Selalu nampak di gerai-gerai yang menjual tong mo ni pasti ramai beratur panjang. Kebetulan petang tu, tak ramai yang beratur di gerai tong mo Taman Saujana . Adik dan Kak Long ajak singgah beli, nak merasa kata depa. 

Bila tengok dari rupa paras tu mula-mula rasa pelik juga nak rasa, tapi penjual nya orang kita dah pasti lah produk halal , In Shaa Allah. Kami pun beli lah satu set. 3 ketul seikat bersama bahan sampingannya betik muda ala-ala somtam dan sos berharga RM10. Bawa balik dan kami pun merasainya lah... sedap ke tidak tong mo ni ?


tong mo

Apa rasa tong mo ?


Bila bawa balik, tong mo ni dah di potong kecil-kecil , kami makan sorang sedikit sekadar nak cuba buat kali pertama. Rasa dia macam rasa makan sate daging lebih kurang. Ada rasa daging cincang, ada rasa lemak daging dan yang memberi kesedapan adalah dari bahan perapan. Macam ana kata awal tadi, rasa macam makan sate daging..



tong mo sosej kemboja

Agak unik juga lah rasa nya dan sedap bila di makan dengan parutan betik muda ala-ala somtam. Sos yang pedas-pedas manis tu memberi kelainan rasanya dan penambah kesedapan. Boleh lah pada ana, tapi nak makan selalu macam tak berapa kena dengan selera, cukup sekadar mencuba nak tahu apa rasanya.. Pada ana makan sate lagi sedap lah, mungkin selera Melayu ni kuat dan sebati dalam diri.. tapi tak salah nak cuba, mana tahu kena dengan selera korang, kan.. 


Apa sebenarnya tong mo ni ? 


Macam selalu setiap terbitan ana akan dapatkan rujukan dari sumber yang dipercayai untuk ana kongsikan semula dengan korang.. Dari sumber Bernama dan Kosmo ,ana perolehi info tentang tong mo seperti di bawah.

Sebenarnya Tong Mo ini adalah sejenis sosej yang berasal dari negara Kemboja. Dengan ukur lilit yang biasanya 8 sentimeter dan 13 sentimeter panjang, Tong Mo adalah daging cincang yang diperap dan kemudian disumbat ke dalam usus lembu nipis sebelum dibakar.

Makanan tradisional masyarakat Melayu Champa ini sedap dimakan panas-panas kerana ketika itu korang akan merasai jus dan tekstur dagingnya yang lembut serta berlemak, setanding sosej jenama antarabangsa. Meskipun dari luaran Tong Mo ini kelihatan ringkas, tetapi proses pembuatannya agak rumit dan memakan masa yang lama untuk disediakan.




Tong Mo dimulakan dengan proses mencuci usus lembu sepanjang 1.5 meter dengan membuang segala isi di dalam kantung usus berkenaan, untuk dijadikan kulit sosej. Kemudian bahagian dalam usus diterbalikkan ke luar dan dibersihkan sekali lagi dengan cara mengerik menggunakan pisau secara lembut dan berhati-hati supaya tidak terkoyak dan terputus. Uniknya, Tong Mo tidak menggunakan sebarang penggunaan tepung seperti sosej yang dijual di pasar raya.