Masak menggunakan air fryer ni paling mudah lah kan nak sedia kan. Tak perlu minyak menggoreng bagai. Anak-anak ana kat rumah ni kalau goreng nugget , ayam dan sebagainya memang akan guna air fryer. Menu sihat kata depa, sebenarnya depa nak kerja senang jer. Tak yah basuh kuali lepas guna.. 

Bila ada air fryer ni mudah dan cepat paling tak pun berguna sangat bila tiba-tiba gas habis. Penyelamatlah kiranya. Cuma ana belum begitu biasa mencuba resepi-resepi selain dari goreng ayam, nugget dan seangkatannya. 

Bila terjumpa sahaja resepi-resepi mudah menggunakan air fryer terus ana akan cuba. Antaranya resepi paratha nutella bites ni, ana dapat dari perkongsian di FB. Tengok senang dan terus cuba dengan anak-anak. Menarik juga.. Korang pun boleh try naa.. 


resepi paratha nutella


Resepi paratha Nutella 


Bahan-bahan pun mudah , cara buat pun senang .Jom kita tengok...


resepi paratha nutella


1 pek paratha segera ( boleh beli kat pasaraya )
nutella
1 biji telur
gula

Itu sahaja 4 bahan yang ana gunakan. Korang boleh beli paratha original sebab yang ana ni terbeli paratha bawang. Okay je tak ada beza pun dari segi rasa. Satu pek paratha ni ada 5 keping , jadi kalau korang nak buat banyak beli lah 2 pek. 

Cara buat paratha nutella bites 

1. Ambil terus dari freezer tanpa perlu di nyah bekukan sebab ia akan melekat. Letak dalam pinggan atau cutting board dan sapukan seluruh permukaan paratha dengan nutella. 


resepi paratha nutella


2. Tangkupkan sekeping lagi paratha di atasnya dan potong memanjang jalur. Kemudian gulung jalur satu persatu. Saiz bites kita ni akan berbeza-beza naa mengikut jalur . Kalau nak kecil, potong dua setiap satu jalur dan roll

3. Untuk kepingan yang tak ada pasangan penutup tu korang adjust lah sendiri nak roll macam mana, ana bahagi kepada dua bahagian dan satu nutella dan kemudian potong jalur dan roll. 




4. Dah siap gulung, sapukan keliling paratha roll dengan kuning telur . 


resepi paratha nutella


5. Masukkan ke dalam air fryer dengan mengalas lapisan aluminium foil terlebih dahulu. Selaraskan pada suhu 180' dan masak selama10-15 minit hingga garing. 




Sejukkan sekejap dan boleh di makan. Ala-ala rasa pastri coklat pun ada. Crunchy sangat kulit paratha ni dan inti nutella yang sedap. Cuba naa.. mungkin anak-anak menggemarinya. Semoga bermanfaat..
 


8 Comments

  1. Menarik. Tak pernah lagi cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Boleh cuba nanti ni. Nak kena beli paratha dan nutella.

    ReplyDelete
  3. alamak nak kena beli air fryer plak ke lps ni hhahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe guna microware atau oven pun boleh kut AR :)

      Delete
  4. Leh lah cuba. Boleh jugak ceriakan kehidupan AF Syu yang makin nak sendu kat bucu dapur nun😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa cuba lah Syu bagi dia aktif sikit hehe :)

      Delete