Wanita masa kini kebanyakannya terinspirasi dengan kecantikan dan keserian wajah perempuan Korea. Pengaruh trend K-drama yang sering kali menampilkan gadis-gadis dengan wajah Asia yang putih gebu ini , mungkin antara sebab ramai yang memilih produk penjagaan wajah dari negara Korea. 

Tidak di nafikan kebanyakan produk penjagaan wajah dari Korea adalah antara yang terbaik di dunia kerana mereka sering menjalankan R&D dalam penghasilan produk . Menggunakan formulasi bahan semula jadi dan di yakini selamat malahan tidak memberikan kesan negatif pada pengguna. 

Namun sebagai wanita Muslim, pastilah kita amat mengambil berat tentang keHalalan sesuatu produk yang ingin kita gunakan sebagai rutin harian. Alhamdulillah.. hari ini kak Ana nak perkenalkan satu jenama yang telah lama terkenal dengan produk minuman kesihatan dan kali ini menampilkan rangkaian set penjagaan wajah pula ala ala Kbeauty , Skincare Halal Korea. 

Kitsui Korean White Skincare


 Kitsui Korean White Skincare 


Memperkenalkan rangkaian produk penjagaan wajah dari Kitsui yang mengambil inspirasi serta teknologi formulasi kecantikan semula jadi Korea, Kitsui Korean White Skincare baharu kini di pasaran. Khas buat wanita di luar sana yang mengimpikan kecantikan wajah persis wanita Korea tampil kulit wajah yang  cerah, sihat, bersih dan licin. 

Namun dalam masa yang sama, wanita kini dapat mempastikan ianya adalah produk yang di jamin HALAL , bebas dari Alcohol dan menggunakan formulasi ESSENTIAL OIL sebagai pewangi semula jadi dalam kesemua rangkaian produk KITSUI SKINCARE ini. 


Kitsui Korean Skincare


Rangkaian penjagaan wajah Kitsui Korean White ini juga suci dan bebas dari bahan berbahaya antaranya tidak mengandungi : 

- Sumber Haiwan
- Pewarna Tiruan
- Paraben
- Bahan Toksin
- Sulfat
- Perfume
- Parafin
- Silikon


Kitsui Korean White , Dry & Normal Skin Korean Solution


Kitsui Korean White Dry & Normal Solution


Di usia kak Ana kini yang sudah pun lewat 40-an, mengalami jenis kulit wajah yang normal tetapi cepat kering bila terdedah pada persekitaran. Jadi, kak Ana memilih untuk mencuba rangkaian produk penjagaan kulit wajah Kitsui Korean White Dry & Normal Skin Korean Solution ( set berwarna biru ) . Andainya korang mempunyai kulit bermasalah jerawat dan berminyak, boleh mencuba Kitsui Korea White dari variasi Acne & Oil Skin Korean Solution ( set berwarna pink ) 

Langkah demi langkah penggunaan rangkaian produk Kitsui Korean White Skincare ini mengikut keperluan penggunaan harian agar mendapatkan kepuasan dalam keberhasilan keberkesanan produk.  Bermula dengan 0.5 Kitsui Korean White Makeup Remover untuk menanggalkan kesan solekan di wajah. Kak ana jarang menggunakan makeup dan jarang keluar rumah jadi kak Ana tidak memerlukannya. 

Kitsui Korean White Cleansing Gel



Kitsui Korean White Skincare


Dengan kod biru 1 merupakan rutin wajib penjagaan wajah setiap hari untuk membersihkan wajah dari kotoran. Setiap pagi dan sebelum tidur, kak Ana akan membersihkan wajah baharu lah rasa selesa dan yakin. Korean White Cleansing Gel,  Day & Night , Dry & Normal Skin ini diperkaya dengan Niacinamide Vitamin B3 yang berfungsi untuk mencerahkan kulit, membantu kulit kekal lembab dan mencegah kemerahan.

Coenzyme Q10 pula memperlambatkan tanda-tanda penuaan pada wajah yang sangat kak Ana perlukan dalam perawatan wajah wanita di usia 40-an ini. Kandungan bahan Vitamin E pula mampu meningkatkan penghidratan kulit wajah seperti wajah kak Ana yang cepat kering moga ia berkesanlah kan..


Korean White Cleansing Gel,  Day & Night , Dry & Normal Skin


Pencuci wajah Kitsui Korean White ini adalah dalam bentuk gel yang mampu membersihkan jauh ke dalam liang pori wajah dan membantu meneutralkan radikal berbahaya yang merupakan salah satu punca penuaan pada wajah. Mudah meresap dan ianya tidak berbau wangi kerana tidak mengandungi perfume yang mana bersifat semula jadi. 

Kitsui Korean WhiteToning Lotion 


Kitsui Korean WhiteTonning Lotion


Selepas wajah di bersihkan, langkah kedua adalah menggunakan toner ataupun Kitsui Korean White Toning Lotion. Gabungan formulasi Galactomyces Rice Water yang membantu mengurangkan saiz liang pori dan mencerahkan kulit. Rosemary pula membantu mengurangkan pigmentasi dan memperbaiki tona kulit wajah. Hat ni kak Ana suka nak tengok hasilnya nanti.. Coenzyme Q10 merupakan bahan formulasi untuk menegangkan dan menganjalkan kulit wajah.

Korean White Essence Serum



Korean White Essence Serum


Sebagai langkah tambahan untuk masalah kulit kering kak Ana mencuba menggunakan 2.5 Korean White Essence Serum. Ia sebagai langkah rawatan untuk parut wajah dan tanda-tanda bintik hitam yang amat ketara pada wajah kak Ana di samping menjadikan kulit bersih dan licin malahan lebih cerah. 

Mengandungi konsentrat bahan aktif seperti Niacinamide Vitamin B3, Coenzyme Q10 dan juga Rosemary. Korean White Essence Serum mempunyai tekstur yang lebih ringan yang mudah meresap ke kulit wajah. Kak Ana suka kerana ia sangat memberi kesegaran selepas menyapu pada wajah dan tidak berbau perfume namun soft essence . 

Kitsui Korean White Moisturizer 


Kitsui Korean White Moisturizer


Produk yang sangat-sangat kak Ana perlu kan dalam rutin jagaan kulit wajah selepas cleanser adalah moisturizer atau krim pelembab wajah.  Kitsui Korean White Moisturizer mengandungi Niacinamide Vitamin B3 yang berfungsi untuk mencerah, melembabkan dan menghaluskan kulit wajah. 

Hyaluronic Acid bertindak mengurangkan warna kulit kusam dan warna yang tidak sekata. Pastinya Coenzyem Q10 bertindak melambatkan tanda-tanda penuaan seperti bintik hitam, garis halus dan kedutan di wajah. Hadir dalam bekas pam yang lebih hygene penggunaannya dari tercemar. Tanpa bau perfume dan warna hasil penggunaan ramuan semula jadi dalam rangkaian produk Kitsui Korean White Skincare seperti tertera pada setiap penutup kotak produk. 





Lengkaplah sudah langkah-langkah penjagaan wajah untuk wanita yang inginkan keserian, cerah dan bersih sepanjang hari. Rangkaian produk skincare Kitsui Korean White yang di yakini selamat dan Halal tanpa bahan berbahaya , semoga mampu memberikan hasil wajah yang di impikan persis wanita Korea versi Malaysia.. 

Kesemua produk Kitsui White Korea Skincare  boleh di dapati secara online di :

Untuk info dan promosi terkini jangan lupa follow Kitsui Korean White Skincare di :

Instagram :@kitsuimalaysia

Tiktok :@kitsuimalaysia

Facebook : kitsuimalaysia

Youtube : KitsuiBeauty


0 Comments