Mee kicap wantan sedap di RnR Ulu Bernam
Lama dah kak ana tak singgah RnR Ulu Bernam ni jika dalam perjalanan balik kampung. Sebabnya jarang kami balik dari Teluk Intan ke Rawang menggunakan laluan masuk Slim River. Selalu suami hanya masuk hiway PLUS di Tanjung Malim.
Minggu lepas, kami balik dari Teluk Intan lepas waktu Subuh kerana malam tu hujan lebat. Mak tak bagi kami balik malam , suami pun masuk kerja lewat sikit jadi kami bertolak dalam jam 6:30 pagi lepas solat Subuh dari Teluk Intan.
Mee kicap wantan sedap di RnR Ulu Bernam
Sebelum ni ada lah sepupu kak ana , Lijah cerita dia selalu singgah makan di RnR Ulu Bernam kalau ke KL dan suka makan mee wantan di salah sebuah gerai di sana. Kami pun cadang nak singgah sarapan pagi di RnR Ulu Bernam sebab tu masuk PLUS dari Slim River.
Sampai di RnR Ulu Bernam kami pun carilah gerai menjual mee kicap wantan yang sepupu kak ana cerita tu. Di deretan sebelah pau Yik Mun tu gerainya dan tak ingat pula nama gerai, tapi ada satu gerai tu sahaja yang jual mee wantan . Terpampang besar sijil Halal Jakim pada gerai dan kami pun orderlah mee wantan kicap 3 dan suami order kuew tiaw sup.
Mee kicap wantan ni hadir dengan sup dan bersama kepingan wantan goreng serta sos cili pedas. Harga RM7 kalau tak silap kak ana, dan ia dalam portion yang agak banyak, sampai Kak Long tak habis lah pagi tu.
Rasa mee kicap dia sedap dan sup pun ada fish ball bukan lah sup kosong semata. Mee kicap ni memang tak pedas jadi korang kena makan dengan sos merah kalau nak dapatkan rasa pedas.
Ini pula kuew tiau sup yang suami kak ana makan. Pun sedap menu chinese nii. Banyak fish ball dan juga ada wantan goreng dalam sup putihnya. Kak ana memang suka menu ala chinese dengan sup putih macam ni untuk kuew tiaw sup. Makan dengan cili padi kicap untuk rasa pedas kerana ia memang tak pedas langsung.
Jadi kalau korang dalam perjalanan menggunakan lebuhraya PLUS dan berada di laluan hala selatan dari utara boleh lah try sendiri mee kicap wantan atau kuew tiaw sup kat gerai di sini. Sekarang ni hentian RNR kebanyakannya sudah renovation dan lengkap pelbagai shop lot aneka makanan. Meriah sangat kan.
Lagipun menu makanan di RnR ni semuanya bersih dan halal untuk di makan tanpa rasa was-was kerana ada pemantauan, In Shaa Allah. Berhenti lah berehat seketika, sebelum meneruskan perjalanan dan semoga perjalanan kita semua di berkatiNya dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa memohon doa perlindungan hanya dari Allah swt.. Aamiin..
6 Comments
aduh bila lah nak sampai sana tu kak oi.... memang nampak menyelerakan mee kicap wantan dan kue tiaw wantan tu... isi pun banyak
ReplyDeleteMemang nampak sedap
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
sy suka sup-sup macm ni, kalau dapat dumpling sup lagi laaa dengan sup-sup dia licin. hihi
ReplyDeleteSEDAP NAMPAK N BANYAK ISINYA
ReplyDeleteuii sedap ni.. saya sentiasa suka mee wantan
ReplyDeleteuish sedapnya
ReplyDelete