Di mana-mana sahaja kita berjalan di sepanjang lebuhraya atau di tengah bandar-bandar pasti terpandang papan billboard terpapar perkataan RICHWORKS . Rasanya umum tahu apakah di sebalik papan-papan billboard ni, kan.. Tak apa lah kak ana jelaskan sekali lagi mungkin masih ada yang tak tahu, ye tak ? 

Mengenali Richworks International 

RICHWORKS diasaskan oleh Dr Azizan Osman, dan telah berkembang menjadi sebuah organisasi penganjuran seminar terulung di Malaysia dalam masa 6 tahun. Mulai 2008, Richworks secara khususnya, menyediakan program-program berbentuk program seminar untuk melahirkan usahawan yang cemerlang di bawah program latihan dan bimbingan dalam perniagaan. 




Sumbangan dan matlamat RICHWORKS kepada masyarakat 

Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.




Matlamat dan sasaran Richworks adalah untuk menjadi pengamal-pengamal luar biasa yang membantu mengubah dunia supaya menjadi tempat yang lebih baik dengan membangun keupayaan dan potensi manusia ke tahap maksimum. Semoga usaha murni mereka akan tercapai dengan jayanya dalam membantu golongan usahawan yang mampu menyahut cabaran untuk berjaya. 


Mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman 

Kak ana masih ingat dahulu di mana , Richworks bermula secara perlahan-lahan oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Namun tahun demi tahun, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & latihan profesional ternama di Malaysia. 

Tidak semua dari kita ni di lahirkan di dunia kayangan dan hartawan. Namun atas impian dan cita-cita di papah oleh kerja kuat dan semangat yang kental tidak mustahil untuk mencapai impian dunia dan akhirat. 

Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.





Di anugerahkan pinjaman kelebihan keupayaan yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa. Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.

Sehingga kini beliau telah  menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.

Memaksimumkan kelebihan di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan impian dan cita-cita untuk maju dalam bidang perniagaan khususnya. 




Namun bukan semua yang menyertainya mampu berjaya sekiranya tidak ada kesungguhan dan tekad melakukan semua bimbingan yang di berikan. Bila tak berjaya mula lah mencari silap sana sini sedangkan diri sendiri tidak begitu kuat dalam cabaran dan task yang di berikan oleh pembimbing di kalangan mereka yang arif dalam bidangnya di RICHWORKS. 

Bimbingan sahaja tidak memadai jika empunya diri tidak kental dalam menghadapi cabaran-cabaran berat yang hadir menguji kekuatan mental dan fizikal untuk mencapai impian kejayaan. Kena lah berpegang pada iktikad usaha, doa dan tawakal untuk cemerlang dunia dan akhirat, In Shaa Allah...

Cabaran usahawan untuk bangkit semula pada tahun 2022 ini 

Semua kita mengharapkan sinar yang lebih baik untuk tahun 2022 ini. Selepas ujian demi ujian yang hadir menguji kita dengan upaya sendiri mengatasinya. Sinar 2022 bagaikan satu suluhan yang menjadi harapan untuk kita semua bangkit dari kesakitan dua tahun yang lalu. 

Ramai di antara kita terkesan dengan ujian pendamik dan bencana alam. Jiwa-jiwa yang kehilangan insan tersayang, kegawatan ekonomi yang melanda, kemusnahan dan kehilangan harta benda dan sebagainya. Namun kita perlu bangkit semula walaupun terpaksa bertatih demi kelangsungan kehidupan yang berbaki. 

Walaupun begitu , kita perlu terima hakikat bahawa cabaran  tahun 2022 ini bukanlah mudah. Sebagai seorang yang banyak pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan dalam bimbingannya, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendengar sendiri bicara beliau dan mungkin akan menjadi titik sinar baharu untuk mereka yang bergelar usahawan untuk bangun dan mara ke hadapan. Antara yang di utarakannya sepanjang Sessi Live di Telegram beliau setiap Ahad jam 8 pagi sepanjang Februari ini adalah seperti :

"Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini."




Sebab itu, kritikalnya untuk kita semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

"Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran."

Menurutnya lagi , "saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?




"Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!" Ujar beliau. Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

"Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum."

"Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.




" Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan."

Untuk kupasan secara LIVE bersama dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman dengan lebih terperici dan jelas jangan lupa  Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official 
 sekarang!!


Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada setiap Ahad sepanjang Februari, pukul 8.00 pagi.

3 Comments

  1. Bila buat bisness ni memang wajib kena ada ilmu, kalau tak berilmu, jawabnya memnag melingkup.

    ReplyDelete
  2. Peluang yang baik untuk orang bisnes nie kan Ana..

    ReplyDelete
  3. berbisnis mesti berani n rajin

    ReplyDelete