Mutyara terkenal dengan jus minumannya. Jus Mutyara merupakan Minuman tambahan khas untuk wanita bagi menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Khususnya untuk tambah tenaga. Resipi turun-temurun keluarga Tya diolah rasanya dengan tambahan makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habbatussauda selain campuran herba-herba asli seperti Kunyit, Halia, Manjakani dan sebagainya. 


Siapakah Tya? Tya merupakan menantu kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. 




Mutyara telah membantu ramai usahawan wanita di luar menjana pendapatan sekurangnya RM10,000 sebulan dengan memberi peluang kepada mereka untuk memulakan Bisnis Tanpa Modal dengan mudah dalam masa yang singkat.

 

Usahawan Mutyara akan dibekalkan dengan ilmu dan bimbingan terus daripada Founder Pn Tya Arifin serta dibekalkan dengan Module Strategy Bisnis yang lebih jelas di samping bantuan Team Mutyara sendiri.

 

Telah ramai usahawan Mutyara yang berjaya dilahirkan melalui Program Bisnis Tanpa Modal dan jana pendapatan sehingga 6 angka dalam masa beberapa bulan sahaja selepas mereka upgrade ke fasa kejayaan yang seterusnya.


Persoalannya di sini, bagaimana bisnes Mutyara yang dimiliki oleh Tya dan suaminya Asyraf ini boleh berjaya dengan pantas? Apakah rahsia yang mereka amalkan? 


Bagi anda yang tertanya-tanya rahisa kejayaan bisnes Mutyara, baru-baru ini Datuk K telah mendedahkan bagaimana anak menantunya boleh berjaya dalam bisnes walau dalam masa yang agak cepat. 


Datuk K Dedah Rahsia Kejayaan Mutyara 


Pendedahan itu dilakukan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K baru-baru ini di dalam sebuah majlis bersempena meraikan hari lahirnya. Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada majlis tersebut, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman yang telah dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 




Ternyata, rupa-rupanya kejayaan Mutyara asbabnya ada kaitan dengan mengikut kelas-kelas bimbingan dari Datuk Wira Dr Azizan Osman. Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri. 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 


Jom tonton Video di bawah :





Asyraf Melihat Dr Azizan Osman Sebagai Mentor Terbaik 


Dalam pada itu, Asyraf melihat Dr. Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Allah SWT. Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 




Apa yang ditekankan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman ini sememangnya sangat penting kerana soal rezeki ada kaitan dengan Allah Yang Maha Esa. 


Sebagai khalifah yang disuruh untuk berusaha dalam mencari rezeki, kita diajar untuk berusaha keras dan tidak hanya menunggu rezeki datang bergolek seakan menanti bulan jatuh ke riba. 


Datuk K Setuju Dengan Cara Penekanan Dr Azizan Osman


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. Bagi Datuk K, Dr Azizan Osman sememangnya mempunyai aura untuk membantu orang lain untuk ikut berjaya. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 



https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.


Nak Berjaya Jangan Takut Untuk Rapat-Rapat Dengan RichWorks 


Pastinya masih ramai dari kalangan peniaga di luar sana yang masih sedang mencari-cari ilmu berkaitan dunia bisnes dan marketing. Nak berniaga kena bagi orang nampak barulah apa yang dijual boleh dibeli oleh orang lain. Tapi, nak bagi orang nampak itu mestilah dengan cara yang betul. 




Ketika saat begini mentor sangat penting peranannya. Mentor mempunyai pengalaman yang sangat luas dan pernah melalui zaman jatuh bangun. Maka, gunakan pengalaman yang ada pada mentor sebagai rujukan supaya tidak tersalah jalan. 


Apa yang dinasihatkan oleh mentor, dengar dan cuba praktikkan untuk bisnes masing-masing. Dengan cara itu masing-masing dapat saling belajar sambil terus berusaha untuk menaikkan bisnes perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi hingga boleh menjadi kebanggaan dalam keluarga sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Asyraf dan Tya dengan nama Mutyara. 


Apa yang masih ditunggu-tunggu lagi, layari website utama RichWorks atau join terus channel telegram RichWorks untuk pelbagai informasi terkini yang berguna. 


2 Comments