Alhamdulillah dah boleh rentas daerah kita sekarang kan di Selangor ni.. Semoga keadaan akan bertambah baik, Aamiin. Semalam ana ke Setia City Mall di Setia Alam , tak jauh sangat dari kediaman. Lama tak ke sini. Bila ke Setia City Mall ni, ana pasti akan singgah ke Lulu Hypermarket. 



Suka sangat shopping barang dapur di Lulu Hypermarket ni sebab ia nya lengkap, selesa , tenang jer dan paling awesome produk-produk di sini semua nya ada. Nak cari bahan mentah seperti lauk pauk, sayuran dan buahan segar-segar semuanya. Nak baking semua bahan ada kat sini dari lokal atau pun import. Makanan dalam  tin, snacks kudapan , bakeri, makanan Timur Tengah, Indian food dan semua ada. Boleh dine in pun kalau dah penat shopping. 



Semalam, ana beli barang-barang dapur kat Lulu Hypermarket ni. Beli ikan, makanan untuk steamboat, jajan dan coklat anak-anak, minuman, sabun basuh, roti kat Bakery dan macam-macam lagi. Separuh troli gak lah bila dah syok nyoping.




Bila sampai kat kaunter semua barang tu bernilai RM160 lebih . Tapi berbaloi memang produk premium je ana pilih bila shopping barang dapur kat Lulu Hypermarket ni. Bawa pula Kak Long, ermm.. macam-macam dia isi dalam troli, selesa sangat sebab sini luas dan tak sesak. Rasa selamat dan rileks jer membeli belah. 



Lulu Coupon Craze Di Lulu Hypermarket, Setia City Mall



Rupa-rupanya, dari 15hb hingga 30hb September 2021 ni, ada Lulu Coupon Craze di LuLu Setia City Mall, Setia Alam. Berbaloi sungguh la shopping tadi. Cashier suruh ana redeem Coupon Beli Belah bernilai RM50 di Kaunter Khidmat Pelanggan. 




Dengan berbelanja RM100 ke atas dalam satu resit dari Bahagian Pasar Raya ( Supermarket ) di aras Ground , kita akan dapat Kupon Beli-Belah RM50 yang boleh ditebus untuk pembelian dari Bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari  dan Churidar di aras 1 Lulu Hypermarket Setia City Mall ni. *Tertaluk terma dan syarat . 



Kami pun simpan troli kat hadapan Kaunter Khidmat Pelanggan, naik balik dengan sekeping Lulu Coupon Craze ni sambung shopping di aras 1 pula. Kak Long lah excited sangat nak sambung shopping. Aras 1 ni adalah ruang fesyen lelaki perempuan dan kanak-kanak, kasut, beg dan aksesori. 



Terbekanan lah dekat satu beg ni. Lama dah tak beli beg tangan. Harga dia RM109, dan kami tebus dengan Lulu Coupon Craze tadi yang bernilai RM50, jadi cuma bayar RM59 sahaja. Wahhh!! Berbaloi tu. Dapat beg berharga RM109 tapi cuma bayar RM59. 



Bukan sahaja beg, korang boleh jer redeem baju lelaki , perempuan dan kanak-kanak, kasut atau apa sahaja yang ada di aras 1 ni yang mempamerkan tag Lulu Coupon Craze yang macam dalam gambar-gambar yang ana pamerkan kat sini.



Dah.. ana dah selesai nyoping semalam, korang cepat-cepat lah ke Lulu Hypermarket Setia City Mall ni, sambil berbelanja barang dapur dan keperluan di ruang supermarket bernilai RM100 ke atas dalam satu resit, jangan lupa dapatkan pula Lulu Coupon Craze bernilai RM50 untuk korang sambung shopping di Aras 1 , ada terma dan syarat naa. Tapi berbaloi sungguh. 



12 Comments

  1. selamat membeli-belah ye kak ana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok Syaz ada tawaran voucher menarik nii :)

      Delete
  2. Bestnya dapat kupon. Dah lama tak pergi Setia City Mall. Dah boleh merentas daerah ni, ada masa boleh la jalan-jalan ke sana.

    ReplyDelete
  3. bestnya kak, bila lah dapat sopink kat lulu nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom Dana banyak ada cawangan Lulu sekarang dah :)

      Delete
  4. best kan, saya selalu lepak lulu sini la..sebab blkg rumah je heheh

    ReplyDelete
  5. Ammi selalu ke LuLu di Capsquare je..itu pun kalau terlajak masuk KL tak bawa anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan shoping di Lulu semua lengkap :)

      Delete
  6. Seronoknya kak ana shopping.. tgk mcm2 brg yg dibeli penuh troli. Hehe

    ReplyDelete