Restoran Pop Meals di Aeon Anggun, Rawang
Rupanya rangkaian restoran dan food delivery Pop Meals ni dahulunya di kenali dengan Dah Makan. Dua tahun lepas sebelum pendamik melanda, anak-anak kak ana selalu order food delivery melalu Apps Dah Makan ni waktu menuntut di Shah Alam, kak ana sendiri pernah mencuba menu-menu dari mereka waktu tu dan memang sedap-sedap di masak oleh chef-chef terpilih.
Dari perkongsian di internet, Dah Makan menjenamakan semula produk mereka dan kini dikenali sebagai Pop Meals Malaysia. Dari hanya menjalankan servis penghantaran makanan, kini kita dah boleh dine-in di rangkaian restoran Pop Meal di sekitar Selangor dan KL.
Restoran Pop Meals , Aeon Rawang
Salah sebuah cawangan restoran Pop Meals kini di buka di Aoen Rawang, tak jauh dari kediaman kak ana . Beberapa minggu lepas, kak ana bersama Kak Long dan Adik masuk lah menikmati menu-menu yang ada di sana, sempena promosi pembukaan mereka , gituew. Adik lah rindu sangat dengan kehidupan kampusnya, rindu nak makan menu yang dahulunya menjadi kesukaannya waktu Dah Makan di Shah Alam.
Pop Meals Halal ?
Macam selalu, sama ada entri berbayar atau pun entri review mana-mana tempat makan yang kak ana terbitkan, perkara pertama yang akan kak ana semak adalah status halalnya. Menjadi tanggung-jawab kak ana di atas setiap perkataan yang di tulis sekiranya ada keraguan yang di sampaikan. Khasnya dalam bab makanan kita sebagai umat Islam.
Jadi dari pencarian di internet sumber https://help.popmeals.com.my/support/solutions/articles/44001614376-is-pop-meals-certified-halal- dinyatakan " Modified on: Tue, 9 Mar, 2021 at 8:26 PM
Pop Meals guarantees that all the products manufactured in Malaysia are Halal.
Our Halal Advisory Council stringently oversees the whole chain of its halal food manufacturing processes to ensure Halal compliance with JAKIM's Halal Certification requirements.
JAKIM's Halal logo is displayed on all of our product packaging certifying that it has passed the tests of Halal compliance. "
Alhamdulillah selesai satu keraguan kan.
Cara order menu di Pop Meals
Restoran Pop Meals di Aeon Rawang ni terletak bersebelahan food court. Dari jauh dah boleh nampak kemeriahan warna oren terang tema mereka. Bila sampai di kaunter,korang perlu ke tablet yang di sediakan , pilih menu dan buat order di situ. Selesai kan bayaran dan ambil nombor order bawa ke meja. Nanti staf akan hantar menu yang korang pesan ke meja.
Atau korang juga boleh order secara online dari rumah siap-siap melalui apps Pop Meals dan datang pick-up atau dine in terus di restoran. Mudah kan, mereka juga menyediakan servis penghantaran makanan ke rumah dalam radius yang diperuntukan. Tak cover pun sampai ke rumah kak ana jadi kena lah maii sini makan.
Sedap tak menu-menu di Pop Meals ?
Untuk korang yang pertama kali nak makan atau order menu di Pop Meals ni, menu-menu mereka tidak sama untuk setiap hari, lain hari lain menu yang di sediakan, kerana itu korang kena downlod apps untuk mudah melihat menu apakah yang ada pada hari-hari tertentu. Lagipun terdapat pelbagai promosi dan diskaun harga jika membuat order melalui apps.
Hari tu kak ana dan anak-anak mencuba menu nasi dari Pop Meal, iaitu BBQ Chicken Rice set, Honey Soya Sauce Chicken Set dan Salted Egg Chicken kalau tak silap kak ana nama-nama menu nya. Korang boleh check di menu nanti nama menu yang betul naa.. Kesemuanya sedap dan kena pada selera kak ana dan anak-anak.
Kemudian kami juga pernah try makan mee kari dan juga mac & cheese bila kak long order bawa balik ( take away) ke rumah selang beberapa hari selepas itu, kedua-dua menu ini pun sedap sangat dan menepati selera kami.
Ada pelbagai lagi menu makanan tempatan dan antarabangsa yang di sediakan untuk pilihan masing-masing. Ringkas dan sedap serta mengenyangkan untuk sajian seorang. Di hidangkan dalam mangkuk kertas sahaja kerana sesuai dengan konsep mereka food delivery. Terdapat menu-menu dalam set kombo bersama minuman untuk lebih jimat.
Jadi kalau korang nak try menu-menu yang ringkas dan sedap ni boleh lah ke mana-mana outlet Pop Meals yang terdekat atau secara food delivery. Pada kak ana ia sedap, ini bukan entri berbayar, review ikhlas naa.. Paling kak ana suka pada sajian nasi nya sebab ia menggunakan beras yang sedap dan ala-ala beras nasi bento gitu. Tak pasti beras nasi jenis apa nii.. tapi kak ana suka.
Menu-menu pun pada harga yang sangat mampu makan, bukanlah harga kayangan. Boleh sahaja makan bersama keluarga atau kawan-kawan nak hangout. Pii try naa...
4 Comments
Pernah nampak tapi belum pernah cuba lagi..nampak menyelerakan
ReplyDeletesedap n ringkas hidangan nya
ReplyDeletenanti pi rawang kami try.....sodap eh nampak
ReplyDeletenampak sedap sekali :D want to try
ReplyDelete