Dah lama orang viral pasal roti sarang burung nii. baru-baru ni jer kak ana dapat merasakannya sendiri.. Itu pun beberapa minggu lepas baru perasan sebelah kedai roti leleh Batu Arang tu ada jual roti sarang burung nii. Sebelum ni kak ana memang selalu gak sarapan pagi di kedai Roti Leleh Batu Arang yang viral tu. Kisahnya ada di Roti Leleh Batu Arang

Kami yang sedang queue roti leleh nampak orang order roti sarang burung, nak order penjual kata kena tunggu lama sebab ramai hujung minggu kan. Selang beberapa hari , kami pii semula hari bekerja dan tenang lah dapat menikmati roti sarang burung pula. 


roti sarang burung batu arang

Gerai roti sarang burung Batu Arang 

Roti sarang burung ni roti canai biasa juga cuma dia buat dalam bentuk lengkaran seperti sarang burung. Di bahagian tengahnya berlubang di isi dengan 2 biji telur setengah masak. Pastu atasnya di hidang kan dengan kuah yang rasa macam rendang ayam masakannya. 

Isi ayam di potong kecil-kecil dan rasa seperti rasa rendang. Di berikan juga kuah dhal untuk cicah. Pada selera kak ana memang sedap sebab kelainannya pada isi ayam tu. Kak ana tak pasti ia rendang atau apa, dan kuah dhal tu pun sedap kena pada selera kak ana dan suami. 


roti sarang burung batu arang


Kalau ikut kan, roti sarang burung nii, sama macam kita makan roti tampal lah kan. Tapi hat nii telur tu setengah masak memang lagi ngam sebab kak ana suka telur setengah masak ni, sama macam makan roti leleh tu bezanya ia roti benggali yang di bakar atas arang bersama baked beans, kicap dan serbuk lada sulah. Korang baca lah pada pautan kat atas nun, bagaimana rupa paras roti leleh. 

In Shaa Allah, kak ana akan repeat lagi roti sarang burung ni sebab sedap, tapi tak boleh selalu kerana ia tak baik untuk kesihatan laa kan. Roti canai tu agak berminyak dan telur pula ada kolestrol. Dah berusia ni kena lah ikhtiar jaga pemakanan, selebihnya kita berdoa supaya sentiasa di berikan kesihatan yang baik , aamiin In Shaa Allah. 

Roti sarang burung ni berharga RM4.50 atau RM5 ,kak ana tak pasti sangat untuk sekeping. Lokasi  nya di sebelah bulatan monumen Batu Arang berhampiran Klinik Kesihatan Batu Arang, mungkin korang boleh waze Klinik Kesihatan tu atau pun Roti Leleh Batu Arang, jumpa kut hehe. Gerai roti canai tu sebelah nya sahaja dan kak ana tak ingat lak nama gerai 😎😎. Tak pe sampai sana ada banner . 

3 Comments

  1. Seseali sedap gak layan roti sarang burung. Lepas makan minum lemon panas tanpa gula.

    ReplyDelete
  2. Sally tak minat sangat tapi kalau ada tu makan, kalau takde tak cari...gituu laa

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap la kak Ana
    Tak pernah try roti sarang burung ni walaupun dah lama viral

    ReplyDelete