Menu masakan Kelantan di HAYAKI , Sunway Putra Mall
Terletak di aras 4 kalau tak silap kak Ana, bersebelahan food court , kami singgah makan tengahari di HAYAKI , Sunway Putra Mall baru-baru ini. Lama dah nampak cafe ni bila lalu lalang di aras ini untuk ke surau atau SSF , tapi ini lah kali pertama kami singgah.
Dekorasi luar cafe sangat old school nampak macam bangunan lama dan port cantik untuk ootd di aras ni. Pelbagai stall dan cafe pun ada untuk korang lepak mengisi perut sambil shopping atau movie time. Kak Ana biasa sangat ke Sunway Putra Mall ni kerana suami bekerja di bangunan berdekatan.
HAYAKI Cafe- Sunway Putra Mall
Memang tengah lapar nasi waktu tu, kami pun masuk lah ke HAYAKI dan nak try menu Kelantan yang ada kat sini. Kita diberikan menu dan note untuk isi sendiri menu pilihan, kebanyakan menu yang ada adalah berasaskan menu masakan Kelantan.
Ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi ulam, nasi kukus dan sebagainya. Masing-masing lapar nasi jadi kami pun orderlah dan menanti di meja untuk di hidangkan. Jom kak ana kongsikan apakah menu yang kami try tengahari tu di HAYAKI Cafe.
Kafe HAYAKI ini ada beberapa cawangan di sekitar KL dan Selangor dan menyajikan menu makanan Halal hasil dari carian di internet. Menu pun menu masakan Melayu Pantai Timur dan ada juga hidangan barat di dalam menu, pencuci mulut serta air.
Kami order air biasa-biasa sahaja dan ada dalam combo menu seperti teh o ais, kopi o ais, sirap bandung dan air sirap. Maklumlah nak makan nasi kan, kami jarang minum dengan air yang berat-berat.
Hat ni kak Ana lupa sungguh laa apa nama menu nya. Samada nasi kukus atau nasi berlauk. Di hidangkan bersama ayam panggang dan ayam tu sedap rasa perapannya. Ada sambal dan kuah gulai di sertakan. Harga sekitar RM10-12 macam tu memang tak ingat betul..
Adik Ika try makan nasi dagang gulai ikan. Sekeping gulai ikan tongkol bersama nasi dagang, sambal, sebiji telur rebus dan ulam. Set ni berharga RM9.90 .
Kak Long try nasi dagang gulai ayam. Sama seperti nasi dagang gulai ikan, cuma ia di gantikan dengan beberapa ketul ayam yang di potong kecil. Mungkin faktor harga ayam yang mahal , portion ayam nya agak sedikit dalam 3 ketul kecil. Set nasi dagang ni juga berharga RM9.90.
Kak ana try kedua-dua menu ni sedikit dan pada kak ana nasi dagangnya agak kering. Tapi okay lah tak lah mengecewakan , mungkin selera kak Ana lebih kepada nasi dagang yang lembut dan lemak santan seperti yang biasa kami makan di gerai-gerai. Apapun selera kita tak sama, kan.. Raikan perbezaan pendapat.. Kuah gulai ayam dan gulai ikan tongkol sesedap rasa, kena lah dengan selera kami, Alhamdulillah..
Suami pula try menu nasi kukus Hayaki Ayam. Nasi kukus is nasi kukus lah, perapan ayam goreng tu sedap dan best sebab ada di berikan sambal bilis kacang bersama set menu dan kuah gulai serta ulam. Sama juga set ini pun berharga RM9.90 .
Untuk pencuci mulut kami try pulut mangga ni pada harga RM6.90 . Hirisan mangga, santan dan pulut. Menu ini pun agak tak berapa kena dengan selera kak ana. Biasa-biasa sahaja. Pulut tu agak kurang lemak manis, agak tawar dan kalau tak silap bukan pulut susu seperti di kebanyakan pulut mangga yang kak ana makan di kedai Thai. Santan tu pun kurang lemak.
Mungkin tidak sama seperti yang kak ana selalu makan di kedai makan Thai atau kedai tomyam pulut mangga di sajikan dengan santan pekat lemak manis bersama pulut susu yang lebih sedap dan lembut. Namun harganya berbaloi lah cuma RM6.90 sahaja set. Lain kali kita cuba dessert lain pula, In Shaa Allah..
Seperti yang kak ana nyatakan, selera kita ni berbeza, ikut selera masing-masing. Hayaki Cafe mungkin lain resepi masakannya dari yang lazim kak ana makan, tak apa tak salah mencuba, kan. Menu makanan di sini di hidangkan dalam kertas di atas bekas makanan ayaman buluh.
Mungkin akan datang kak ana try nasi kerabu HAYAKI pula, mana tahu kena pula dengan selera kak ana ye dak.. Apapun kalau korang nak try sendiri menu dari Kelantan jika berada di Sunway Putra Mall, boleh lah ke aras atas food court area ni, kadang-kadang ada busker menghiburkan dengan alunan lagu sambil makan di luar cafe..
4 Comments
Nampak sedap2 belaka
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Sedapnya pencuci mulut tu! Dah terasa lemak manis mangga dengan pulut.
ReplyDeleteNasi kerabu Ayam Percik Hayaki sedap di branch Setapak. Portionnya juga mewah. Tak pasti pula rasanya sama atau tak di branch Sunway Putra Mall
ReplyDeletedana biasa makan di Hayaki gombak... tak pernah di dalam mall macam akak pergi ni
ReplyDelete