Sekinchan lagi... Dah tu je yang dekat nak jenjalan ala kampung dan sawah padi di Selangor nii kan. Suami kak ana memang suka nau ke Sekinchan nak cari makan-makan ala kampung. Tambah sekarang ni banyak tarikan menarik ada kat sekitar Sekinchan,Sungai Besar  dan Tanjung Karang.

Paling viral entri kak ana Laman Tebu Aidil yang pernah kak ana kunjungi tahun 2021 yang lalu, sekali lah waktu ke Pasar Jerami. Kali ni kami ke Sekinchan nak makan makanan exotic di Restoran Lembah Bernam, lepas makan singgah Zohor kami minum ayaq nyok pula di Sekinchan Coconut Farm, tak jauh sangat dari Padi Box .


Sekinchan Coconut Farm

Minum air kelapa Sekinchan Coconut Farm


Kami pii sekeluarga masa ni, Kak Long, Aiman, Adik , kak ana dan suami. Guna waze jer sampai lah sini. Tapi korang jangan comfius tau sebab ada dua port minum air kelapa viral , satu di Tanjung Karang, hat tuu tepi jalan jer, dan hat yang kami piii ni kat dalam kawasan sawah padi di Sekinchan.


Sekinchan Coconut Farm

Yang ni nama tempatnya Sekinchan Coconut Farm. Bila sampai ada pintu gerbang tulis besar menyeberangi jambatan kecil untuk ke ladang kelapa ni. 


Sekinchan Coconut Farm


Bukanlah ladang kelapa yang luas dan besar, ada lah dalam serelong kawasan sawah yang di tanam kelapa. Tapi agak menarik juga kerana kita minum air kelapa dan ada gerai jualan makanan di bawah pepohon kelapa di tengah sawah. 


Sekinchan Coconut Farm


Di sediakan meja dan bangku untuk minum-minum, ada beberapa props juga untuk bergambar dan ada buaian serta permainan jongkang jongkit untuk anak-anak bermain. Nyaman redup juga duduk bawah pokok kelapa maklum lah kat tengah sawah berangin laa kan. 


Sekinchan Coconut Farm


Masuk percuma sahaja, tidak di kena kan apa-apa bayaran. Dari pengamatan kak ana, gerai air kelapa dan coconut shake ni milik orang Cina tapi tak jadi masalah sebab ianya air kelapa dari buah kelapa segar yang di tebuk minum terus dari buah nya. 


Sekinchan Coconut Farm


Sama lah dengan coconut shake tidak ada keraguan untuk kita minum ke atas bahan-bahannya. Segelas coconut shake berharga RM8 dan air kelapa pula RM6 pada waktu kami kunjungi. Kami cuma minum sebiji air kelapa original sahaja kata suami sebab tak campur gula atau air batu dalam nya. Memang sedap juga fresh rasa air kelapa asli.


Sekinchan Coconut Farm


Ambil la cawan kertas yang di sediakan dan juga sudu,nanti bolehlah kongsi seorang sikit air dari sebiji kelapa tu. Nak makan isi kelapa lembut, kena lah korek dengan sudu. Penuh air kelapa boleh kongsi minum kami berlima sedikit sorang buat ghaso ghaso gituew.


Sekinchan Coconut Farm


Ada juga beberapa gerai kecil menjual pelbagai makanan khasnya yang goreng-goreng. Gerai-gerai ni di usahakan oleh orang kita lah. Mungkin ia di sewakan barangkali. Ada pisang goreng, cempedak goreng, keropok, corndog dan pelbagai juga. Kami beli juga kacang kuda rebus buat kudapan. 


Sekinchan Coconut Farm


Sekinchan Coconut Farm


Waktu nak keluar tu baru kak ana perasan ada banner tergantung, rupanya Sekinchan Coconut Farm ni hanya di buka pada hari Sabtu, Ahad dan mungkin lah hari cuti umum. Jadi jangan datang hari bekerja naa, ia tak buka. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang sahaja.


Sekinchan Coconut Farm

Agak menarik juga pada kak ana, salah satu lagi port untuk kita singgah kalau jenjalan makan angin atau bercuti di Sekinchan. Sekinchan laa nii banyak dah tarikan pelancong tempatan dan luar, selain pii Laman Tebu Aidil, Pasar Jerami, makan-makan sepanjang jalan dengan mee udang dan sebagainya boleh juga lah singgah ke Sekinchan Coconut Farm minum air kelapa fresh. 

Lokasi tempat-tempat ni tak jauh antara satu sama lain cuma pastikan waze sebab memandu tengah sawah ni sama je simpangnya, silap haribulan pusing-pusing tak jumpa jalan keluar huhu :) Semoga bermanfaat... 






2 Comments

  1. Sedap minum ayor kelapa fresh gitu. Pantang kak ana share tempat best, laju je kami terjah hehe

    ReplyDelete
  2. wah menarik niaganya belum pernah sampai sini

    ReplyDelete