Tips penjagaan kesihatan kanak-kanak norma baharu dengan Eskayvie Diffenz Junior
Walaupun ana tidak lagi punyai anak kecil yang bersekolah, namun sering kali menerima chat dari adik dan sepupu yang bertanyakan pendapat tentang dilema mereka apabila sesi persekolahan mula dibuka semula selepas hampir setahun menjalani pembelajaran dari rumah (PDPR). Sebagai ibu, ana faham sangat, malahan kalau ana di tempat mereka pun pasti akan berasa serba salah sama ada ingin menghantar anak ke sekolah namun bimbang jika tidak ke sekolah anak pula akan ketinggalan dalam pelajaran.
Serba tak kena dibuatnya kan, namun selalu ana nasihati
mereka supaya menerima norma baharu hidup masa kini dengan tiga pegangan
sebagai umat Islam, iaitu usaha, doa dan tawakal kepadaNya. Pertama dalam
kebimbangan dan dilema ini, kita sebagai ibu ayah berusaha memastikan anak-anak
kekal sihat, pesan sebaik mungkin untuk mematuhi SOP dan sebagainya. Kedua
panjatkan doa kepadaNya setiap hari agar anak-anak ini sentiasa di dalam
perlindunganNya dan selebihnya bertawakal lah kita,
Bila bercakap tentang usaha ini, antara yang banyak di
sarankan oleh pakar kesihatan adalah pengambilan suplemen atau bekalan vitamin
yang secukupnya untuk menguatkan imun tubuh badan anak-anak agar tidak mudah
mendapat sebarang jangkitan penyakit. Kadang-kadang dalam kesibukan seharian
menguruskan rumahtangga dan kerjaya kita terlepas pandang dalam memberikan
makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari.
Sedari anak-anak kecil, ana akan berikan suplemen yang mudah
diambil dan cepat sebelum mereka ke sekolah. Alhamdulillah hingga dah besar
panjang sekarang ni pun anak-anak jarang demam atau selsema.
Eskayvie Diffenz Junior
Bercakap tentang suplemen ni,
baru-baru ini ana ada terbaca mengenai Eskayvie Diffenz Junior. Tertarik
untuk ana cadangkan pada anak-anak buah sebagai ikhtiar untuk memastikan
kesihatan mereka untuk kembali ke sekolah mahupun meneruskan kesinambungan
kehidupan di norma baharu ini. Ana pun carilah beberapa info tentang
produk Eskayvie Diffenz
Junior dan ana nak kongsikannya di sini yang mana mungkin ada
manfaatnya buat ibu ayah di luar sana.
Ana difahamkan Eskayvie Diffenz Junior membantu menyokong tumbesaran, tingkatkan sistem imun badan dan perlindungan terbaik untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun agar terhindar daripada jangkitan kuman & virus.
Memang ada pendapat yang menyatakan pemakanan sihat secara alami dan semulajadi itu ada lah yang terbaik untuk membekalkan sumber nutrisi pada anak-anak namun dalam realiti kehidupan sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.
Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah
mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin
& Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.
Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan
enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.
Daripada pembacaan di internet menyatakan Cendawan Susu Harimau ini adalah khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya. Eskayvie Diffenz Junior ini telah diformulasikan untuk memudahkan kita mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan.
Antara kebaikan khasiat Cendawan Susu Harimau:
- Mengatasi
masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan
batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan
paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
- Menguatkan
sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Ana percaya sangat kebanyakan anak-anak kecil khasnya tidak suka makan sayuran dalam pemakanan mereka. Anak ana sendiri dari kecil sampai sekarang dah remaja pun tak nak makan sayur. Sedangkan pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.
Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,
- melengkapkan
keperluan nutrisi
- menyokong
penglihatan
- merangsang
sistem imun badan (immunomodulatory)
- melindungi
diri daripada jangkitan
- membantu
menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu
dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf
Sebagai ibu pastilah kita tahu apakah itu kolostrum, iaitu susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu
- meningkatkan
sistem imun badan
- melindungi
daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
- kesan
anti-mikrob dan anti-virus
- melindungi
daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
- menyokong
perkembangan dan tumbesaran yang sihat
Mendapat gelaran Superfood mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.
Kebaikan buah camu-camu :
- Menguatkan
sistem imun
- Antioksidan
dan anti-radang
- Melangsingkan
badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan
tekanan darah tinggi
- Merangsang
penghasilan kolagen
Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C daripada dalam makanan akan dapat diserap ke dalam badan. Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi . Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.
Ana rasa penerangan tentang kebaikan
dan khasiat kandungan suplemen Eskayvie
Diffenz Junior ini jelas menunjukkan keperluan kita memberikannya
kepada anak-anak dalam era pandemik sebagai ikhtiar kita melindungi kesihatan
mereka bila berada di luar rumah. Janganlah kita berkira dengan perbelanjaan
untuk memastikan kesihatan anak-anak terjaga dengan baik.
Ana sertakan pautan untuk ibu ayah di luar sana yang mungkin ingin mendapatkan produk Eskayvie Diffenz Junior pada harga:
Harga Produk: RM60 sebotol
Harga Combo: RM100 2 botol
0 Comments