Ramai yang bercerita tentang lokasi makan Atsky di Kota Damansara ni, rakan blogger pun ramai yang dah review lokasi tempat makan viral. Atsky Kota Damansara ni sesuai lah untuk yang nak meraikan hari lahir, anniversari dan sebagainya. 

Ia mempunyai dua ruang makan, sama ada dine di dalam ruang makan yang berhawa dingin atau pun di ruang terbuka roof top di luarnya. Cuma kalau siang hari hanya ruang makan di dalam yang beroperasi dan untuk makan malam dan petang sikit baharulah di buka ruang terbuka di luar.


makan tengahari di ATSKY Kota Damansara


Makan tengahari di ATSKY, Kota Damansara

Yang kak ana nak kongsikan dengan korang ni, adalah makan tengahari kami sekeluarga di ATSKY, Kota Damansara. Dah tak tahu nak pii makan mana tengahari tu, Kak Long cadangkan kami makan tengahari ke ATSKY, Kota Damansara ni sahaja. Tak lah jauh sangat dari rumah. 


ATSKY Kota Damansara


Kak Long dah dua kali makan di sini , jadi dia dah tahu lah suasana sini. Dia maii celebrate birthday bulan November lepas, masa tu makan kat luar lah sebab waktu malam kan. Cantik view kalau makan di luar rooftop tu. Tapi kami maii makan tengahari , panas lit lit jadi makan lah dengan selesa di ruang makan dalam yang berhawa dingin. 

Ruang makan di dalam pun tak kurang menarik, cuma agak terhad . Ada deretan ruang makan untuk berdua disebelah dinding kaca, dan ruang makan keluarga di bahagian tengah ruang . Waktu kami dine in tu ada sebuah keluarga sedang meraikan hari lahir bonda mereka. Baik sangat keluarga ni, hantar kek birthday ke meja kami.. terima kasih dan sempatlah kami ucapkan selamat hari lahir buat bondanya.



Mahal ke menu makan di ATSKY ?

Selalunya mesti kita akan tertanya-tanya mahal ke makan di tempat-tempat viral dan grand macam di ATSKY ni? Sebab tu kak ana suka terbitkan setiap pengalaman di mana kak ana pernah makan, kerana kak ana ni di kalangan golongan marhein.. Jadi faham nak makan ke satu-satu tempat dengan keluarga ni kena lah tahu bajet dahulu, ye dak :) 


harga makan di ATSKY Kota Damansara


Korang jangan risau, menu makanan di ATSKY ni ada pelbagai pilihan mengikut bajet masing-masing. Harganya secara keseluruhan tidaklah begitu mahal, ada menu-menu yang memang tinggi harganya dan ada juga menu yang standard harga makan di kafe biasa. Ikutlah bajet masing-masing naa.. 

Di sajikan hidangan menu Barat dan juga tempatan. Tengahari tu kami makan nasi dan juga mencuba menu western di ATSKY.  Air biasa-biasa je kami minum ice lemon tea, limau ais dan sirap bandung. Suami dan Adik Ika lapar nasi jadi depa makan nasi , Kak Ana dan Kak long try western Mix Grilled.


menu di atsky


Hat nii set MixGrilled berharga RM36.90. Ada tiga jenis grilled dalam set menu ni iaitu grilled chicken, tenderloin steak dan lamb chop. Portion besar juga boleh makan berdua ni. Kak ana makan set ni pun kongsi dengan Kak Long. 


harga menu atsky


Dihidangkan bersama dua jenis gravy dan mashed potato. Secara keseluruhannya set menu ni sedap pada selera kak ana. Ayam dan lamb serta steak cukup masak well done dan lembut di kunyah. Perapan pun terasa rempah ratusnya, sangat berbaloi pada harga.


makan tengahari di ATSKY


Adik Ika memang tengah lapar nasi jadi dia order Kung Pao Chicken with rice . Harga cuma RM13.90 dan isi ayam di besar-besar. Sedap menu ni, kak ana pun try sekali. Ada rasa masam manis dan tak terlalu pedas sos nya. Menu masakan Thai agaknya kak ana tak pasti. 


menu makan atsky


Blackpepper Chicken with rice ni juga berharga RM13.90. Rasa masakan ayam lada hitam dia biasa sahaja seperti di mana-mana yang pernah kita makan, tapi set yang mengenyangkan.. Alhamdulillah.



atsky kota damansara

Untuk dessert pula kami pilih Chocolate Waffle pada harga RM13.90 . Sedap dan rasa premium chocolate pada topping sos. Memang kalau chocolate lover macam kak ana ni boleh tahu dah rasa coklat premium atau sebaliknya. Dua sos topping belgian waffle ni sangat premium melted chocolate. Recormended sangat. Total kami makan berempat di ATSKY tengahari tu cuma RM110 lebih kurang tak berapa pasti sebab resit dah hilang.. 😀😀

 Ada pelbagai Belgian Waffle yang ada di sini untuk korang pilih. Selain dari menu western grilled ada juga aneka pasta dan pizza. Kalau korang nak celebrate birthday di sini boleh lah reservation untuk dekor dan surprised kan yang tersayang. Semua ada di FB depa Atsky Kota Damansara.. 



6 Comments

  1. chocolate wafle nampk sedap sgt tu

    ReplyDelete
  2. Wah! ada mixed grill boleh rasa semua sekali

    ReplyDelete
  3. Mix grill tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. Semua nampak sedap tu Kak Ana...
    Sy suka kalau rakan blogger share harga, senang nak bajet :)

    ReplyDelete
  5. coklat waffle tu menarik nya la haaaiii... hahhaa
    ok bole cuba nanti ni.. first time tau kita tau tempat ni.. :) tq share

    ReplyDelete