Hai korang, tengah buat apa tu ? Panas kan cuaca sejak kebelakangan ni.. Haus sentiasa, kulit cepat je rasa kering. Di bawah sinaran matahari yang terik ni, kita perlu menjaga kesihatan tubuh badan dan juga kecantikan paras wajah. Walaupun panas, aktiviti harian masih perlu di teruskan. 

Dalam tempoh waktu PKP ni, kalau asyik terkurung dalam rumah pun bukan lah sesuatu yang bagus. Kita perlu keluar rumah juga melakukan riadah , ke kedai membeli barang keperluan dan sebagainya. Ianya boleh melegakan minda. 

Macam ana sendiri keluar ke kedai membeli barang keperluan dua kali seminggu. Tetapi ana suka berkebun sama ada menghias laman dengan pokok bunga atau menjaga tanaman herba di kebun belakang rumah. Peneman setia ana, Kak Long lah. 


hansaegee nature cc cream


Tapi Kak Long , sebelum keluar rumah bukan main lagi dia protect wajahnya. Takut rosak katanya jika terdedah terus pada sinaran matahari di waktu pagi atau petang. Beriya lah dia memakai CC cream dengan SPF50+ , dan pilihan Kak Long semestinya CC Cream Hansaegee Nature. 

Kelebihan Hansaegee Nature CC Cream 

Bila ana tanya apakah kelebihan Hansaegee Nature CC Cream ni berbanding cc cream lain? Panjang lebar di ceritakannya , dan ana nak share dengan korang pula, sekiranya korang sedang tercari-cari CC cream yang bagus untuk kita wanita Asia yang berkulit sawo matang ni. 


CC cream dengan perlindungan dari sinaran UV matahari dengan SPF50+ PA+++





Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mempunyai perlindungan dari cahaya matahari SPF 50+ PA +++ . Bermakna walaupun setiap kali kita berada di luar rumah, dan terdedah pada sinaran matahari ia memberikan perlindungan khusus pada wajah. 

Ia mempastikan wajah kita tidak akan mengalami kerosakan seperti kedutan akibat kekeringan , tona wajah menjadi tidak sekata, kehadiran bintik-bintik hitam dan sebagainya. Amat perlu untuk wajah di lindungi dari sinaran UV ini dan memakai CC Cream Hansaegee Nature dapat menjaga kesihatan kulit wajah.  

Hasil solekan natural, sekata dan menutup cela



 
Wajah Kak Long agak cerah dan terdapat juga kesan tinggalan parut jerawat manja di bahagian dahinya. Dengan memakai Hansaegee Nature CC Cream, ia memberikan hasil solekan wajah yang tidak comot, tidak putih melepak dan rataan calitan dengan jari tetapi memberikan solekan yang sekata. 

Parut jerawat dan cela pada wajah pun dapat terlindung dengan satu sapuan nipis CC Cream
dengan sekali calitan. Boleh gunakan jari sahaja tanpa span. Jadi mudah nak touch up solekan selepas solat atau mencuci wajah ketika berada di luar. Best kan..

Mudah di bawa ke mana-mana 




Saiz dalam bentuk tiub nipis, memudahkan kita membawanya ke mana-mana di dalam tas tangan. Jadi mudah lah kan, isi dalam beg bila berhenti solat, atau di tempat kerja sentiasa ada untuk digunakan, lebih-lebih lagi ia mudah di bersihkan kerana teksturnya yang ringan di wajah. Guna tisu basah pun dah boleh di bersihkan. 

Penutup twist lock yang tidak akan tumpah





Seperti yang ana cerita di awal tadi, saiz nya yang comel , nipis mudah di bawa ke mana-mana. Korang tak perlu risau kerana ia tidak akan tumpah atau terbalik di dalam beg. Ini kerana ia menggunakan penutup twist lock. Untuk membukanya, korang perlu pusing kan penutup dan kunci semula selepas di gunakan, selamat lah kan..

Mengawal tona warna kulit




Walaupun Hansaegee Nature CC Cream ini berwarna putih biIa di calit pada wajah namun ia boleh mengawal tona warna kulit agar nampak asli dan juga bertindak mencerahkan wajah dalam masa yang sama. ( Color Control + Brightening ). Kalau korang lihat pada calitan warna dari tiub Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, ia adalah berwarna putih tetapi magic nya apabila di ratakan pada wajah ia akan bertukar kepada tona warna kulit kita. 



Sama seperti yang korang lihat pada foto solekan Kak Long di atas tadi. Nampak asli atau natural kan. Jika kulit korang berwajah gelap ia tidak nampak comot sebaliknya memberikan tona wajah yang serasi. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, korang bolehlah lihat contoh pada tangan yang membezakan selepas menggunakan Hansaegee Nature CC Cream dan sebelumnya. 


Tidak bercapuk, kekal glowing walaupun berpeluh




Untuk membuktikan solekan wajah korang akan kekal glowing dan tidak bercapuk walaupun sedang berpeluh, Kak Long letakkan titisan minyak bayi pada tangannya yang memakai Hansaegee Nature CC Cream. Kesannya selepas di gosok minyak, kesan solekan dengan CC Cream kekal mate dan tidak memberikan kesan capuk atau tompokan. 

Ia kekal nampak glowing walaupun berada di pada sinaran cahaya matahari malahan tidak menjadikan solekan wajah berminyak. Ia mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit kerana diformulasikan dari mineral water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold. 



Banyak kan keistimewaan Hansaegee Nature CC Cream ini dan Kak Long telah lama dan serasi menggunakannya sebagai asas solekan serta penjagaan wajah hariannya. Jika korang suka pada penampilan wajah yang simple, nipis dan cepat siap, ana yakin inilah CC Cream yang harus korang guna. 



Usah tunggu lagi dapatkan info dan pembelian di pautan yang ana berikan di bawah :


Brand/ Jenama : Hansaegee Nature
Website / Laman sesawang www.hansaegee.com/shop

8 Comments

  1. Un hari biasa TAK suka make up, hanya cc cream shj, berbaloi ..cukup untuk kesihatan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu UN nak nak lagi sekarang ni dapat pakai cc cream dah cukup tanpa perlu make up :)

      Delete
  2. manisnyaa dia.. hansaegee mmg trbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga memilih hansaegee cc cream ni kan :)

      Delete
  3. baguih kak long muda2 dah jaga kulit muka, timm pun guna cc cream ni, xpkai dah yg lain sbb mlas nk tempek byk benda, ngeh2..

    ReplyDelete
  4. produk yang bagus nampaknya ni

    ReplyDelete