Lepak santai di ZUS Coffee Rawang
Trend anak-anak muda sekarang ni, lepak santai di cafe-cafe sambil menikmati minuman-minuman pelbagai perisa dan menu-menu ringan. Kak ana rajin juga teman kan anak-anak ke cafe-cafe di sekitar Selangor dan KL ni. Anak-anak kak ana ni ke mana pun selalu dengan mak pak depa, walaupun dah besar panjang.
Ialah kan, depa masih belajar ODL dan ada di rumah, kawan-kawan satu kampus pun di rumah masing-masing di negeri yang jauh-jauh, kalau tak depa akan lepak dengan kawan-kawan se universiti. Ni terpaksa lah berkepit dengan mak pak . Lagi jimat duit kata depa, haa laa dah ayahnya yang belanja.. kan jimat lah duit depa..
ZUS Coffee Rawang
Di sekitar Rawang ni sendiri dah banyak cafe-cafe baharu di buka. Kak ana sekeluarga suka juga try menu-menu minuman di cafe-cafe macam ni. Tak cuba mana nak tahu kan, sedap ke idak ? Tapi tak boleh selalu lah sebab menu-menu di cafe-cafe ni bukan lah murah juga , boleh tahan laa..
Dan yang penting sebelum nak makan tu , kita cari dahulu sama ada cafe-cafe hipstur dan lawa-lawa ni menyajikan menu yang halal atau tidak. Merujuk kepada terbitan di https://www.havehalalwilltravel.com/is-zus-coffee-halal-malaysia dan juga website mereka , " As of July 2021, ZUS Coffee in Malaysia is in the midst of applying halal certification from JAKIM. All ingredients used are sourced from halal-certified suppliers. "
Dari terbitan di atas jelas bahawa ZUS Coffee dalam proses permohonan kelulusan sijil Halal Jakim dan mereka menggunakan bahan-bahan yang mempunyai sijil Halal dalam adunan minuman dan makanan. Memang akan mengambil masa yang lama juga untuk memperolehi sijil Halal Jakim ni.
Bila ada kenyataan sebegini meyakinkan kita bahawa sajian menu ZUS Coffee menggunakan bahan yang halal. In Shaa Allah...
ZUS Coffee Rawang ni terletak di Rawang Reef, sederet dengan Maybank, Nagoya dan Mycori tu sahaja. Baharu juga di buka sekitar akhir tahun lepas kalau tak silap kak ana. Dekorasi dalaman agak santai dan bertema kan warna biru . Cantik dan mendamaikan. Malahan masa kami singgah pun tak ramai pelanggan yang dine in.
Kami cuba 4 jenis minuman , dah ada empat orang kan dan malam tu kak ana cuma ambil seketul muffin sahaja sebab kami baru lepas makan , masih kenyang lagi dan memang cadang nak minum-minum sahaja.
Kak ana try ZUS Signature depa ZUS Gula Melaka. Serius sedap, kak ana suka. Suami macam selalu suka minuman panas Americano, Kak Long ambil Creamy Mango dan Adik dengan green tea nya laa Japanese Matcha Freppe.
Muffin tu sedap, depa akan heat up sebelum hidangkan dan ada rasa pisang dan walnut dalam tu. Minuman pun memang premium taste lah pada kak ana. Kena lah dengan harga kan.. 4 jenis minuman bersama muffin tu dalam RM47 kalau tak silap. Sebab tu kak ana kata boleh sekali sekala sahaja huhu..
Ada banyak lagi menu yang korang boleh pilih untuk mencubanya. Mudah kalau korang ada apps, buat pesanan online dan datang pick up sahaja di kaunter dan lepak. Senang nak pilih menu dan boleh bajet sekali ye dak, dari duk terkial-kial di kaunter sementara nak order hehe..
Apapun nikmatilah apa sahaja rezeki yang kita terima dengan penuh rasa syukur. Makanan dan minuman yang sedap tidak semestinya yang mahal. DiberikanNya rasa selera untuk makan itu adalah rezeki yang paling utama, kerana tidak ada gunanya ada wang ringgit yang banyak, makanan dan minuman yang enak tetapi Allah swt tarik nikmat rasa dalam diri..
5 Comments
Betul Kak Ana... kadang2 bila berkira-kira sangat pun, rezeki jadi tersekat juga. Asalkan tidak membazir dan mampu, nikmati saja.
ReplyDeleteMungkin sy kena repeat Zus Coffee ni sbb 1st time cuba kurang menarik sbb tak biasa dgn cafe-cafe hipster ni :D
dapnye...memang selalu gak layan zus ni, sbb guna app..senang
ReplyDeletesetuju dengan point last dari kak ana tu
ReplyDeletesesekali ke rawang pergi tesco ja
ReplyDeletesetuju dengan ayat last tu kak, menggoda aih nengok air dan pastry tu kak oi
ReplyDelete