Sepanjang Disember lepas, kak ana agak sibuk juga membuat persiapan majlis pertunangan anak sulung kak ana, Kak Long. Walaupun masih dalam era pendamik, jemputan sangat terhad mengikut keluasan rumah tetapi kak ana cuba sedaya upaya agar majlis menjadi indah untuk kenangan kami sekeluarga.


Kedai barang hantaran di GM Klang


Dalam suasana norma baharu, banyak perkara perlu di fikirkan sebelum tiba majlis. Antara yang menjadi fokus selain menu katering, khemah dan sebagainya, barang hantaran juga diberikan perhatian. Dari dahulu lagi setiap kali majlis pertunangan sepupu-sepupu dan anak-anak buah, kak ana lah yang akan mengubah sendiri hantaran. Minat sangat benda-benda cantik dan bunga-bunga ni. 


kedai hantaran GM Klang


Kini dengan izinNya, tiba giliran anak sendiri. Walaupun dah berkarat dah rasanya keras tangan namun cuba juga lah mengubah mengikut tema warna pilihan Kak Long, hijau putih. Jadi langkah pertama kami adalah mencari kedai menjual alat-alat dan produk hantaran. Dari dulang atau base hingga lah ke balutan, riben, bunga dan juga polestren nya.



Mula-mula kami ke Semua House, KL. Kalau dahulu di sana lah pusat gedung barang hantaran di KL ni. Rupa-rupanya dah tutup dah Sayang You di Semua House dan yang ada hanya kedai Sin Yin di LG Semua House tetapi barang-barang nya dah macam fesyen lama. 



Dari carian di internet selain dari Nilai 3, GM Klang juga merupakan pusat jualan barang hantaran perkahwinan masa kini. Selepas check out bercuti di Arte Mont Kiara , kami terus ke GM Klang dan lega sangat di sana banyak kedai menjual produk hantaran perkahwinan sama ada dah siap di gubah atau pun loose item untuk yang ingin mengubah sendiri hantaran.



Di bahagian hadapan GM Klang, Block C merupakan pusat jualan produk hantaran dan terdapat beberapa kedai yang ada di sana. Kebanyakan kedai-kedai ini ada cawangannya di Nilai 3 jadi bagi yang tak nak pergi jauh boleh lah ke GM Klang ni sahaja. 




Cuma kedai-kedai di sini kebanyakannya menjual pada harga member's , ada kedai yang perlu bayaran untuk menjadi member's dan ada yang percuma. Memang beza harga member's dengan harga retail. Kalau cadang nak beli banyak tu baik jadi member's dahulu dapatlah potongan harga yang rendah. 




Cuma pesan kak ana kalau korang nak cari hantaran ni survey dahulu beberapa kedai sebelum membeli kerana banyak kedai harga agak berbeza dan trend juga berbeza. Ada kedai yang macam masih menjual pada design yang tidak up to date dan ada pula yang terkini. Jadi masuk dulu, ronda-ronda dan kalau betul-betul dah berkenan baharu lah shopping. 




Kami terkena juga sebab dah siap shopping kat satu kedai ni, rupanya kedai sebelah hadapan nun lagi cantik-cantik design barang-barang hantaran yang terkini. Kak Long nak tema putih hijau, jadi kami kena beli dari beberapa kedai juga kerana tak dapat dalam satu kedai sahaja yang berkenan di hati. 


Aapun terpulang pada bajet masing-masing, kan. Semoga tidak berlaku pembaziran sangat kerana semua itu sekadar hiasan semata. Selagi tidak membebankan boleh lah dibeli kerana majlis pertunangan atau perkahwinan ni sekali seumur hidup hendaknya dan biarlah ianya menjadi kenangan terindah dan permulaan yang baik.


Jadi, kalau korang yang dalam persediaan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan dan sedang mencari idea gubahan hantaran dan barang-barang majlis boleh lah ke Block C , GM Klang ni.Penat gak lah pada usia kak ana ni nak habis ronda plaza sebab memang besar dan luas. 




Sama ada korang punya bajet untuk beli dulang hantaran yang dah siap di gubah, ataupun korang yang kreatif boleh sahaja beli barang untuk menggubah sendiri hantaran mengikut bajet masing-masing naa..
Semoga perkongsian kak ana ni ada manfaatnya, In Shaa Allah...