Bila hadirnya tarikh hari-hari istimewa buat insan-insan tersayang , pasti kita akan buntu memikirkan hadiah apakah yang hendak di berikan. Kak ana yakin lah ramai di antara kita ni, lebih suka dan menghargai pemberian hadiah yang memang di designed khas atau pun custome made untuk si penerima. 

Bayangkan kita menerima hadiah untuk hari jadi, anniversary , persahabatan dan sebagainya yang mempunyai nama atau wajah foto kita sendiri,pasti ia amat bermakna dari si pemberi. Kak ana sendiri suka memilih hadiah yang istimewa yang tak ada di jual di mana-mana tetapi dengan menempah dan design pada bantal, beg, mug, t-shirt malahan pada sarung kusyen dan sebagainya. Ini yang kak ana nak share dengan korang semua, di mana korang boleh membuat tempahan hadiah-hadiah dengan lakaran nama dan foto atau design sendiri... 


hadiah yang sesuai untuk tersayang


Pelbagai hadiah designed sendiri

Sebelum ini kak ana banyak menulis dan menerbitkan entri customized design ni untuk beberapa syarikat ternama. Alhamdulillah kali ini, kak ana nak berkongsi dengan korang, kedai cenderhati atau pun gift shop online adik ipar kak ana sendiri, Julia Alisya di Manjung, Perak. 

Rasanya adik ipar kak ana ni dah mulakan perniagaan untuk barang hiasan rumah dengan produk decoupage ni hampir sepuluh tahun yang lalu. Bermula dengan produk dekorasi rumah gaya Inggeris dengan teknik decoupage untuk hiasan dalaman rumah & pelbagai produk telah mendapat tempahan dari serata negara. 


hiasan decoupage


Kini Julia Alisya mengembangkan pula bisnes nya yang masih secara sambilan dari rumah dengan kedai customized design pelbagai hadiah untuk sebarang majlis untuk insan-insan tersayang. Kak ana sendiri sering kali menempah jute bag dengan tulisan nama dan juga bantal atau pillow dengan lakaran wajah foto anak-anak untuk di berikan sebagai hadiah kepada kawan-kawan kak ana. 

Jute bag / canvas bag printing nama


jute bag print nama


Antara yang sedang trend sekarang ini adalah jute bag atau canvas bag yang di cetak nama pada nya. Kak ana telah pun menghadiahkan dua orang kawan sekolah kak ana dengan jute bag dari Julia Alisya nii dan antara best selling item untuk produk keluarannya.

Korang boleh memilih warna, design kan nama untuk penerima tak pun untuk kegunaan sendiri ye dak. Maklum lah norma baharu sekarang ni perlu sangat pada side bag selain tas tangan untuk isi telekung, sejadah atau pun barang-barang kerja bila keluar rumah. 


jute bag printing

Korang nak letak nama anak ke, nama kucing ke, ikutlah kreativiti masing-masing nanti Julia Alisya akan print kan dan pos pada korang atau terus kepada penerima. Haa.. beg-beg macam ni cikgu-cikgu pasti suka kan... boleh lah buat hadiah yang sesuai untuk hari guru. Kak ana sendiri ada 3 jute bag pelbagai saiz dan designed dengan lakaran nama Anajingga, hadiah dari adik sepupu, Effa dan rakan-rakan blogger Shalimar dan satu lagi tak ingat dari siapa huhu... 

Decoupage gift untuk ibu 

Seperti yang kak ana cerita kan tadi, Julia Alisya bermula dengan produk hiasan rumah decoupage dan masih lagi menerima pelbagai tempahan untuk produk sebegini. Antara yang paling mendapat sambutan adalah tudung saji comel dengan design Inggeris. 


tudung saji decoupage


Ini kak ana cadang kan untuk pemberian hadiah buat mak-mak korang yang suka akan dekorasi gaya Inggeris di rumah. Cantik kan, ada pelbagai design decoupage yang korang boleh pilih. Nah!! Inilah hadiah yang sesuai untuk Hari Ibu.. pasti ibu akan tersenyum lebar dan hadiah ini istimewa kerana tidak di jual di mana-mana supermarket. Korang tempah lah untuk mak naa.. 

Mug printing design 


Mug printing design


Yang atas tu mug Kak Long, hadiah dari mak usu Julia Alisya nya waktu birthday yang lalu. Gambar Kak Long di jadi kan lakaran lukisan kartun yang comel pada sebuah mug. Sesuai lah untuk personal gift birthday kawan-kawan atau pun anak-anak kan. 

Lepas ni tak ada lah tertukar mug dah, masing-masing ada mug sendiri dan senang mak-mak nak pantau siapa yang tak basuh mug lepas guna haha!! Menarik kan, mug dengan print foto sendiri atau pun korang boleh sahaja nak print nama atau ayat-ayat, In Shaa Allah akan di tunaikan permintaannya...


mug printing


Kalau nak buat tempahan secara pukal untuk majlis korporat dan sebagainya pun boleh sahaja. Atau nak buat koleksi mug sendiri dengan designed pilihan pun bisa di aturrr gituew.. Kesemua produk boleh di pos ke seluruh negara dan banyak testimoni korang boleh lihat di Instagram dan Facebook Julia Alisya yang akan kak ana berikan pautannya di akhir entri. 


Tiffin, Table Runner, Bantal dan sarung kusyen printing 



tiffin design printing


Yang berderet kat dalam gambar di atas tuu adalah tiffin atau mangkuk tingkat. Hat tu belum pasangkan tangkainya lagi. Kalau korang nak sedondonkan hiasan rumah dengan satu design bunga yang sama, korang boleh lah buat tempahan set seperti sarung kusyen, table runner, tudung saji ,balang makanan dan sebagainya. Mesti cantik dan melengkapkan tema dekorasi rumah dengan gaya Inggeris. 

Sesuai juga di jadikan hadiah untuk mereka yang minat dalam mendeko rumah dengan tema-tema English Cottage sebegini kan.. Ermm.. idea lagi untuk yang sedang tercari-cari hadiah apa yang sesuai untuk ibu, isteri atau pun kawan-kawan. Tak pun hadiah untuk house warming, masuk rumah baru.. best kan mesti depa suka punyaa..


Bantal printing foto 


pillow printing


Ini pula antara designed untuk bantal yang mana korang boleh pilih nak saiz bantal square atau segiempat macam ni. Kalau banyak gambar nak print atas satu bantal korang collage kan ajer. Atau boleh sahaja pilih foto-foto yang sesuai untuk di hadiahkan buat yang tersayang. Rare kan.. hadiah korang kali ini. 

Untuk tempahan dan melihat pelbagai designed serta testimoni dari Julia Alisya ni, korang singgah sahaja ke mana-mana pautan yang kak ana berikan di bawah atau whatsapp terus untuk sebarang pertanyaan.. 


julia alisya



Facebook : Julia Alisya

Instagram : @juliaalisya




0 Comments