Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang kembali. Dari kita lahir sebagai bayi kemudian menikmati zaman keremajaan yang serba indah dan cantik, beransur-ansur menjelang usia yang kian hari kian meninggi. Apapun syukur Alhamdulillah masih diberikanNya kesempatan untuk bernafas, sihat dan mampu melakukan ibadah dan urusan seharian umat manusia. 

Inilah yang ana lalui dan setiap hari adalah hari baharu buat ana dalam melewati usia emas ni. Dah nak kilauan emas dah pun jika di izinNya nanti. Syukur masih di berikanNya kesihatan yang baik, fizikal yang masih sempurna. Namun sebagai wanita ana sentiasa akan memberikan perhatian khusus pada kesihatan tubuh dan juga kecantikan wajah seiring usia. 


Safi Youth Gold Lifting Golden C dua serum

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Untuk kembali kepada wajah muda remaja tu adalah mustahil sangat lah kan, namun kita berusaha agar nampak cantik seiring usia sudah memadai buat ana. Ana jarang mengenakan sebarang solekan tebal di wajah , biarlah nampak ringkas dan asli asalkan sesuai dengan usia. Yang penting menjaga kebersihan wajah dan menggunakan skincare yang serasi dengan ana sendiri.

Sejak dari usia muda lagi ana memilih rangkaian produk penjagaan wajah SAFI ni. Dari produk mandian, syampu hinggalah penjagaan wajah serasi benar dah ana dengan SAFI. Lebih yakin kerana SAFI merupakan produk penjagaan wajah Halal No. 1 di Malaysia.

Dan terkini SAFI memperkenalkan teknologi baharu menerusi kajian saintifik dan klinikal menghasilkan rangkaian produk Safi Youth Gold di pertingkatkan dari siri Safi Rania Gold. Haa.. sesuai sangat lah yang dah berusia emas macam ana ni, wanita 40-an. 


safi youth gold lifting golden c duo serum

 
Jika sebelum ini, kita mengenali rangkaian produk anti penuaan dan keanjalan wajah Safi Rania Gold kini  Safi Youth Gold memberikan  fokus kepada golongan wanita yang sangat memerlukan produk anti-aging dengan formulasi dan packaging baharu pada harga yang mampu beli. 

Menyedari keperluan pengguna setia, Safi Youth Gold memperkenalkan dua produk terbaharu yang menyelesaikan isu kesan penuaan pada wajah seperti kelihatan dagu berlapis ( double chin ) dan membantu masalah wajah kian kendur kembali anjal agar mengembalikan semula keyakinan diri. 

Yang ana maksudkan adalah Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan  Lifting 24K Serum Cleanser yang di formulasikan untuk mengurangkan masalah dagu berlapis ( Double Chin  ) sehingga  *50% dalam masa 15 minit agar penampilan kita kembali nampak lebih muda, tegang, anjal dan berseri..gituew. 

*berdasaarkan 50% panelis dipersepsikan mengurangan double chin berdasarkan penggunaan konsisten Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.



Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum Cleanser


Gabungan kedua-dua rangkaian produk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser memberikan beberapa manfaat pada wanita yang memerlukan rawatan wajah anti penuaan antaranya: 

1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur. 

2. *Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit. 

3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus.

4. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. 

5. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit. 


safi youthgold lifting golden c duo serum


6. Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit: 

~ Menegangkan kulit 
~ Meningkatkan keanjalan 
~ Mengurangkan garis halus & kedutan 
~ Meningkatkan kelembapan kulit 
~ Melindungi kulit dari pengoksidaan 
~ Meningkatkan kehalusan kulit 
~ Memperbaiki kulit rosak °Berdasarkan ujian saintifik & klinikal. 



Untuk ana sendiri ianya sangat relevan dan penting berbaloi dengan harga di samping mudah untuk di beli supaya dapat di guna pakai secara konsisten. Mana tahu untung-untung boleh dapat kan semula raut wajah yang tirus dan dagu yang runcing, ye tak 😊😊

Jomm!!Korang boleh sahaja mencubanya di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada

Lifting Golden C Duo Serum (RM59.00 r.c.p)- https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser (RM19.80 r.c.p)- https://bit.ly/3FpssEj

Butiran lanjut dan update terkini juga sebarang promosi korang boleh sahaja dapatkannya di :

Instagram - @safimalaysia 
Facebook - @SAFI.My 
Twitter - @SAFImalaysia 
Youtube – SAFI Malaysia

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia




0 Comments