Mesti ramai yang rindu nak lepak dengan kawan-kawan di restoran makanan segera sambil makan-makan, borak-borak kan. Terbayang dah keenakan snack dan pelbagai menu makanan segera yang sentiasa menjadi pilihan ramai masa kini. Adoi... memang heavan sangat makan bersama keluarga atau pun kawan-kawan. 

Bila sebut makanan segera atau fast food ni, antara restoran pilihan ana dan anak-anak ialah Marrybrown. Rindu weii nak makan mee kari, nasi lemak dan MB Crispy Chicken ni. Kalau balik kampung pun , ana selalu lepak di Marrybrown, Teluk Intan reunion dengan kawan-kawan sekolah Ida, Nonie dan Nani. Cepatlah berakhirnya pendamik ni boleh lepak-lepak semula..



Marry Brown Eatalian

Tapi kalau korang rindu nak makan menu-menu dari Marrybrown ni tak perlu lah tunggu lama. Walaupun dalam suasana PKP kita masih boleh sahaja menikmati sajian sedap Marrybrown dengan food delivery atau take away sahaja  di mana-mana restoran Marrybrown terdekat. 

Tengok ni, ana baru sahaja menggunakan khidmat penghantar makanan untuk menikmati sajian terbaharu dari Marrybrown iaitu Marrybrown EATALIAN . Wahh!! Sekarang ni Marrybrown ada 3 menu baharu dengan tema makanan Itali iaitu Marrybrown Spaghetti yang diperkaya dengan sos bolognese ayam di taburi cheese dan herba Itali, Italian Cheesy Rice Bites dan juga Mushroom Soup .


Marrybrown EATALIAN Mangiamo!




Menu dari negara Italy merupakan destinasi kedua selepas Korea dalam tema Marrybrown’s Around the World sempena ulang tahun ke 40  Marrybrown tahun ini. Rangkaian restoran Marrybrown adalah pilihan ramai rakyat Malysia kerana ia merupakan jenama makanan segera Halal terbesar di tanahair dan harga setiap menu adalah sangat berbaloi dan mampu makan, gituew. 

Jom ana nak share review ana dengan menu-menu baharu Marrybrown EATALIAN yang ana dan anak-anak dah rasa baru-baru ini. Kalau korang dah jemu dengan menu-menu sebelum ini, inilah masanya untuk mencuba sendiri menu selera Itali dari Marrybrown. 

Marrybrown Spaghetti



MB EATALIAN


Kalau korang suka makan spaghetti, korang akan suka pada sajian Marrybrown EATALIAN Spaghetti ni. Sos bolognese Marrybrown EATALIAN Spaghetti ni rasa keunikan sos masakan tradisional bukan citarasa dari sos segera di pasaran. Ana suka pada rasa masam puri tomato yang di gabung dengan daging ayam kisar yang di gaul sempurna. 

Kenikmatannya jelas pada suapan bersama taburan herba Itali seperti oregano, rosemary dan parsley yang memberikan rasa asli masakan spaghetti Itali. Terasa jugalah lemak keju yang di tabur pada sos bolognese walaupun kami mendapatkannya secara food delivery mungkin dah di serap dalam sos tetapi masih terasa. 

Bolehlah ana bagi review 4 bintang dari 5 untuk menu spaghetti Marrybrown EATALIAN ni. Mungkin kalau boleh dine-in nanti lagi sedap kan sebab di sajikan panas-panas. Moga-moga cepatlah pendamik ni berakhir dan kita boleh makan-makan di restoran semula.. 



Marrybrown EATALIAN Spaghetti ni korang boleh nikmatinya pada harga dari RM13.90 sahaja. Manakala sajian bersama combo set pula adalah seperti di bawah : 



Marrybrown Spaghetti Combo ( MB Crispy Chicken , Spaghetti dan Coke ) – dari  RM19.90




Marrybrown Italian Box Meal ( set spaghetti, MB Crispy Chicken , burger, Italian Cheesy Rice Bites dan Coke ) – hanya dari  RM27.90

Memang berbaloi dan mengenyangkan sangat dengan menu Marrybrown Italian Box Meal ni. 


Marrybrown Italian Cheesy Rice Bites


MB EATALIAN Italian Cheesy Rice Bites
 

Mula-mula ana ingat kan ianya bebola kentang yang biasa di makan atau ia berinti. Bila di makan rupa-rupanya ia adalah bebola nasi. Kepalan bebola nasi di saluti dengan chessy rasa garing cheese yang sedap dan rangup. Bila di gigit memang rasa garing salutan pada bebola nasi lebih menyerlah dan ianya mengenyangkan kerana kandungan nasi di dalamnya. 

Memang sedap sebagai kudapan bersama anak-anak. Maklumlah anak-anak kan kurang gemar makan nasi, menu bebola nasi  Marrybrown EATALIAN Italian Cheesy Rice Bites boleh jadi pilihan untuk makanan seisi keluarga. Ana suka cicah dengan sos cili dan mayo. 


MB EATALIAN Italian Cheesy Rice Bites


Untuk harga menu MB Italian Cheesy Rice Bites pula adalah seperti di bawah ni :

○ Add-on – dari RM3.50 
○ Single - dari RM4.40


Marrybrown EATALIAN Mushroom Soup 



Tak sah lah kalau makan menu Itali ni tanpa ada mushrom soup kan. Okay pada ana Marrybrown EATALIAN Mushroom Soup ni ada kelainan rasanya. Pada ana ia ada gabungan rasa sup cendawan barat dan gabungan rasa timur sedikit bila adanya taburan daun bawang di dalamnya. 

Agak tidak terlalu pekat rasa cendawan namun secukup rasa dan ana suka makan bersama MB Italian Chessy Rice Bites. Memang satu gabungan yang awesome di makan bersama burger MB atau pun Ayam crispy MB. Tak percaya korang try lah sendiri naa.. 




Untuk harga Marrybrown EATALIAN Mushroom Soup ni : 

○ Add-on – dari  RM2.50 
○ Single - dari RM3.80

Kesemua sajian Marrybrown EATALIAN di Marrybrown ni korang boleh nikmatinya bermula dari 5hb Ogos 2021 ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian menu enak dari rangkaian restoran Marrybrown di seluruh Malaysia. 




Boleh sahaja dapatkannya secara kihdmat penghantaran makanan atau pun take away sementara belum boleh dine in ni. Korang boleh lah layari ke laman web ataupun sosial media Marrybrown untuk pelbagai info terkini dan juga promosi di : 

 IG : @marrybrownmy : https://www.instagram.com/marrybrownmy/ 

FB : @marrybrownmalaysia : https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/ 

Twitter : @MarrybrownMY :  https://twitter.com/MarrybrownMY 

Marrybrown website: https://marrybrown.com/

#Mangiamo #MBEatalian #Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent


10 Comments

  1. uisss menggodanya nengok menu marrybrown kali ni kak

    ReplyDelete
  2. Makin menarik menu Marrybrown sekarang. Dah lama tak ke Marrybrown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan JR kalau berkesempatan boleh lah pii nanti cuba sendiri :)

      Delete
  3. Nampak sedap la semua tu Kak Ana. Harga pun berbaloi dengan apa yang dapat tu. Kenyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap naniey, berbaloi banyak sajian di MB ni :)

      Delete
  4. tu dia sedapnya.. kena gi marrybrown la lepas ni

    ReplyDelete
  5. Wah MB ada spaghetti lah. Nak try lah. Beli set kombo tu lagi nampak berbaloi.

    ReplyDelete