Sejak PKP pertama lagi , kak ana cuba untuk buat temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara di kediaman kami ni. Tapi dapat tarikh punya jauh sampai 3-6 bulan baru dapat slot. Urusannya nak tukar kad pengenalan Adik Ika yang patah hujung bucunya, serta dah sepatutnya di tukar selepas umur 18 tahun. Tapi masih tertangguh kerana PKP demi PKP.

Minggu lepas, suami kak ana bagitau kawan dia boleh sahaja buat IC tanpa temujanji di UTC Sentul. Kami pun cuba lah masuk ke laman web JPN dan ada di maklum kan di update terkini dah boleh hadir berurusan di JPN tanpa temujanji atas kapasiti dan keupayaan pejabat seperti di dalam keratan foto di bawah bagi negeri fasa 3 & 4 PPN. Ini berdasarkan pada tarikh entri ini di terbitkan, naa.. Sebarang perubahan korang boleh semak di laman web JPN .


buat ic tanpa temujanji

Urusan di Pejabat JPN tanpa temujanji 


Namun dah alang-alang kami berada di laman web JPN , kak ana cuba juga membuat slot temujanji di UTC Sentul. Mana lah tahu kan, nanti bila sampai di sana kena ada temujanji pula kan frust. Alhamdulillah masih banyak kekosongan slot temujanji di JPN UTC Sentul dan kami pilih hari Ahad slot pukul 11 pagi. 

Sebenarnya bukan Adik Ika sahaja yang nak tukar IC, kami sekeluarga ambil peluang untuk tukar IC kerana IC dah lama, gambar pun masa muda lagi huhu 😀😀. Kak Long masih menggunakan IC sekolah menengah dan sepatutnya di tukar pada usia 18 hingga 25 tahun. Kak ana pula IC lama yang tak ada dua foto berbayang tu.. haa baiklah kami buat temujanji dan tukar sekali. 


buat ic tanpa temujanji


Pagi Ahad 2 Januari lepas, kami sampai ke UTC Sentul. Kat sana parkir memang payah lah mujur suami dapat juga satu slot parkir di basement. Parking free sahaja kat sini. Kami naik lif ke aras 3 dan menuju ke JPN. 

Ada dua barisan di luar pejabat JPN kat sini, satu baris panjang adalah mereka yang hadir secara walk in dan satu baris tak ada orang pun di lane warga emas / dengan temujanji. Alhamdulillah kami masuk di lane temujanji dan cepat sahaja dapat masuk ke pejabat untuk berurusan. Makna nya masih relevan untuk korang buat temujanji dan save file di handphone sebagai bukti tunjuk kat RELA yang menjaga barisan di luar. Lane walk in memang agak panjang.. 


buat ic di utc sentul


Bila masuk, terus ke kaunter untuk ambil nombor dan pegawai akan tanya atas urusan apa. Pegawai bertugas akan ambil IC kita dan suruh duduk sementara di panggil nama dan dapatkan nombor urusan. Sekejap sahaja dah di panggil nama ke kaunter untuk urusan dokumentasi dan bayaran. 

Bayaran tukar IC rosak dan selepas 18 tahun 


Bayaran proses tukar IC rosak atau IC lama cuma RM10 sahaja, tetapi Kak Long kena RM20 kerana lewat tukar IC antara usia 18-25 tahun. Kak Long dah masuk 25 tahun Nov lepas jadi dah kena denda RM10. Jadi ampa semua yang dah sampai usia 18 tu pii tukar IC sebelum usia cecah 25 tahun naa.. Nanti kena denda RM10 😆😆

Selepas buat pembayaran sama ada secara tunai atau online , korang kena kembali duduk dan tunggu di kaunter tangkap gambar. Tak ingat kaunter berapa tapi ada tulis situ nanti. Sekali lagi nama akan di panggil dan korang ready lah nak kena tangkap gambar. 


buat ic di utc sentul


Warna tudung untuk gambar IC 


Masa nak pii kami risau gak kalau-kalau warna tudung tertentu tak boleh pakai untuk urusan tangkap gambar IC ni, rupanya menurut pegawai bertugas boleh sahaja warna apa pun kecuali warna putih atau terlalu cerah. Di situ ada di sediakan tudung jika warna tudung korang tak sesuai, jadi baik pakai siap-siap warna yang tak terlalu pastel dan cerah atau putih, kan. Nanti gambar tak jelas , sempat tanya tu maklum lah blogger kan. Senang dapat info boleh share dengan korang. 

Lepas ambil gambar kita kena keluar dan tunggu dalam masa 30 minit. Kita keluar lah kan dan beri ruang pada orang lain yang berbaris panjang tu nak masuk pula. Ini antara SOP lah kan untuk elakkan kesesakan dalam ruang pejabat. Kat UTC Sentul ni banyak gerai boleh lah minum sat sementara tunggu 30 minit. 

Lepas setengah jam, datang semula ke pejabat JPN dan tunjuk slip pada anggota RELA dan kita akan ambil nombor lain pula. Sekejap sahaja nombor di panggil dan masuk ambillah IC yang dah siap. Alhamdulillah.. cepat siap cuma gambar IC tu ermmm... sedih gak lah haha.. Dah nama lagi gambar IC kan 😉😉

Begitulah kisah pengalaman kak ana sekeluarga dalam proses buat IC baru di JPN, UTC Sentul. Korang kalau boleh try buat appoitment lebih mudah namun jika urgent cubalah walk in. Banyak UTC ada atau terus ke cawangan JPN terdekat untuk urusan pendaftaran kelahiran, kematian dan kad pengenalan dan sebagainya. Apapun korang layari dahulu ke https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/  untuk sebarang update terkini yang berubah dari masa ke semasa. 

Semoga perkongsian kak ana ni ada manfaatnya buat korang yang sedang mencari info urusan pendaftaran di JPN . 

4 Comments

  1. di melaka byk tempat da tak perlu apoinmen.
    boleh walk in but nak masuk depends on ramai org dah di dalam.
    kena tunggu di luar la. masih jaga s.o.p.

    ic aida memang dah baru. da tukar 2018 dulu.
    masa tu sebabnya nakkan gambar baru kat driving license tau.
    rela gi tukar ic. sebab nanti jpj akan online dgn jpn.
    cantik la gambar kat driving license :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru tau umur 18-25 kena tukar IC. Thanks inform. Boleh bagitau anak-anak saudara. Senang tu. Alang-alang dah sampai settlekan semua satu famili

    ReplyDelete
  3. Tak suka tengok gambar IC yang selepas 25 tahun tu. Grrr... Tak ready pun nak tukar IC tapi kebetulan ada banyak masa dan orang tak ramai dan dah kena tukar IC. Bila tukar tu,alahai sedih betul tengok ...

    Tengok juga kat group FB pasal mak mak yang betul settle mykids dah boleh settlekan dah now..

    ReplyDelete
  4. mudah aje sekarang alhamdulillah

    ReplyDelete