Korang dah siap sedia kah nak menyambut ketibaan bulan penuh keberkatan Ramadan Kareem beberapa hari lagi sahaja ? In Shaa Allah.. kali ini pasti akan meriah dengan bermulanya fasa endamik nanti di mana tiada lagi sekatan tertentu untuk kesinambungan kehidupan kita.

Cuma apapun masih perlu berhati-hati dalam tatacara semoga di jauhkanNya kita semua dari segala keburukan dunia akhirat, Aamiin. Nii kak ana nak share dengan korang nii.. Pagi ni kak ana ke Lulu Hypermarket di Setia City Mall. Rupanya sedang berlangsungnya Jualan Mega Ulang Tahun Pertama Lulu Hypermarket Setia City Mall. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Kak ana cukup suka membeli belah khasnya barang-barang dapur di Lulu Hypermarket Setia City Mall. Pertama ia merupakan pasaraya Lulu yang paling dekat lah dari kediaman kak ana. Dan yang kedua di Lulu Hypermarket ni khasnya bahagian groceries sangat lah lengkap dengan produk dan keperluan bahan-bahan masakan.

Tak kira lah nak masak menu masakan tempatan mahupun produk makanan import semuanya lengkap di Lulu Hypermarket. Produk-produknya segar dan pelbagai peringkat jenama ada. Dari luar dan dalam negara seperti produk Timur Tengah, Eropah dan sebagainya. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Tambah lah syok untuk membeli belah keperluan bahan dapur sepanjang Jualan Mega Ulang Tahun Pertama Lulu Hypermarket Setia City Mall selama 3 hari bermula hari ini 31hb Mac hingga 2 hb April 2022. Meh kak ana share apa yang sempat kak ana lihat antara produk terpilih yang di berikan potogan harga hebat sepanjang Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Sahaja lah naik ke aras 3 terlebih dahulu, cadang kak ana nak cari air fryer tapi terpandang lah promosi hebat jualan tv. Promosi pembelian  tv 65" ke atas kita akan mendapat diskaun harga sehingga RM1000 !! Wow!! Banyak tu diskaun harga. Kak ana ni ada gak berangan nak cari tv 75" ermmm... Kena bodek boss dulu nii, ada 2 hari lagi promosi bakal berlangsung. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Baru-baru ini, waktu Adik Ika nak fly ke Penang, puas kami cari luggage untuk nya. Tak sangka sewaktu Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall ni murah-murah juga harga luggage yang di tawarkan. Lain kali boleh maii sini kalau nak cari beg dan luggage . Dah laa comel-comel diskaun harga sehingga 70% pula.. Adoi.. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Turun ke aras 2 pula, pelbagai pilihan pakaian lelaki dan wanita serta kanak-kanak ada. Kat sini juga ada jualan promosi beg, aksesori, kasut dan sebagainya sedang berlangsung. Nanti-nanti lah kak ana maii sekali lagi kut-kut nak cari baju raya kan.. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


The best part pasti lah di ground floor ni, kak ana kan nak cari barang dapur dan keperluan sambut puasa. Tuu ampa tengok minyak masak jenama Alif 5kg di jual pada harga RM24.90 berbanding RM29.70 pada harga biasa sebelum ni. Boleh lah ambil sebotol buat stok di rumah sementara ada harga promosi ni. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Minuman Barbican kesukaan suami kak ana nii pula di jual pada harga promosi RM2.45 sebotol hampir separuh dari harga biasa. Boleh lah borong banyak-banyak kan. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Yang tengah nak cari stok beras basmati untuk masak aneka nasi waktu berbuka dan nak sambut raya nanti, korang boleh beli siap-siap beras Sunflower Basmathi ni pada harga RM32.90 sahaja. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Produk untuk bersahur seperti Quaker Oat, Koko Krunch dan coklat pun tengah ada harga diskaun. Mudah untuk persiapan nak bangun sahur kita dan anak-anak kan.. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Begitu juga di bahagian buah-buahan dan sayuran segar. Beberapa produk pilihan di berikan potongan harga yang sangat murah sepanjang 3 hari Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall. Antaranya tomato di jual cuma 99 sen/kg, begitu juga bawang besar dan buah epal cuma RM3.99 per kg. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Menu-menu ready-to eat pun ada harga diskaun sepanjang 3 hari ni, andai kata korang dah lapar waktu membeli belah singgah je makan Ayam Beriyani pada harga RM3.99 setiap 250g. Nak take away pun boleh. 


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall

Ayam segar dan daging juga tidak terkecuali di jual dengan harga murah.  Untuk ayam segar berserta kepala dan kaki di jual pada harga RM7.99 setiap kg, ikan siakap RM7.99 setiap satu ekor, potongan daging kerbau brisket ( India ) pula serendah RM13.49 setiap kg.


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall


Sempat juga kak ana usya-usya pan Tefal kesukaan kak ana , menarik ni ada potongan harga untuk produk terpilih pada cuma RM149 sahaja. Dan yang paling kak ana berkenan tuu periuk BBQ Relax tu cuma RM49.99 sahaja. Kena beli ni nak sambut raya nanti pasti meriah maklum lah dah dua tahun raya di rumah sendiri. 


bazar ramadan Lulu Hypermarket

Tambah memeriahkan suasana sambutan Ramadan di Lulu Hypermarket Setia City Mall ni dengan ruang BAZAR RAMADAN di ruang legar hypermarket ni dengan pelbagai jualan sempena ketibaan Ramadan dan Syawal yang bakal hadir. Perhiasan, kurma makanan timur tengah dan sebagainya turut di jual di ruang BAZAR RAMADAN Lulu Hypermarket Setia City Mall, Setia Alam . 



Jadi, cepat korang.. jangan lupa untuk ke Lulu Hypermarket Setia City Mall kerana mulai hari ini 31hb Mac sehingga 2 hb April 2022 berlangsungnya Jualan Mega Ulang Tahun Lulu Hypermarket Setia City Mall . Happy Anniversary Lulu Hypermarket, Setia City Mall dan semoga akan terus kekal menjadi pusat belah belah one stop centre di hati rakyat Malaysia.. 


2 Comments

  1. tengok dekat sini pun dah rambang mata, kalau pergi sana entahla kak oi... sedar-sedar penuh 1 troli

    ReplyDelete
  2. jualan mega kalau harga ok boleh memborong tu

    ReplyDelete