Selalu kalau tengah lapar sesangat, tak pun dah tak tahu nak makan apa bila berada di mall atau jenjalan, bercuti ke, kak Ana akan cari restoran makanan yang cepat hidangannya sampai ke meja. Malas nak tunggu lama-lama kan.
Antara yang sentiasa dalam pilihan ialah di Kedai AYAMAS , hidangan nasi ayam roaster dia sangat sebati dengan selera kak ana sekeluarga. Dari ketika kami tinggal di Ukay Perdana lagi, waktu tu ada restorannya di salah sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju, anak-anak yang waktu tu masih kecil suka sangat makan nasi ayam roaster percik atau black pepper di Kedai AYAMAS ni.
Dulu lain sekarang ni, Kedai AYAMAS berwajah baharu dengan jualan produk makanan jenama Kedai AYAMAS pun boleh di beli . Erm.. kan best, sambil dine in atau pun tapau menu-menu sedap depa, boleh lah beli sekali produk-produk makanan seperti sos, makanan frozen, biskut dan sebagainya. Ana pun baru tahu Kedai AYAMAS ni ada pelbagai produk selain ayam kisar, nugget dan sebagainya, rupanya ada juga biskut dan terkini sos cili dan tomato jenama Kedai AYAMAS.
Kedai AYAMAS kini di Taipan, USJ
Kebetulan ada urusan kerja di sekitar Subang Jaya, kak Ana singgah lah pada hari pembukaan 27hb November 2021, Kedai AYAMAS yang ke 71 di Taipan, USJ ni. Beralamat di No21, GF, USJ 10/1A. Taipan Business Centre, Subang Jaya, alaaa korang waze je jumpalah. Ada lah beberapa promosi termasuk satu menu baharu yang istimewa sehingga 31hb Disember 2021 nanti. Haa.. kena baca sampai habis nanti kak Ana story mory dengan korang.
Produk makanan Kedai Ayamas
Menarik sungguh konsep baharu restoran Kedai AYAMAS sekarang ni sebab bukan sahaja kita boleh makan atau bungkus menu bila berkunjung , tapi ada jualan produk makanan jenama Kedai AYAMAS yang pelbagai. Sebelum ini , antara sebab keenakan menu makanan nasi ayam roaster yang biasa kita makan adalah pada sos cilinya. Kini kita boleh membeli sos cili dan sos tomato jenama Kedai AYAMAS di samping produk sos cili nasi ayam sebelum ini.
Korang tau tak? Kak Ana dah cuba rasa biskut mentega Kedai AYAMAS ni, Masyaa Allah sedap ya amat kome! Serius tak tipu , menyesal tak beli banyak hari tu. Rangup , tak terlalu manis dan lembut bila cair dalam mulut setanding butter cookies jenama antarabangsa. Memang kak Ana akan cari lagi bila jumpa di mana-mana Kedai AYAMAS atau pasaraya nanti,confirm punya lah..
Memang kalau ke pasaraya pun kak Ana akan pilih produk frozen Kedai AYAMAS untuk stok makanan dalam fridge di rumah khasnya ayam kisar dan nugget. Yakin dengan jenama nya berstatus Halal kan. Dan sekarang ni ada dua produk frozen baharu iaitu Kepingan Ayam Tempura dan juga Pai Ayam.
Kepingan Ayam Tempura Kedai AYAMAS ni kak ana belum pernah try tapi kalau nugget tempura tu selalu lah dan memang premium lah rasanya. Nanti nak try pula produk baharu ni, anak-anak pun suka makan buat sarapan atau snack minum petang.
Kalau korang biasa makan di restoran Kedai AYAMAS ni mesti pernah rasa pai ayam nya kan yang di hidangkan sebagai side dish untuk menu nasi ayam roaster mereka. Memang sedap, rangup pastrinya dengan inti ayam yang lemak manis gitu. Sekarang ni dah boleh beli dalam bentuk frozen di Kedai AYAMAS atau pun di pasaraya. Bagus kan.
Menu pilihan makanan di Kedai AYAMAS
Antara 3 pilihan ayam panggang atau ayam roaster di Kedai AYAMAS yang tersohor pastilah Percik, Golden dan Pepper. Kak Ana kalau makan suka sangat ayam roaster Percik. Memang sedap rasa perapan percik nya dan suami kak Ana suka Pepper. Korang suka yang mana ?
Dan bermula dari 25hb November 2021 yang lalu ada pula promosi terhad pilihan citarasa ayam roaster Frosty baharu. Ini pun kak Ana dah try, sedap juga bagi penggemar ayam dengan sos putih dengan taburan kismis di atasnya. Lebih kurang rasa ala-ala buttermilk gitu dan sos dia pekat dan padu dengan rasa lemak dan bawang putih.
Ianya limited edition ataupun promosi terhad kerana hanya akan di jual di kesemua cawangan Kedai AYAMAS sehingga 31hb Disember ini sahaja. Haa .. ada sebulan lagi untuk korang try, rugi tak try menu-menu baharu ni kan.. nanti tak ada dah..
Korang boleh sahaja nak makan atau tapau seleksi pilihan ayam panggang sahaja sama ada seekor, separuh ataupun suku. Ataupun pilihan set meal untuk 4 orang, 2 orang atau single set meal bersama nasi ayam dan pilihan side dish pastry yang sedap dan minuman.
Tak mau makan nasi korang boleh je menikmati sajian pilihan pasta dalam Pasta Fiesta di Kedai Ayamas ni macam yang Adik Ika perabih sepinggan Prime Roast Bolognaise di atas tu. Sepinggan spaghetti bolognaise bersama prime roast chicken memang gabungan yang sedap buat penggemar pasta. Ada juga pilihan menu pasta yang lain seperti aglio e olio , carbonara dan beefball bolognaise.
Sampai part paling best kak Ana nak review dengan korang.. nii haa memang paling sedap kak Ana cuba menu pilihan suami petang tu. Chicken Curry Mee Kedai Ayamas. Kuah dia sedap sesangat, rasa kuah mee kari nyonya tak pedas tapi lemak. Disertakan dengan ayam goreng crispy,sebiji telur, bebola ikan dan sayur kacang panjang dan tauhu kering. Cuba korang bayang kan betapa enaknya mee kari ni bila korang makan dengan bahan-bahan sampingan yang mewah ni.. Cukup padu.
Terliur dah korang kan.. kesian pula.. Tak pe korang pii la cuba sendiri menu-menu di Kedai Ayamas yang berhampiran atau yang terbaharu ni di Taipan USJ , in shaa Allah moga-moga kena dengan selera masing-masing kerana selera kita kan berbeza. Boleh juga dapatkannya dari delivery servis jika berada di kawasan liputan.
Kak Ana cukup puas hati dan dari dahulu lagi penggemar menu-menu di Kedai Ayamas ni malahan lebih awesome sekarang ada juga di jual produk-produk makanan di restoran Kedai Ayamas yang memudahkan kita untuk mendapatkannya.
Layari ke sosial media Kedai Ayamas untuk promosi-promosi terkini yang sedang berlangsung.
4 Comments
saya dah terliur nak makan nie hehehe.
ReplyDeletemacam sedap sangat
memang sedap mH :)
Deleteaduh terliur nengok, memacam ada kak oi....
ReplyDeleteiyo dana, ayyan mesti suka ni jom ke Kedai Ayamas :)
Delete