Info-info mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM 2022 )
Umum mengetahui mengenai satu lagi insentif bantuan kewangan dari kerajaan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) khas bagi rakyat Malaysia yang layak. Proses permohonan dan kemaskini maklumat peribadi telah pun bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 yang lalu. Semoga semua yang layak tidak terlepas pandang untuk membuat permohonan dan kemaskini kerana tarikhnya telah pun berakhir 31hb Januari yang lepas.
Info terkini BKM
Dari rujukan sumber di https://bkm.hasil.gov.my/ , dinyatakan
Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 .
• Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
• Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
• Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.
Cara log masuk MyBKM sekiranya terlupa kata laluan atau soalan keselamatan
• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM.
• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
Notis peringatan dari LHDNM
Berhati-hati dengan Penyamaran
LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BKM 2022. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi BKM bagi sebarang semakan dan makluman terkini.
Cara hubungi BKM LHDNM melalui beberapa platform seperti di bawah :
Hotline BKM LHDNM:
1-800-88-2747
Hotline BKM MOF
03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel
bkm@treasury.gov.my
Alamat surat menyurat :
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022
Jumlah Tuntutan – RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)
Tempoh meninggal dunia - 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
Tempat Tuntutan – Bank Simpanan Nasional (BSN)
Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja
- Kahwin
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda mempunyai anak
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Hubungan waris yang layak
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK
Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil
Semoga bermanfaat...
1 Comments
alhamdulillah.cik nor layar dapat BKM..:)
ReplyDelete