Sejak kebelangan ini rasanya bukan ana seorang sahaja yang mengalami masalah tidak dapat tidur dengan lena. Ramai di antara kita di luar sana juga mengalami situasi yang sama. Mungkin apa yang sedang kita lalui waktu ini, ujian demi ujian dalam pendamik membuatkan tidur malam kita terganggu.

Lain orang lain ujiannya, dan ana sendiri selepas menjadi di antara mereka yang di uji dengan wabak, sering kali mengalami kesukaran untuk mendapatkan tidur yang sempurna dan lena sepanjang malam. Sering kali tersedar dan agak payah untuk kembali lena. 

Macam-macam yang bermain di fikiran, kerisauan kegundahan dan seribu satu persoalan bermain di minda sebelum lena. Akibatnya bila terbit fajar, mulalah kepala menjadi berat dan emosi pun mula terganggu malahan menjadi cepat marah. 


review Kitsui Rilax Nite , Kitmui Kurma Rose


Selalu ana akan amalkan zikir dan amalan lain untuk mencari ketenangan jiwa sebelum tidur. Dan baru-baru ini, ana mendapat info mengenai campuran minuman botani pilihan rakyat Malaysia , KITSUI ada produk baharu yang boleh membantu memberikan tidur yang lena. Tak salah mencuba kan, mana lah tahu berkesan. Jadi ana pun mencuba sendiri KITSUI RILAX NITE

Review Kitsui Rilax Nite



Review Kitsui Rilax Nite


Setiap kali sebelum ana mencuba apa-apa sahaja produk khasnya melibatkan pemakanan dan minuman, ana akan semak dahulu apakah kandungannya. Wajib untuk kita tahu sama ada ianya Halal sebelum mengambilnya sebagai minuman. 

Alhamdulillah rangkaian produk KITSUI adalah dengan pensijilan Halal Jakim dan bebas dari bahan-bahan terlarang dan berbahaya kepada kesihatan. Malahan telahpun mendapat pengiktirafan dan anugerah di pelbagai peringkat antarabangsa. 



Rangkaian produk KITSUI adalah bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti hormon, GMA, Pengawet, Antibiotik, Gluten atau pun Bahan Kimia. 

Kitsui Rilax Nite di formulasikan dengan 3 bahan halal semulajadi iaitu 

- Chamomile: yang mampu  memberikan rasa santai dan ketenangan

- Ashwagandha: membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan, membantu tidur malam yang sihat & tenang.

- Vitamin C: membantu memperbaiki sel 




Kitsui Rilax Nite sesuai sangatlah buat mereka yang mengalami masalah untuk tidur lena  antaranya mereka yang susah tidur malam , mereka yang sering kali  stress dengan kerja, kadang kala badan berasa penat sangat dah sepanjang hari namun otak terus berfikir sehingga kita mengalami gangguan tidur. 

Antara kebaikan yang kita perolehi selepas pengambilan Kitsui Rilax Nite adalah seperti

– Badan kembali terasa ringan, lebih santai dan membantu kitaran tidur yang semulajadi yang mana mampu memberikan tidur yang nyenyak, In Shaa Allah.

– Ia juga menjadikan kita berasa lebih rileks, lebih santai dan tenang setelah seharian penuh alami tekanan seterusnya membantu mengurangkan rasa  “kegelisahan” sehingga mendapatkan tidur yang lena sepanjang malam.

– Ia juga membantu memperbaiki sel dalaman.

– Paling penting ia 100% selamat kerana penghasilan dari formulasi bahan botani.




Cara pengambilan Kitsui Rilax Nite 


Sangat mudah, hanya perlu campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam atau sejuk. Ana suka dengan mencampurkannya dengan air sejuk . Masukkan ke dalam shaker dan goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Ana akan mengambilnya 30 minit sebelum masuk tidur. Kita perlu lah minum air yang banyak sepanjang hari untuk mendapatkan  kesan terbaik.




Terdapat banyak testimoni yang menyokong kesan pengambilan Kitsui Rilax Nite antara yang ana jumpa antaranya : 




Korang boleh dapatkan Kitsui Rilax Nite dengan singgah ke pautan yang ana berikan di bawah : 


Shopee mall :


Review Kitsui Kurma Rose


Selain daripada mendapat tidur yang sempurna sepanjang malam, di usia ana ni perlu juga untuk menjaga kesegaran diri sepanjang hari. Ana juga mencuba sendiri Kitsui Kurma Rose sebagai minuman di siang hari. 

Dengan pengambilan satu paket setiap pagi, Kitsui Kurma Rose yang sedap ni boleh membekalkan tenaga sepanjang hari. Ianya 100% susu segar dan membantu mengekalkan kandungan air dalam badan. Sangat sesuai untuk ana sendiri namun ia boleh di ambil oleh semua peringkat usia sambil membantu sistem penghadaman. 


kitsui kurma rose


Kitsui Kurma Rose adalah diformulasi daripada bahan-bahan :

- KURMA: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk membantu penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber Kurma memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat. Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.

- BUNGA ROSE: Memberikan mood ketenangan dalam situasi yang sangat sibuk dan banyak masalah seharian. 

- VITAMIN C: Ramai orang perlu untuk mula mengambil suplemen yang mengandungi vitamin C untuk membantu meningkatkan tenaga badan, sehingga dapat mencegah badan dari cepat letih.

Sama seperti Kitsui Rilax Nite, cara pengambilan Kitsui Kurma Rose juga , campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam atau sejuk. Lebih sedap di campurkan dengan air sejuk. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik. Ana mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. 

Beberapa testimoni yang ana perolehi dari perkongsian di media sosial antaranya adalah : 




Untuk pembelian korang boleh jer klik ke pautan di bawah : 





Rangkaian produk Kitsui , Kitsui Rilax Nite dan Kitsui Kurma Rose juga boleh di dapati di Watson dan Shopee !!





Untuk keterangan lanjut, promosi dan update terkini korang boleh lah layari ke mana-mana pautan di bawah : 



6 Comments

  1. Tq for sharing.
    Memang betul. Sekarang ini banyak betul tekanan dihadapi sampai susah nak tidur sehingga tak cukup tidur. Bangun pagi rasa lesu pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aimie macam2 di fikirkan sebelum dapat lena

      Delete
  2. Wahh berita baik untuk mereka yang susah tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba kan bagi mereka yang ada masalah tidur ni AA

      Delete
  3. rose kurma macam best je.. dah lama tak ambil kitsui ini, boleh nak cuba lepas ni

    ReplyDelete