Musim durian kali ni memang rezeki sangat, syukur Alhamdulillah.. murah-murah orang jual, ada yang dah kira harga sebiji RM5 , harga sebakul RM30 pun ada untuk durian kampung. Di kampung ana sendiri pun, lebat berbuah durian, rambutan, manggis cuma mak abah sedih sangat sebab anak cucu tak dapat balik makan sama-sama. Ini lah ujian kita waktu ini..

Ana, bab durian ni kurang minat sangat, kalau ada makan juga lah seulas dua atau lebih suka jadikan kuah durian atau masak dalam bubur kacang. Suami dan anak-anak suka. Ana suka makan tempoyak dari durian, ate' orang Perak ye dak.. makan poyak lerr..


resepi sambal petai tempoyak


Ana suka makan tempoyak dengan garam berlada iaitu sambal cili api atau cili merah tumbuk lumat dengan garam sahaja. Orang Perak panggil garam berlada. Ada ulam-ulam , Masyaa Allah.. memang sedap pada selera orang kampung macam ana ni. 

Bila jadi menantu orang Kelantan, arwah mak mertua ajar pula masak sambal petai tempoyak dengan ikan bilis. Pun punya lah sedap.. Kalau belah opah saudara ana di Ipoh pula sama juga sambal tempoyak petai dengan ikan bilis cuma versi arwah opah cik ana ni , buh santan pekat. Erm.. sedap teramat juga. Pendek kata menu dengan tempoyak semuanya sedap pada ana.. 

Hari ini ana nak share resepi sambal tempoyak petai versi arwah mak mertua . Bahan mudah dan senang sangat nak masak. Bolehlah buat tukar-tukar selera kan, kalau ada musim tempoyak nanti. Sebab sekarang ni rasa dah habis musim durian sekitar kediaman ana dah tak nampak orang berniaga durian semeriah seperti sebelumnya. 

Resepi sambal tempoyak petai 




Bahan-bahan sambal tempoyak petai


Petai- belah dua
Tempoyak lagi banyak lagi sedap
Cili api - ikut pedas masing-masing
Kunyit hidup - kalau tak ada serbuk kunyit pun boleh
Ikan bilis 
Bawang merah - 2 ulas tak perlu banyak
Garam
Minyak untuk menumis 


Resepi sambal tempoyak petai


Cara masak sambal tempoyak petai

1. Tumbuk cili api, kunyit dan bawang merah.

2. Tumiskan bahan tumbuk hingga masak.

3. Masukkan ikan bilis, goreng seketika.

4. Masukkan petai dan gaul sebati.

5. Campurkan tempoyak dengan sedikit air.

6. Masukkan bancuhan tempoyak dan kacau sebati hingga menggelegak.


Resepi sambal tempoyak petai


7. Sentiasa tambah air sedikit demi sedikit jika ia menjadi pekat. Adjust sampai dapat kepekatan yang di kehendaki kerana kita tak nak ia berkuah, cukup sekadar pekat sahaja.

8. Rasakan dengan garam secukupnya dan dah lah siap menu sambal tempoyak petai yang sedap di makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba,semoga bermanfaat... 


14 Comments

  1. kalau ini lauknya, memang boleh bertambah nasi

    ReplyDelete
  2. terliur PC, asyik telan air liur je tengok sambal tempoyak petai ni.

    ReplyDelete
  3. adoi.. sedapnya. tambah selera...

    ReplyDelete
  4. Husband suka sangat lauk macam ni😋.

    ReplyDelete
  5. sedap, tapi rajin belum datang, nak makan beli je kalau tempoyak ni :)

    ReplyDelete
  6. Musim tempoyak ni kan, lebihan2 durian yg nk habis musim dah..

    ReplyDelete