Dah lama dah beroperasi di Anggun Rawang , cuma baru-baru ni sahaja kak ana direzekikan masuk ke cafe ZAS Rumah Kopi ni. Dekat jer dengan rumah dan tak jauh dari AEON , Rawang lokasinya.
Alhamdulillah.. ZAS Rumah Kopi ni pemilik nya orang Islam, kenalan jiran-jiran dan anak kak ana pun. Tertarik nak review dan ajak korang untuk lepak kopi di sini, In Shaa Allah.. sajian depa sangat kena dengan selera kak ana sekeluarga.
ZAS Rumah Kopi, Rawang
Cafe ni cantik dekorasi interiornya bertema lukisan mural dan gaya hipstur. Sesuai lah trend masa kini untuk photoshoot estatik kalau korang pandai dapatkan sudut atau angle yang menarik. Lepak selesa di ruang yang luas dan senang untuk penjarakan sosial tanpa hawa dingin.
Shot lot di Anggun ni memang luas dan berkonsepkan bumbung tinggi. Pengudaraan yang baik lah untuk lepak-lepak sambil mengopi bersama kawan-kawan dan family.
Sebenarnya kak ana kagum dengan idea dan kreativiti anak-anak muda sekarang dalam mengendalikan cafe-cafe sebegini. Alhamdulillah , makin ramai anak-anak muda khasnya orang Muslim menceburi arena pemakanan dan minuman dengan konsep baharu dan trendy, yang mana menjadi kesukaan warga kini.
Kita perlu berhati-hati dalam memilih premis makanan dan minuman ni. Kebanyakan cafe yang viral dan berkonsep hipster masa kini tidak mempunyai pensijilan Halal Jakim, jadi hati-hati nak lepak makan. Jangan kerana viral dan cantik , kita pun ikut dan share.
Ambil lah masa untuk research dahulu sama ada cafe tersebut adalah Muslim owner, Halal atau tidak. Kebanyakannya berstatus ' pork free ' , muslim friendly dan sebagainya. Kalau ada was-was dan keraguan lebih baik tinggalkan naa. ZAS Rumah Kopi adalah pemilikan Muslim, yang mana kita yakin dengan sajian halal yang di sajikan dan korang boleh lah rujuk di website mereka zasrumahkopi.com .
Cafe ZAS Rumah Kopi ni menyajikan pelbagai jenis minuman dan pastilah kopi adalah pilihan utama mereka. Menggunakan 100% arabica bean, premium chocolate dan teh. Di samping itu ada pilihan sandwish, roti goyang , kek dan pencuci mulut pada harga standard cafe-cafe sekarang ni lah..
ZAS Rumah Kopi di buka setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam . Korang boleh sahaja datang untuk dine in sarapan hingga lah dinner kat sini. Kalau maii shopping AEON tu tak jauh dah bersebalahan sahaja di Anggun City sebelah belakang.
Antara menu yang kami try di ZAS Rumah Kopi ,semuanya sedap pada selera kak ana dan keluarga. Kami lepak minum petang sat sini selepas beli barang keperluan di MR DIY berdekatan. Punya dah lama buka, ronda cafe hunting sana-sini baru ni nak singgah yang dekat dengan rumah.. huhu :)
Ada pelbagai menu minuman kopi sini , hat dalam gambar tu salah satu dari latte nama penuh dalam menu kak ana tak ingat dah , tapi usah risau nak minum kopi o pun ada je sini baru RM2.50 secawan untuk sajian panas.. Nescafe Kopi Kedah pun ado.. Tak yah risau tak pandai minum americano coffee 😊😊
Staff kat sini pun baik-baik jer , korang tanya lah sebelum nak order di kaunter nanti kalau nama menu-menu nya korang tak berapa nak faham tuu.. In Shaa Allah nanti depa akan terang kan atau korang study dulu menu dan harga nya di website depa tu, kan senang sampai sana boleh order dengan konpiden, bukan apa kak ana rasa ramai yang baru nak berjinak-jinak dengan coffee lover ni ada yang agak tak pasti dengan menu-menu kopi nii.. ye dak..
Kak Long makan nii roti titab dan harganya cuma RM6 sahaja satu set. Nii roti bakar lah dengan telur separuh masak dan kaya. Menu pantai timur kalau tak silap kak ana , roti titab ni..
Hat ni roti goyang, pun roti bakar dengan telur separuh masak, sedap pekena dengan kopi o. Satu set ni cuma RM5.50 .Nasi lemak atau set nasi ala carte pun ada kat sini, asam pedas kalau tak silap ..
Favourite kak ana pastilah kek chocolate premium nii dan juga mango cheesecake depa ni. Kak ana kalau pii mana-mana cafe hunting ni pasti akan try kek. Bukan apa, kita boleh tahu rasa homebaked kek dengan yang factory made ni.
Kek home baked pastilah lah sedap dan fresh kan. Ada pelbagai pilihan slice cake di ZAS Rumah Kopi ni untuk korang cuba. Harga standard kek di luar sana lebih kurang RM13 ke RM15 macam tu.
Hat ni antara signature dish depa yang kak ana recormended. Crispy Chicken Sandwish. Crispy chicken bites tu sedap rangup dan side dish dia ada tortila chip. Harga cuma RM15, berbaloi sedap dan kenyang makan.
Okaylah korang pii laa naa try sendiri menu-menu yang ada di ZAS Rumah Kopi ni di Anggun City, Rawang.waze jer sampai tuu.. Banyak lagi menu ada sana. Boleh lah lepak kopi di cafe cun dengan family dan kawan-kawan, semoga bermanfaat..
3 Comments
cantiknya rumah kopi ZAS selesa jamu selera
ReplyDeleteLama dah tak ke area Aeon Rawang ni...
ReplyDeleteWeekend ni boleh coffee hunting ke sini.
lapar terus nengok semua menu tu kak oi....
ReplyDelete