Entri sebelum ni, ada kak ana share dengan pengunjung blog kisah kak ana dan suami pii makan kari ikan sembilang yang sedap sesangat tu di SINI . Memang sedap dan kena dengan selera kak ana dan suami sampai suami menambah nasi laa.. Kalau korang peminat ikan sembilang kena try asam pedas atau kari depa ni ,naa ..


Pantai Redang, Sekinchan


Macam dalam entri tu kak ana cerita kedai kari sembilang ni buka tengahari sahaja, jadi kami maii dalam kul 12 sampai, makan dan dalam 12:30 selesai dah. Nak ronda sawah, waktu ni sawah dah selesai di tuai jadi dah kering dan panas lit lit laa tengah hari rembang nii. 

Tempat-tempat lain sekitar Sekinchan dan Tanjung Karang pun dah pernah pii, seperti Laman Tebu Aidil , Padi Box, Muzium Padi dan Pasar Jerami Ban Kenal ada kak ana share kan di entri-entri yang lepas. Cuma satu lagi tarikan di Sekinchan ni yang kak ana belum pernah sampai iaitu Pantai Redang.


Pantai Redang, Sekinchan


Pantai Redang, Sekinchan


Pantai Redang, Sekinchan


Kami waze tak jauh dah dari lokasi Kampung Pinang dalam 10 minit sampai . Laluan masuk ke Pantai Redang ni agak sempit kena hati-hati lah , berselisih dengan kenderaan besar dan akan melalui kawasan perkampungan nelayan yang majoriti kaum Cina. 

Bila sampai, waktu tu dalam jam 1 tengahari lebih kurang memang air sedang surut dan tak nampak pun air laut. Tapi pemandangan tetap cantik dan aesthetic juga kalau korang pandai ambil shoot yang menarik. Cuaca panas terik tapi tak ada orang sangat kerana hari tu hari bekerja.


Pantai Redang, Sekinchan


Pantai di Selangor ni kebanyakan yang kak ana pernah sampai memang bukanlah pantai untuk mandi manda dan air pun tak berapa cantik, mungkin atas faktor geografi nya lah kan. Air laut pun tak membiru seperti di pantai-pantai di Pantai Timur atau PD dan sebagainya. 

Pada kak ana, Pantai Redang  Sekinchan ni lebih kepada pantai jeti nelayan tak luas pun pantai untuk riadah di sini. Di sebelah kiri akan kelihatan jeti nelayan dengan bot-bot besar dan juga kotak-kotak ikan yang banyak di kawasan bagan perkampungan nelayan. Sangat aesthetic untuk kaki photographer yang suka pada view sebegini. 


Pantai Redang, Sekinchan


Pantai Redang, Sekinchan ni juga ada keunikannya di mana terdapat beberapa pondok papan di atas pokok yang berwarna warni. Kak ana tak pasti untuk apa, mungkin untuk riadah agaknya dan di bawah pondok tu ada kerusi kayu dan buaian. Cuma kak ana cuba juga naik tangga ke atas tapi ada banyak anjing pula lepak tidur atas pondok dan sekitar pantai ni.


Pantai Redang, Sekinchan


Mungkin cuaca panas depa berteduh lah bawah pondok-pondok atas pokok dan bawah nya. Lagipun seperti yang kak ana katakan awal tadi, kawasan sekitar Pantai Redang ni sebahagian besarnya adalah kaum Cina. 

Ada sepohon pokok besar dan di situ lah port viral yang pernah kak ana tengok di Instagram di mana mengikut kepercayaan kaum Cina , depa akan baling syiling yang berikat riben merah untuk sangkut kan pada dahan-dahan pokok ni. 


Pantai Redang Sekinchan


Kak ana tak pii dekat pun dan tak juga ambil gambar pokok yang berjurai riben merah. Begitu juga gerai-gerai makanan dan minuman di sini pun adalah milik bukan Islam jadi kalau nak lepak korang bawa lah bekalan jajan siap-siap. 

Di tepi pantai ada di sediakan beberapa deretan kerusi batu untuk lepak. Cuma agak mencacatkan pemandangan bila kelihatan banyak sampah di sekitar pantai. Paling banyak facemask lah.. sedih tengok bila ada sesetengah pengunjung yang tak peka menjaga kebersihan pantai awam macam ni. 



Kak ana sempat lah merakam kan beberapa pemandangan sekitar pantai bercengkerang ni untuk memberikan serba sedikit gambaran kepada korang yang nak berkunjung ke sini. Tapi tu laa waktu nii air surut jadi pemandangan air laut sayup ke tengah.


MSekin Wonderland , Sekinchan


Bersebelahan sahaja atau jalan sebelum sampai ke Pantai Redang ni terletaknya taman tema air dan resort MSekin Wonderland. Kak ana singgah kejap di bahagian luar sahaja dan dari perkongsian di FB Page MSekin Wonderland ni dah pun beroperasi. 


Msekin Wonderland


Korang carilah info dari page mereka naa.. Ada juga restoran ikan bakar di dalam kawasan MSekin ni dan kak ana di faham kan MSekin Wonderland ni milik orang kita. Apapun korang cari lah info sahih di internet naa.. 


Pantai Redang, Sekinchan


Untuk pendapat peribadi kak ana sendiri, Pantai Redang , Sekinchan ni kurang menarik untuk riadah keluarga. Lebih seronok bila kak ana ke Pantai Jeram, Pantai Bagan Nakhoda Omar dan Pantai Remis kerana banyak tersedia kemudahan dan gerai untuk makan dan minum serta keadaan pantainya yang lebih luas dan panjang. 

Cukup lah sekali kunjungan ke sini, sekadar nak melihat sendiri keadaannya di sana. Apapun bila melihat pantai, laut dan pasir-pasir , kita pasti akan kagum dengan kebesaran Allah swt mentadbir alam ini dengan Maha Sempurna. Air pasang dan surut berlaku tanpa pernah silap percaturanNya.. Benarlah Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam... 


5 Comments

  1. Wah seronoknya berjalan-jalan! :D
    Betul tu, facemask memang sangat bersepah sekarang. tak faham dengan orang yang suka buang facemask merata ni. Facemask tu sudahlah bukan biodegradable.

    ReplyDelete
  2. cantik juga pantai ni jalan2 tengok laut luas

    ReplyDelete
  3. k.ana rajin juga berjalan ke belah sini ya. sy dah jadi org sungai besar pun tak berjalan-jalan pun lagi area situ. kalau pergi balik rumah mertua je, x berjalan ronda-ronda sebab ramai orang hehe

    ReplyDelete
  4. Baru-baru ni ada baca post di fb pasal pantai ni. Memang ramai yang komen kotor, banyak anjing.

    ReplyDelete
  5. Nampak gaya nak kena ke Sekinchan ni... banyak tempat menarik.

    ReplyDelete