Tengah trending kata anak-anak, kesukaan ramai chocolate truffle ni. Viral di socmed khasnya di tiktok dengan chocolate truffle Royce Chocolate. Adik Ika dapat satu resepi mudah di tiktok yang menghasilkan chocolate truffle ala-ala Royce Chocolate, terus minta ana beli kan bahan-bahannya. Depa dua beradik lah yang buat resepi coklat truffle ala-ala Royce Chocolate ni.
Bahan pun tak banyak cuma 4 bahan sahaja. Buat pun senang sangat. Ada beberapa teknik penghasilan chocolate truffle ni, tapi depa guna kaedah yang mudah yang dapat di tiktok. Jom lah ana kongsikannya di sini buat pengunjung setia dan mungkin juga yang sedang tercari-cari resepi dan cara mudah buat coklat truffle ala-ala Royce Chocolate.. Kalau malas gak beli sahaja lah naa..
Resepi coklat truffle ala-ala Royce Chocolate
Bahan-bahan coklat truffle
300g Beryls Dark Compound Chocolate
200ml Whipping Cream
75g butter
serbuk koko untuk taburan hiasan atas coklat truffle
Cara buat coklat truffle
1. Potong kecil-kecil Beryls Dark Compound Chocolate letakkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan 1 kotak whipping cream ke dalam periuk atau pan, masukkan butter ke dalamnya.
3. Nyalakan api kecil sahaja dan kacau hingga larut butter bersama whipping cream, matikan api. Tak perlu didih..
4. Tuang adunan whipping cream dan butter ke dalam mangkuk coklat compaun tadi dan mix dengan whisk sehingga sebati dan larut.
5. Alas acuan atau bekas dengan baking paper. Acuan tak terlalu besar kerana adunan resepi ni sedikit sahaja jadi gunakan acuan yang kecil supaya coklat truffle akan tinggi terbentuk, baru lah cantik kan tak nipis.
6. Tuang adunan coklat ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah sahaja naa, bukan dalam freezer tau. Tutup lah acuan supaya permukaan coklat tidak keras nanti.
7. Keraskan paling kurang 6 jam atau semalaman.
8. Keluarkan dari dalam acuan dan potong dengan pisau yang di celup dalam air panas ( lap kering supaya tidak basah pisau tu ) .
9. Potong segiempat tepak dan taburkan serbuk koko dari dalam tapis di atas permukaan coklat truffle korang tadi, dan sedia untuk di makan sejuk.
Korang boleh tonton sahaja dalam YTC di atas untuk penyediaan dan cara membuat coklat truffle agar lebih jelas kan. Selamat mencuba ...
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
14 Comments
pergh sangat lah menggoda melihatnya
ReplyDeletejom UN senang sangat nak buat ni :)
DeleteIni boleh mengundang lapar nih.Hu3.
ReplyDeleteadoi Syu hehe :)
DeleteSEDAP SANGAT TU SELAMAT MENCUBA
ReplyDeletejom kak kita bercoklat hehe :)
Deletefuh terliur!
ReplyDeletetry syaz senang je ni :)
Deleterajinn 😅😅
ReplyDeleteikut mood gak waklat hehe :)
DeleteUntung Kak Ana anak2 dah besar, rajin pula ke dapur.
ReplyDeleteNampak gaya PH kena belilah kalau teringin sbb malas haha...
haa itu kak ana setuju , order je PH huhu :)
DeleteSedapnya.. Tapi tak rajin nak buat. Hehehe
ReplyDeletebeli jer AI :)
Delete