Sempena cuti Tahun Baru Cina 2022, cuti panjang bersambung nampaknya nak nak lagi orang Kuala Lumpur yang bersambung sampai Khamis. Kak ana tak ada plan nak balik kampung atau bercuti ke mana-mana pun. Suami kena bertugas cuma cuti 2 hari sahaja dan melihatkan kesesakan trafik di mana-mana lebuhraya, kami bagi chance la pada mereka yang nak balik beraya dan bercuti, kami jenjalan KL pun okay dah..

Sebenarnya agak jemu dah nak pii mana , dengan cuaca agak panas sehari dua ni, shopping mall sahaja lah pilihan yang ada. Awalnya nak ke Lalaport, lokasi viral baharu yang sedang menjadi tumpuan ramai. Tapi bila tengok di sosial media belum banyak lagi outlet yang di buka di sana, sama seperti Pavilion Bukit Jalil.


The Canai Guys MyTown KL


Last-last kami ke Mytown. Guna khidmat waze pun terlepas gak simpang nak ke Mytown ni sebab jalan banyak simpang siur nya dan masih dalam pembinaan bila datang dari simpang Jalan Tun Razak. Bila ke Mytown ni memang cadang nak ke IKEA sahaja lah kan, tapi suami kak ana tak nak masuk parkir IKEA jadi kami ronda-ronda Mytown sahaja lah tak pii masuk IKEA.

Di ruang bawah MyTown memang cantik dekorasi bertemakan Tahun Harimau berwarna merah dengan hiasan bunga-bungaan. Lawa lah untuk berootd kat situ. Ada juga persembahan tarian singa. Dah habis ronda mulalah suami dan anak-anak lapaq ayaq. Haus ler tu..

The Canai Guys , MyTown KL 

Kami pun cari lah restoran nak lepak minum, kebanyakannya penuh juga. Ada yang dah siap makan pun seolah tidak mahu menginggalkan meja, erm... hinggalah kami jumpa The Canai Guys, bersebelahan dengan Mr Dollar. 


The Canai Guys


Tengok menu ada kalimah Bismillah dan yakin kami masuk untuk lepak makan dan minum. Menarik juga cafe ni. Menyajikan menu makanan Malaysia dan barat. Ala-ala kedai mamak gitu. Dari menu harga makanan di The Canai Guys ni pun tak lah mahal, mampu makan untuk semua In Shaa Allah..

Kak ana order murtabak ayam, suami lapar nasi pula walaupun dah makan tengahari sebelum maii sini tadi, dia order nasi goreng cina dan Adik Ika nak try wantan sup. Kak Long macam biasa tak nak makan sangat nak tumpang je menu yang ada.


the canai guys mytown kl

Air pula kak ana terliur pula nak minum teh halia sejuk dan suami kak ana order teh halia panas. Adik dan Kak Long try green tea sejuk. Sambil tunggu menu, pelayan berikan dadu dan plastik pemain untuk main game dam ular yang dah tersedia di atas meja. 

Kiranya tak lah terasa terlalu lama menunggu sambil main dam ular di meja. Tapi pastikan lepas main kita sanitized tangan atau basuh je dengan sabun di sinki yang di sedia kan di dalam cafe ni. Jangan leka naa..

Dekorasi cafe ni ala hipstur , dekor dinding, kerusi dan meja yang sempoi. Agak sempit juga lah tapi masih ada penjarakan di dalamnya cafe ni. Kaunter penyediaan minuman di luar dan dapur di bahagian dalam.


the canai guys mytown kl

Bila menu sampai, meh nak review sikit. Air teh halia sejuk dan panas tu memang padu, sedap cukup lemak dan rasa berangin halianya. Segar. Green tea pun sedap kata anak-anak cukup lemak manis dan rasa pahit teh hijau. Terbaik.


Untuk menu nasi goreng cina, sedap juga ada udang dan isi ayam yang banyak juga dalam nasi gorengnya. Berbaloi pada harganya, banyak juga dalam sepinggan tu, kenyang Alhamdulillah. 

Sup wantan ni biasa-biasa sahaja dengan mee wantan kuah sup agak kosong dan ada di sajikan dengan dua wantan goreng isi udang dan bebola ikan, kalau di berikan cili potong lagi sedap kut kan. Sebab rasa nya agak kosong. 


Murtabak ayam ni memang sedap pada kak ana. Isi ayam di balut dengan kulit roti canai dan di berikan 3 kuah sambal, kari dhal dan kuah kari. Isi murtabak pun padat dan penuh. Harganya RM10 kalau tak silap kak ana. 



Secara keseluruhannya kak ana boleh bagi 3/5 untuk menu dan 4/5 untuk dekor. Korang kalau ke MyTown boleh lah try naa.. mana tahu kena dengan selera korang pula. Kesemua menu yang kami makan ni untuk 4 orang cuma RM50 lebih sahaja.


0 Comments