apa sahaja langkah yang dikatakan dapat mencegah kita cuba dan usahakan, selebihnya bergantung lah pada doa semoga keluarga kita di lindungiNya jua, aamiin. 


spray sanitizer

Sebagai salah satu usaha pencegahan dan menjaga kebersihan rumah bukan sahaja dari virus pendamik malahan segala kuman yang boleh memudaratkan kesihatan seisi rumah, kerana waktu-waktu begini sedaya mungkin kita cuba menjaga kesihatan kerana hospital bukan lagi sesuatu yang mudah untuk kita dapatkan rawatan. Kebanyak hospital khasnya di Selangor hampir lumpuh dengan kesesakan pendamik. marilah kita jaga diri dan keluarga kita sendiri mudah-mudahan sentiasa sihat dan dilindungiNya. Aamiin. 

Nano spray atomizer sanitizer 


Bila ramai yang mewarwarkan penggunaan spray sanitizer ini untuk menyahkuman ruang rumah dan kereta, suami pun dapatkannya dari rakan sepejabat. Satu set spray gun sanitizer bercahaya biru ni sekali dengan air atau pun pembasmi kuman berharga RM120 . Bila ana cari di Shopee pun harga sekitar itu juga dan ada yang di jual set lengkap, ada juga yang di jual berasingan dengan air pembasmi kuman dan spray gun.


spray sanitizer

Cara guna atomizer nano spray sanitizer 


Set yang kami beli ini, spray sanitizernya perlu di cas sebelum boleh di gunakan. Menggunakan port charging type C yang ada dalam kotak , selepas di cas penuh,isikan air pembasmi kuman di dalam ruang botol di bahagian bawahnya dan boleh lah spray sekitar ruang rumah, pada sofa,langsir dan sebagainya.
Ianya portable atau mudah alih jadi senang di bawa ke mana-mana malahan ana spray dalam kereta selepas balik dari pasar .

Cahaya biru pada spray gun tu sekadar memberikan panduan tara mana kita telah spray persekitaran, nampaklah kan semburan mist tu kena kawasan mana, itu sahaja fungsinya. Ianya ringan dan mudah untuk di gunakan. Korang boleh tonton video di bawah review secara visual atomizer nano spray sanitizer yang ana gunakan, lebih jelas secara video kan dari pembacaan yang agak keliru.




Cecair semburan yang di gunakan dalam set yang kami beli ini adalah bersaiz besar dan in shaa allah akan tahan lama kerana ia menggunakan teknik semburan nano dalam kuantiti yang kecil tapi menyeluruh.  Botol besar bersaiz 5 liter . Cecair ini sekadar ikhtiar kita untuk sanitize ruang dan barang bukanlah jaminan untuk membunuh virus, ya. Tidak ada bukti secara saintifik yang boleh mengatakan ia membunuh virus. 


spray sanitizer


Dari pembacaan pada label, ia mengandungi hydrogen paroxide paracetic acid 0.5% dan selebihnya air. Bermakna ia tidak perlu di bancuh atau di campur air, tuang dan spray lah ruang yang di kehendaki. Kandungan nya di katakan sama seperti kita menggunakan clorox pembasmi kuman. Korang bolehlah cari info tepat mengenai kandungan air pembasmi kuman ini dari laman web atau blog mereka yang lebih arif dalam bidangnya. 


review spray sanitizer

Ianya berbau segar bila di sembur, cuma pastikan makanan semua tertutup sebelum membuat semburan kerana risau juga terkena pada makanan akan ada kesan lain pula kan. Semburan akan agak basah pada permukaan dan biarkan kering dengan sendiri. 

Selain spray dalam rumah dan kereta, ana juga spray sanitize parcel, barang-barang yang ana beli macam botol sos , beg recycle yang ana bawa ke pasar dan sebagainya. Jangan korang spray pada ikan dan sayuran sudah lah, sat nanti jadi lain lak.. Ianya hanya untuk kegunaan luar sahaja dan jenama ini mempunyai NOT pendaftaran dengan KKM . 

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya dalam kita saling bertukar info di mana sama-sama kita usaha untuk mencegah dan melindungi diri dan keluarga dari segala bentuk keburukan dunia dan akhirat. Amalkan SOP yang telah di didik selama ini, penjarakan sosial, pemakaian face mask dan keluar hanya bila perlu sahaja. Amalkan kebersihan diri, mandi selepas balik dari luar dan kerap membasuh tangan dengan sabun. Teruskan berdoa dan jangan putus asa dengan doa dan tabahlah dalam melalui ujian demi ujian yang hadir. 


6 Comments

  1. Nampak ramai yang dah mula gunakan spray sanitizer ni.
    Kita usaha apa termampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ujia buatlah apa yang ada atas ikhtiar kita menjaga kesihatan keluarga kan

      Delete
  2. wah menarik nih
    boleh buat sendiri

    ReplyDelete