Ini kali kedua Kak Long cuba masak roti sarang lebah.  Sejak ada breadmaker sponsored dari PGMall , memang seronok main masak-masak roti dan sebagainya. Lepas lah untuk menu makanan kami sekeluarga, cuma bab rounding tu kena banyak praktis kan lagi supaya nampak lebih cantik dan licin, bak kata orang putih "practise make perfect". In ShaaAllah


Resepi roti sarang lebah guna breadmaker


Resepi roti sarang lebah guna breadmaker


Projek meroti dengan breadmaker ni jauh lebih mudah dari secara manual. Ini kerana dengan breadmaker, masukkan semua bahan cuma kena masukkan ikut jenis bahan sama ada bahan basah dan kering , kemudian set kan pada task yang kita nak, misalnya untuk menjadi kan doh tekan butang hingga ke angka yang di nyatakan di arahan panel.


Resepi roti sarang lebah guna breadmaker


Ana nak kongsikan resepi dari blog https://norazlitaaziz.blogspot.com/2015/01/roti-sarang-lebah-lembut-gebu-dan.html sebab di sana diterbitkan dua kaedah membuat roti sarang lebah iaitu dengan menggunakan breadmaker atau pun secara manual. Dan ana pun guna resepi Azlita Aziz ni, terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.. 


Bahan-bahan roti sarang lebah 


300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Cara buat roti sarang lebah guna breadmaker

Seperti yang ana cerita di atas menggunakan breadmaker lebih mudah kerana selepas maskkan bahan breadmaker yang akan bekerja dari proses menguli, perapan hinggalah hasil kan doh yang dah naik kembang semangkuk. Tapi kalau korang tak ada breadmaker boleh je klik pautan di atas kerana kat sana ada cara secara manual juga dari Azlita. 

Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . 

 Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.

Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula. Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda. Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh.




Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

Cara buat sos karamel roti sarang lebah

Roti sarang lebah biasanya di makan dengan sos karamel yang manis. Untuk yang kurang makan manis macam ana ni, korang boleh adjust kuantiti gula tu naa.. ikut selera masing-masing. 

Bahan-bahan sos karamel roti sarang lebah


1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter




Resepi roti sarang lebah guna breadmaker


Cara buat sos karamel roti sarang lebah

Cairkan butter. Masukkan gula dan masak hingga gula mencair. Tuangkan krim, garam dan vanilla. Kacau rata. Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin.

Siap lah roti sarang lebah bersama sos karamel resepi dari Azlita Aziz yang ana dan Kak Long gunakan. Cuma kami adjust kuantiti bahan mengikut saiz loyang. Memang sedap dan lembut kejadian rotinya, Cuba lah naa.. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 

12 Comments

  1. dana pun kadang rounding tak berapa jadi kak... hahahahha memang fail kalau yang buat roti kosong, kalau ada inti senang keje....

    lama tak buat roti sarang lebah ni... tengok akak buat teringin pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh dana kan terre dah meroti dah open order lagi hehe :)

      Delete
  2. Selamat meroti
    Nampak sedap kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah wak buat makan sendiri rupa paras tak berapa cun tu hehe :)

      Delete
  3. Lama tak makan roti sarang lebah. Suka kutip biji labu & kuaci.

    ReplyDelete
  4. rajinnya kak long. nanti lama-lama cantik lah tu kejadiannya. saya pun suka roti sarang lebah ni

    ReplyDelete
  5. sedapnya abe .. pos sikit ke shah alam boleh. senang guna breadmaker je kan

    ReplyDelete