Sekarang ni tengah mood nak cantikkan lanskap laman rumah Kak Ana. Cadang dengan suami nak cat semula pagar keliling laman, kemudian tambah kan batu-batu putih untuk tema English Garden kak ana nii.. Tapi nak beli cat outdoor ni agak mahal berbanding dengan cat indoor. Sebab kena ada pelbagai protection khasnya pada kulat dan cuaca, kan.. 

Kebetulan kak ana dapat tahu gedung serba lengkap untuk keperluan ruang dalaman dan lanskap rumah, HomePro di Mutiara Damansara, sedang mengadakan jualan sempena Grand Opening Store pada 10 hingga 12 Disember 2021. Pakat dengan suami, kami ke sana semalam ..


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening 


Biasa lah kak ana kalau masuk ke HomePro ni paling cepat pun sejam berlegar dalam tu. HomePro ni gedung serba lengkap, semua dalam satu. Dari peralatan dapur, storage, kelengkapan dan perabot ruang tamu, kelengkapan dan perabot dapur, bilik mandi, perkakas elektrik dan elektronik, hinggalah ke perabot dan kelengkapan lanskap serta DIY semua ada kat sini. 


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Yang penting kesemua produk adalah berjenama dan berkualiti setanding harga. Bukan apa, kak ana agak cerewet dalam memilih kelengkapan rumah ni. Risau beli yang murah-murah sangat sebab kita nak guna lama dan pastikan ciri-ciri keselamatan dan kualiti juga. Jadi di HomePro ni sangat relevan untuk kita melengkapkan dekorasi dan kelengkapan rumah. 



HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Sambil nak cari cat untuk pagar tu, sempat jugalah merayap satu store , rambang mata dengan tawaran harga sempena promosi pembukaan HomePro Mutiara Damansara Grand Opening  ni. Tergugat iman tengok harga produk dapur Tefal ni murah-murah korang.. 


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Kak ana ternampak lah longgokan Milo 1 kg ni kat pintu masuk, ingat kan jualan Milo,rupanya sempena HomePro Mutiara Damansara Grand Opening , dengan *setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit , kita layak membeli 1 pek Milo 1kg pada harga hanya *RM1 sahaja!! Weii.. rugi tak grab , harga barang sekarang semua tengah naik, boleh pulak dapat Milo 1kg pada harga RM1 mesti kena beli ni.. Jap tunggu kak ana cari cat dulu.. nanti kita redeem Milo ni.. 


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Kalau korang yang baharu sahaja melangkah ke alam perkahwinan tu, boleh lah ke HomePro Mutiara Damansara yang terletak dalam Lotus ni untuk mendapatkan kelengkapan rumah. Maklum lah nak mulakan kehidupan serba baharu ye tak ? Tak pun korang yang nak cari hadiah untuk majlis perkahwinan, house warming atau untuk kegunaan sendiri pun, cepat-cepat ke HomePro, semua ada kat sini. 


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Jumpa dah cat yang kami nak cari , ada pelbagai tawaran harga untuk aneka jenama cat. Sementara suami tengah usya-usya mana cat yang sesuai ,kak ana terus ronda-ronda lagi sekitar HomePro store. Memang rambang mata, rasa nak beli macam-macam, tapi tu laa tengah bajet untuk lanskap dahulu, suami dah pesan awal-awal,lain kali maii untuk projek laundry pula.. 


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Tertarik juga dengan set perabot untuk taman , lawa harga pun cuma RM199 sahaja , murah sangat berbanding kat tempat lain yang pernah kami tanya. Nantilah .. next bajet kami beli kat sini, lagipun kat rumah dah ada satu set meja taman. Kalau korang berminat nak deko lanskap boleh lah usya-usya. 


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening

Korang juga boleh sertai Spend ( any amount ) & Win pada 12hb Disember 2021 ni, hari ini lah.. Di mana antara jenama yang mengambil bahagian dalam contest ini adalah Faber, Panasonic, PHILIPS, SHARP dan TEFAL. Berbaloi kalau menang ni.. nasib baik kak ana tak ada bajet nak shopping kalau tak dah join dah.. adoi!! Terdapat lebih kurang 600 hadiah untuk di menangi..


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Turut berlangsung sempena HomePro Mutiara Damansara Grand Opening pada 10hb yang lalu adalah TALK OF THE TOWN (TOTT ) di mana dengan 4 langkah mudah mendaftar sebagai Membership dan boleh mendapatkan hadiah Lucky Draw. Kak ana memang dah lama ada membership..


HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Untuk TALK OF THE TOWN (TOTT) ni korang cuma perlu Sign Up secara Percuma untuk HomePro Membership - Spend berbelanja apa sahaja dalam satu resit dan dapatkan One TOTT Card - Dan bolehlah membeli TOTT item drawn. Korang berpeluang untuk membeli iPhone 13 pada harga RM1,xxx sahaja .



HomePro Mutiara Damansara Grand Opening


Sepanjang 3 hari 10 hingga 12.12.2021 ni juga tawaran potongan harga sehingga 80% untuk produk terpilih menanti korang di HomePro Mutiara Damansara ni.  Rugi lah kalau tak pii naa.. berbaloi-baloi 


HomePro Mutiara Damansara

Selesai lah misi kami membeli cat untuk pagar lanskap di HomePro Mutiara Damansara ketika berlangsungnya Grand Store Opening semalam. Cat outdoor 5 litre jenama Nippon ni kak ana dapat pada harga hanya RM149 dan yang best tu kak ana redeem offer beli 1kg MILO pada harga RM1.. happyy... 


HomePro Membership

Jangan lupa mendaftar sebagai HomePro Membership sebab tawaran eksklusif untuk ahli sahaja, kira ada pass VIP lah bila kita mendaftar sebagai HomePro Members Rewards HomePro Store terdapat di beberapa lokasi seperti di HomePro IOI City Mall, Putrajaya , HomePro Summit USJ , HomePro Melaka , HomePro Ipoh, HomePro Penang, HomePro Johor dan HomePro Mutiasa Damansara. HomePro juga menyediakan perkhidmatan Personal Shopper untuk mereka yang memerlukan khidmat mereka.

Korang juga boleh follow HomePro di

Laman sesawang : www.homepro.com.my

Facebook : HomeProMy
&
Instagram : HomePro Malaysia

HomePro Mutiara Damansara beralamat di Lotus's Lot MA1,
8, Jalan PJU 7/4, Mutiara Damansara, 
478000 Petaling Jaya, Selangor 

Waze sahaja.. sampai lah.. 

#HomeProMy  #HomeProMutiaraDamansara #GrandOpening


3 Comments

  1. Lama dah saya tak masuk homepro..tpi kalau pi ke siam homepro dia fuhhh best sebab besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh alia sampai ke Siam naa Homepro banyak cawangan kan :)

      Delete
  2. time nak pindah rumah dulu, kerap gak masuk keluar homepro. ada byk juga la brg beli kat situ. now dah x masuk dah, belum ada keperluan. rumah semua da complete la kira nya :)
    homepro memang menarik. ala-ala ikea jugak la bagi aida. brgnya semua praktikal dan cantik2.

    ReplyDelete