Korang masak apa hari ni ? Inilah masalah kita mak-mak , suri rumah dan wanita-wanita di luar sana kan, hari-hari buntu fikir nak sediakan menu apa untuk keluarga atau yang masih bujang pun kena gak fikir untuk selera sendiri. Tapi last-last terhidang juga lah rezeki depan mata untuk di makan... Alhamdulillah.. 

Hari ini ana nak berkongsi dengan korang semua satu sos untuk penyedap rasa masakan korang. Bagi yang suka dengan citarasa pedas gabungan pula dengan Thai sos, inilah pilihan wajib dan tepat untuk korang nikmati. Boleh je nak buat dipping sauce atau colek kata orang pantai timur. Kalau nak di jadikan sos perapan pun pasti menyedapkan menu korang. 


Sos Sriracha TABASCO


Sos Sriracha TABASCO 


Yang ana maksudkan adalah Sos Sriracha TABASCO . Sebelum ini ana suka makan dengan pizza dan ayam panggang kalau ke salah sebuah restoran. Kini kita dah boleh beli dan simpan di rumah sahaja Sos Sriracha TABASCO ni. 

Sos Sriracha TABASCO serba baharu keluaran Syarikat Mcllhenny kini dah ada di pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan semua Sos Sriratcha mula di temui di Si Racha, sebuah bandar pesisir kecil di Thailand Tenggara pada tahun 1949 lagi, sos klasik Thai ini kini di adun dengan keenakan Sos TABASCO untuk menjadikannya lebih pekat dan kaya dengan perisa sebagai versi baharu sos Thai yang di gemari oleh kita semua.




Ana dah mencuba nya sendiri sebagai dipping sauce atau colek dengan hashbrown dan ayam grill . Memang sedap ada gabungan keenakan rasa Thai sos klasik dengan sentuhan menyegat cili peram TABASCO memberikan keunikan rasa sos gabungan Asia dan Barat. Korang kena cuba sendiri dan nikmati kelainan rasanya. Lepas ni ana nak cuba sebagai sos perapan untuk bbq atau grill dalam air fryer. Pasti sedap kan.. 

Dengan misi "Make Everything Better", pelancaran Sos Sriracha TABASCO menggambarkan dengan baik tentang rasa cinta warga Asia Tenggara terhadap kepedasan! Sos Sriracha TABASCO diperbuat daripada cili manis dan bawang putih, tetapi menampilkan juga lada tabasco yang di peram, elemen pembuatan istimewa Syarikat Mcllhenny yang tidak di tandingi.



Sos Sriracha TABASCO


Sos yang di hasilkan adalah pekat, padat dengan perisa, bebas bahan pengawet serta sesuai untuk di makan oleh golongan vegetarian dan vegan. Yang penting bagi ana, bila di nyatakan kesemua produk TABASCO yang di edarkan di Malaysia adalah Halal dan diperakui oleh JAKIM

Kaya dengan perisa, Sos Sriracha TABASCO yang sederhana pedas ini boleh di nikmati oleh semua. Enak sebagai perapan , Sos Sriracha TABASCO juga boleh di jadikan sebagai bahan perasa dan pencicah, serta boleh dipadankan dengan pelbagai makanan Asia Tenggara seperti nasi goreng, mee goreng, sup kuew teow dan semua lah. Sos Sriracha TABASCO juga sedap di hidangkan bersama makanan Barat seperti burger, kentang goreng, skewers dan sebagainya. Ikutlah citarasa masing-masing.



Sos Sriracha TABASCO

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd yang merupakan pengedar eksklusif Sos TABASCO , menyedari keperluan untuk mencipta produk-produk baharu bagi memenuhi kehendak pengguna yang kian berubah. Inilah sebab TABASCO dengan bangga menghasilkan perisa-perisa yang menarik dan istimewa yang menawarkan pengalaman makanan yang luar biasa kepada penggemar makanan pedas dengan menikmati Sos Sriracha TABASCO baharu.

Apa jua hidangan pastinya menjadi lebih enak dan tidak dapat di tolak dengan hanya setitis Sos Sriracha TABASCO yang di hasilkan dengan bahan-bahan kualiti premium. TABASCO , jenama sos pedas yang dipercayai di dunia boleh di dapati di kebanyakan kedai makanan runcit di seluruh negara atau lebih mudah di beli di platform e-dagang secara online sahaja. 


SHOPEE : https://shopee.com.my/gba.bbx

LAZADA : https://www.lazada.com.my/shop/gba-official-store 


Rangkaian sos lada keluaran Syarikat Mcllhenny sejak 1868 yang di jual di 195 buah negara seluruh dunia serta di label dalam 25 bahasa termasuklah Sos Hijau TABASCO, Sos Chipotle TABASCO, sos Manis dan Pedas TABASCO, Sos Habanero TABASCO, Sos Bawang Putih TABASCO dan Sos Gaya Buffalo TABASCO. 


10 Comments

  1. Pernah makan sos tabasco dan sriracha seara brasingan, tapi ni menarik sebab digabungkan. Thanks share kak Ana. Halal tu penting

    ReplyDelete
  2. sos ni sllu nmpk kat giant.. tp xpernah lg rs nk beli.. haha

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak kat Giant tapi tak pernah tergerak hati nak mencuba. Takut terlalu pedas pula.

    ReplyDelete
  4. Boleh try nanti ni, tq kak ana perkenalkan

    ReplyDelete