Sedap ke tong mo ?
Selalu nampak di gerai-gerai yang menjual tong mo ni pasti ramai beratur panjang. Kebetulan petang tu, tak ramai yang beratur di gerai tong mo Taman Saujana . Adik dan Kak Long ajak singgah beli, nak merasa kata depa.
Bila tengok dari rupa paras tu mula-mula rasa pelik juga nak rasa, tapi penjual nya orang kita dah pasti lah produk halal , In Shaa Allah. Kami pun beli lah satu set. 3 ketul seikat bersama bahan sampingannya betik muda ala-ala somtam dan sos berharga RM10. Bawa balik dan kami pun merasainya lah... sedap ke tidak tong mo ni ?
Apa rasa tong mo ?
Agak unik juga lah rasa nya dan sedap bila di makan dengan parutan betik muda ala-ala somtam. Sos yang pedas-pedas manis tu memberi kelainan rasanya dan penambah kesedapan. Boleh lah pada ana, tapi nak makan selalu macam tak berapa kena dengan selera, cukup sekadar mencuba nak tahu apa rasanya.. Pada ana makan sate lagi sedap lah, mungkin selera Melayu ni kuat dan sebati dalam diri.. tapi tak salah nak cuba, mana tahu kena dengan selera korang, kan..
Apa sebenarnya tong mo ni ?
Macam selalu setiap terbitan ana akan dapatkan rujukan dari sumber yang dipercayai untuk ana kongsikan semula dengan korang.. Dari sumber Bernama dan Kosmo ,ana perolehi info tentang tong mo seperti di bawah.
Makanan tradisional masyarakat Melayu Champa ini sedap dimakan panas-panas kerana ketika itu korang akan merasai jus dan tekstur dagingnya yang lembut serta berlemak, setanding sosej jenama antarabangsa. Meskipun dari luaran Tong Mo ini kelihatan ringkas, tetapi proses pembuatannya agak rumit dan memakan masa yang lama untuk disediakan.
Tong Mo dimulakan dengan proses mencuci usus lembu sepanjang 1.5 meter dengan membuang segala isi di dalam kantung usus berkenaan, untuk dijadikan kulit sosej. Kemudian bahagian dalam usus diterbalikkan ke luar dan dibersihkan sekali lagi dengan cara mengerik menggunakan pisau secara lembut dan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan terputus. Uniknya, Tong Mo tidak menggunakan sebarang penggunaan tepung seperti sosej yang dijual di pasar raya.
22 Comments
kalau ubahsuai cara selera kita mesti sedaptu
ReplyDeleteboleh la kak PI sekadar nak cuba hehe :)
DeleteAaaaaa bestnyaaa tong mo yang ni ada betik tuu. Nampak lagi menarik. Saya makan haritu punya mehhh �� rupa tak hado sangat tapi rasa okay la not bad
ReplyDeletebetik tu buat hilang rasa lemaknya Ain sedap betik tu kak ana suka lak hehe :)
DeleteSaya menahan diri dari beli kak, teringin tapi takut tak boleh masuk tekak
ReplyDeletehehe tu la kak ana suka mencuba diah tak lah rasa pelik sangat macam makan sate je rasanya :)
DeletePertama kali tahu tentang makanan ni.
ReplyDeletehaa JR macam baru juga orang makan dan jual tong mo ni kat sini kan :)
DeleteBelum cuba Kak Ana. Sbb tak tahu tong mo ni apa hehe...
ReplyDeleteLebih kurang sosej jugalah ye pembuatannya.
haa PH cuba ia dalam usus lembut lembu dan isi tu daging cincang yang di perap
DeleteBelum pernah cuba lagi..
ReplyDeleteboleh lah berani kan diri cuba naniey hehe :)
Deletetak pernah pula cuba..biasa makan sosej pulut je
ReplyDeletetu pun sedap kan AD :)
Deleteooo tong mo namanya
ReplyDeletei yer syaz kak ana pun baru je tahu hehe :)
DeleteSedap. Tapi kena pandai cari. Masa 1st try beli, macam tak boleh terima.Mungkin orang tu tak reti buat. Lepas beli dekat seller lain baru rasa puas. Sebab dapat rasa tongmo sebenar yang ada jeruk betik macam ni.
ReplyDeleteowh gituew Syu, lain2 pula rasanya ye , alhamdulillah hat kak ana try ni okay je rasa dia
Deleteada juga jual dkt area umh..aritu ingt nk try tp tgk kecik benor je..kata si penjual sebelum bakar mmg besar..lps bakar mengecut
ReplyDeletehaa dia mengecut lepas bakar mama :)
DeleteTong mo ni selalu nampak orang jual kat area rumah. Tapi nak beli tu fikir bnyk kali jgk sbb guna usus kan
ReplyDeleteye guna usus lembu tapi tak ada rasa pun ususnya lebih pada rasa perapan daging cincang tu
Delete