Kak ana memang suka makan nasi berlauk atau nasi dagang Pantai Timur dengan lauk ayam atau daging masak kerutup . Belum pernah cuba sendiri sebab masakan ini memerlukan rempah kerutup dan kalau kat kediaman kak ana ni, payah nak dapat di kedai Acheh, tak ada jual.

Rempah kerutup ni selalunya di jual di kedai-kedai produk Pantai Timur atau Thai. Di Kelantan Mart tu ada, cuma di jual dalam pek yang besar, sedang kan kak ana saja nak try masak sedikit dahulu. Dan rezeki baru-baru ni , kat kedai runcit orang kita di kawasan taman kak ana ada pula terjumpa rempah kerutup Tok Ma dalam pek kecil. 


Resepi dan cara masak kerutup ayam


Kak ana terus lah beli dan nak try sendiri masak di rumah. Bahan-bahan lain semua ada di dapur maka terhasillah menu ayam masak kerutup buat pertama kalinya. Alhamdulillah.. menjadi dan sedap. Secukup rasa kerana masakan kerutup ni dia manis-manis sikit, maklumlah resepi menu Pantai Timur ye dak, tapi sedap memang sedap. 

 

Resepi dan cara masak kerutup ayam 



Ayam masak kerutup ni, ia memang pekat dan warnanya akan berubah gelap bila dah sejuk juadahnya. Ia tak sama dengan rendang dan bukan juga masak kurma. Ia mendapatkan rasa uniknya dari adunan rempah kerutup yang mana kita bancuh dan tumis dalam masakan. Tak ada rempah kerutup tak jadi lah masakan kerutup ni.

Jom lah kak ana kongsikan resepi masak kerutup ayam olahan dari resepi asal Azie Kitchen. 

Bahan-bahan ayam masak kerutup 

Ayam - potong dan bersihkan

Bahan kisar atau rajin tumbuk dalam lesung : 

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

4 sudu besar penuh rempah kerutuk , kak ana guna 1 pek kecil
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang utk menumis
Garam dan gula
Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak) kak ana guna 1 biji kelapa yang di blend 

Cara masak kerutup ayam 

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis seperti bunga lawang, kayu manis dan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan bahan yang di blend atau tumbuk tadi.



Resepi ayam masak kerutup


3. Tumis hingga wangi dan garing.

4. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.



resepi dan cara masak kerutup ayam

5. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula.


resepi kerutup ayam

6.Sesuaikan kepekatan dan rasanya. Matikan api dan sedia untuk hidangan. Menu kerutup ni sepatutnya pekat kuah dengan kerisik dan rempahnya. Rasa agak manis tapi adjust lah kemanisannya ikut selera masing-masing.

Selamat mencuba naa.. sedap di makan dengan lemang atau nasi minyak. Nak makan dengan nasi putih pun tak ada hal.. 

1 Comments

  1. Cantik pekat warna kuahnya...
    Ni makan dengan nasi panas sedap ni..

    ReplyDelete