Dah hampir dua tahun kita menjalani kehidupan dalam norma baharu kerana ujian pendamik ini. Namun Alhamdulillah, hari-hari mendatang ini bagaikan telah ada sinar yang membawa harapan untuk kita kembali kepada kehidupan sedia kala ,In Shaa Allah. 

Perlahan-lahan dengan ikhtiar semua pihak terlibat, barisan hadapan dan kita semua rakyat Malaysia, ana yakin tidak lama lagi kita akan dapat menikmati kehidupan seperti dahulu seperti aktiviti riadah, kembali ke pangkuan keluarga dan sebagainya. Namun kita perlu sentiasa berwaspada dan menjaga SOP sebaik mungkin. 


Sejadah travel saiz poket PTT Outdoor

Sejadah travel saiz poket PTT Outdoor


Walau apapun keadaan , di mana pun kita berada, sebagai seorang umat Islam yang beriman, solat adalah wajib untuk ditunaikan. Sejak dua tahun sehingga kini, dah menjadi keperluan untuk kita membawa telekung dan sejadah sendiri walau ke mana juga kita pergi. 

Inilah antara SOP yang telah sebati dengan kita semua. Dan sekarang ni dah jadi kelaziman untuk kita membawa sejadah dan telekung di dalam beg di samping sanitizer dan facemask. Untuk itu, kita perlukan sejadah yang bersaiz kecil, yang mudah di lipat dan disimpan di dalam tas tangan atau poket sahaja untuk kaum lelaki. 

Inilah yang ana nak kongsikan dengan korang hari ini. Sejadah travel bersaiz poket yang nipis, ringan tetapi tidak bergerak, hadir dengan penunjuk kiblat yang sangat sesuai untuk solat di mana-mana tempat dan lokasi. 




Two Black Fox Compact & Portable Prayer Mat dari PTT Outdoor ini mempunyai ciri-ciri kebaikan untuk mereka yang suka pada aktiviti camping, hiking, travel dan untuk keluar shopping atau urusan kerja pun boleh juga. 

Antara keistimewaan Two Black Fox Compact & Portable Prayer Mat dari PTT Outdoor adalah :

Sejadah bersaiz poket


Korang jangan lah terkejut, saiz sejadah ini bila di bentang adalah sama saiz sejadah biasa yang kita gunakan di rumah berukuran 100cm panjang dan 60cm lebar. Istimewanya bila di lipat ia menjadi saiz poket bila di muatkan dalam pouch bag berzip dengan kompas arah kiblat. 


Two Balck Fox Compact & Portable Prayer Mat dari PTT Outdoor


Sejadah kalis air 

Sejadah ini dihasilkan dari material polyester fiber sebab itu lah dia mudah di lipat kerana ia nipis dan ringan. Ianya kalis air jadi kalau korang camping atau melakukan aktiviti outdoor tidak perlu risau kerana ia tidak serap air. Namun sekiranya terkena kotoran, fabrik polyester fiber ini mudah di basuh dan cepat kering. 



Sejadah ringan tapi tidak bergerak bila di gunakan


Two Balck Fox Compact & Portable Prayer Mat dari PTT Outdoor


Seperti yang ana cerita tadi, fabrik polyester  fiber ini ringan dan boleh di lipat nipis, tapi korang usah risau kerana bila di bentangkan untuk solat, ia tidak bergerak atau terbang. Ini kerana di setiap empat penjuru sejadah, ada di letakkan pemberat. 

Memang relevan sangat kan, dah lah nipis, ringan tetapi tidak bergerak atau terbang kerana adanya empat pemberat di setiap penjuru sejadah. 




Sejadah dengan kompas arah kiblat



Sejadah travel saiz poket PTT Outdoor


Pouch bag yang di gunakan untuk menyimpan sejadah Two Black Fox Compact & Portable Prayer Mat dari PTT Outdoor ini dilengkapi dengan kompas yang menunjukkan arah kiblat. Haa sebab ini lah ana katakan sesuai untuk korang yang akan berada di mana-mana untuk aktiviti riadah camping atau perkhemahan dan sebagainya. 

Cara menggunakan kompas arah kiblat ini ada di serta kan di dalam beg di mana terdapat kod untuk lokasi negara yang berbeza kemudian korang selaraskan dan jarum yang menunjukkan arah Kaabah itulah arah kiblat untuk kita mendirikan solat. Alhamdulillah mudah. Ana dah check dan ia selari dengan arah kiblat dalam rumah ana. 

Jadi untuk korang yang ingin memiliki sejadah travel, portable seperti ana punya ni, bolehlah dapatkannya secara online di SINI . Dan ana juga ada berita menarik untuk korang semua, khasnya yang sedang mencari pelbagai produk, tools untuk aktiviti outdoor seperti berbasikal, camping, hiking dan apa sahaja aktiviti .

Jualan 6.9 "Jualan Bos Settle Vaksin" di www.pttoutdoor.com . Boss yang happy sangat sebab dah lengkap 2 dose vaksin nak belanjar korang semua dengan pelbagai potongan harga sehingga serendah RM 6.90.

Pada 6hb September 2021 itu nanti juga akan ada lucky draw yang mana 3 pelanggan bertuah berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM800. Jadi bookmarked tarikh 

6th September, 
12:00 a.m. - 11:59 p.m 
untuk Jualan 6.9 
"Jualan Bos Settle Vaksin" 

11 Comments

  1. Produk yang menarik. Suka tang part ringan tapi tak bergerak tu. Selalu lepas sujud, sejadah nipis akan beralih. Thanks share kak Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai untuk sal yang selalu travel ni kan :)

      Delete
  2. Zaman pandemik nih! banyak benda dah tak boleh kongsi so kena adalah sejadah sendiri kalau berenti solat kat mana-mana kan K. Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mrs A dah wajib bawa sendiri sekarang ni

      Delete
  3. sejadah sesuai dibawa ke mana2 penting nk sujud solat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, kena bawa sejadah sendiri ke mana-mana sekarang ni kan , mudah kalau dapat yang ringan dan nipis tapi relevan kegunaannya.

      Delete
  4. Menarik! Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64!"

    ReplyDelete
  5. travel sejadah yg menarik dan simple je nih., ;p

    ReplyDelete