Rasanya sekarang ni ramai yang suka mendekorasi ruang dalam rumah, berkebun dan menanam bunga, malahan ramai juga yang sedang ubahsuai rumah. Pendek kata dalam waktu-waktu sekarang ni banyak menghabiskan masa di rumah dari keluar tanpa tujuan penting atau keperluan, itulah sebab nya semakin ramai make over rumah dan lanskap, termasuklah ana dan suami. 

Dengan rezeki yang ada, kami memilih untuk make over rumah secara sendiri. Bukanlah projek besar-besaran pun, adalah tambah dan ubah perabot, deko dinding, bilik air dan tukar warna cat dinding ruang tamu. Semua pun kami buat sendiri sedikit demi sedikit dan ana pula asyik nak tambah pokok bunga di laman. 


homepro mutiara damansara


Selalunya kami akan beli secara online atau berkunjung ke kedai-kedai perabot, hardware atau pun kedai dekorasi dan lampu serta peralatan letrik. Sehingga lah baru-baru ini , ana dan suami jalan-jalan di Mutiara Damansara dan singgah di Lotus. Menarik sangat nampak gedung HomePro yang berada di aras 1 , Lotus , Mutiara Damansara ni. Belum pernah ana masuk sebelum ini. 


homepro mutiara damansara


Cadangnya nak jalan-jalan sahaja dan cari idea dekorasi untuk bilik Adik. Masuk sahaja ke HomePro, terkasima sungguh. Di HomePro ni merupakan one stop centre di mana kita boleh dapatkan semua produk kelengkapan rumah dari peralatan letrik, kelengkapan di dapur, ruang tamu, bilik tidur hingga lah ke dekorasi taman. Erm.. berjam juga lah ana duk situ belek satu persatu ruang jualan. 



Lebih menarik pula, sedang berlangsungnya sambutan ulang tahun HomePro yang ke 7 ataupun 7th Anniversary sepanjang bulan Oktober 2021 ini. Macam-macam produk terpilih di jual pada harga yang murah. 




Untuk pengetahuan korang semua bermula 1-31 Oktober 2021 bersempena dengan 7 Anniversary HomePro berlangsungnya beberapa  tawaran menarik seperti di bawah ni yang kita semua boleh membeli belah sambil mendapat ganjaran menarik iaitu : 

10.10 Super Sale 
(9/10/21 – 11/10/21)
HomePro Members Week 
(15/10/21 – 24/10/21)
HomePro Care For You 
(28/10/21 – 31/10/21)

HomePro 10.10 Super Sale 




Dari 9-11 hb Oktober 2021 ini Jualan HomePro 10.10 Super Sale akan berlangsung di kesemua outlet dan juga di online store HomePro. Pelanggan akan menikmati pelbagai tawaran harga diskaun dalam waktu yang terhad hanya selama 3 hari sahaja iaitu 9,10 & 11 Oktober 2021. Bukan itu sahaja di tawarkan juga Penghantaran Percuma untuk seluruh store HomePro. Wahh!! Syoknya shopping nanti, nak beli perabot atau peralatan rumah dan letrik pun tak perlu risau tak muat kereta , kan boleh dapatkan penghantaran Percuma gitu..



HomePro Members Week




Hari tu masa ana berada di HomePro, sempatlah daftar sebagai ahli atau HomePro members. Ini kerana ana tertarik dengan pelbagai kemudahan yang bakal di perolehi sebagai ahli atau members. Salah satunya ialah akan berlangsung HomePro Members Week pada 15 hingga 24 Oktober nanti. Apa yang best sangat dengan Home Pro Anniversary Members Week ni ? Mesti korang nak tahu kan...




HomePro Members Week ini adalah tawaran eksklusif untuk ahli sahaja, kira ada pass VIP lah bila kita mendaftar sebagai HomePro Members Rewards . Antaranya kita akan mendapat :

Extra 5% discount + 7x member points

Dah laa waktu itu sedang berlangsungnya jualan 7th Anniversary HomePro, sebagai ahli kita akan dapat lagi ekstra diskaun 5% da  7 kali member points mata ganjaran. Best kan!




Hadiah Percuma dengan pembelian RM150 ke atas 

Kita juga akan dapat hadiah Percuma dengan pembelian RM150 ke atas. Alaa mesti akan shopping lebih punya kalau korang berada di HomePro ni, semuanya ada, lengkap , selesa sangat kalau nak shopping kerana ruang jualan pun luas. Boleh je patuhi SOP dengan tenang sambil shopping. 




PWP sehingga  50%

Sebagai member kita juga mendapat ganjaran sehingga 50% di atas pembelian dengan pembelian atau pun PWP ( Purchase with purchase ) . 




Hanya 300 points untuk tebus ganjaran

Sepanjang HomePro Members Week ini, kita hanya perlu ada 300 mata ganjaran ( points ) untuk menebus 1x service perkhidmatan . Ini bermakna korang boleh menebus servis penghawa dingin ( air-cond ), servis pembersihan tilam atau sofa atau pun servis sanitasi rumah.Adoi berbaloi sungguh kan..

Jadi kalau korang ke HomePro, jangan lupa daftar sebagai ahli secara Percuma dengan hanya pembelian sebanyak RM30 ke atas sahaja. Sekiranya korang daftar sepanjang HomePro Members Week nanti, korang juga akan memperolehi Percuma 1000 mata ganjaran. Untung larr !!


 

HomePro Care For You

Masih ada lagi tawaran menarik untuk korang sempena HomePro Care For You yang akan berlangsung  pula dari 28-31 Oktober 2021 . Sepanjang kempen HomePro Care For You, korang akan mendapat servis pembersihan Air-cond secara Percuma yang bernilai RM150 dengan pembelian RM800 dalam satu resit. 




Di HomePro perabot, produk letrik, kelengkapan dapur malahan bahan material untuk ubah suai rumah yang di jual adalah yang berkualiti dan premium dari pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan. Sebut sahaja korang nak cari apa, pasti ada di sana dan staff mereka sangat peramah dan pasti akan membantu sehingga kita memperolehi apa yang kita hajati. 




Dalam kunjuan ana di HomePro hari Sabtu lepas, ana sempatlah membeli sebuah meja sisi gaya Nordic untuk bilik tidur Adik, set cadar untuk bilik tidur Kak Long dan sebuah dapur gas portable bersama tin gas untuk nak bawa berkelah nanti. Lama dah suami duk cari, akhirnya dapat beli juga pada harga yang murah sempena Jualan 7th Anniversary ini. 
 
Untuk keterangan lanjut dan pembelian secara online korang boleh sahaja ke 
laman web



HomePro Store terdapat di beberapa lokasi seperti di HomePro IOI City Mall, Putrajaya , HomePro Summit USJ , HomePro Melaka , HomePro Ipoh, HomePro Penang, HomePro Johor dan HomePro Mutiasa Damansara. HomePro juga menyediakan perkhidmatan Personal Shopper untuk mereka yang memerlukan khidmat mereka. 



Korang juga boleh follow HomePro di

Facebook : HomeProMy   
&
Instagram :   HomePro Malaysia 



 atau hubungi sahaja 

HomePro Call Centre di 

1 800 28 2268

#HomeProMY #7thanniversary #birthdaymonth #bestinthetown #memberpoints #memberdays #oneshopforall #homepro #homedesign





6 Comments

  1. suka masuk homepro..rasa mcm masuk ikea pun ada. tapi tu la...jauhhh...

    ReplyDelete
  2. nak deko rumah cantik2 mailah homepro ya terbaik tu

    ReplyDelete
  3. tak pernah pergi..
    nak pergilah Jumaat ni sebab boss kata tak yah kerja.
    Nak pergi tapi takuttttt

    ReplyDelete
  4. baanyak kak ana shopping hii. kalo wani masuk sini mau rambang mata

    ReplyDelete
  5. banyak nya sales! rambang mata

    ReplyDelete