Dah banyak kali dah kak Ana duk cerita tentang syampu pilihan utama muslimah di tanahair kita ni khasnya, pasti lah rangkaian syampu dan penjagaan rambut Safi Shayla. Di rumah kak Ana ni sendiri ada 3 muslimah yang semestinya menggunakan rangkaian syampu Safi Shayla. Masing-masing ada variasi nya tersendiri.
Untuk kak Ana ni masalah rambut gugur, Kak Long masalah rambut berminyak dan Adik yang agak aktif ni pasti mengalami masalah kegatalan kulit kepala. Sepanjang hari berhijab di luar dan amat penting untuk kita wanita ni menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala dengan penggunaan syampu yang sesuai.
Tak kira apapun peringkat usia, sebagai muslimah yang wajib mengenakan tudung menjaga aurat pasti ramai yang berhadapan dengan masalah kulit kepala jika tidak di jaga sebaiknya. Jangan jadikan alasan bertudung sebagai faktor penyebab kerana setiap dari kita perlu sangat kepada kebersihan dan penjagaan rambut dan kulit kepala.
Korang tahu tak, rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA kini dipertingkatkan dengan teknologi HIJAB SCALP BIOTICS. Jom kak ana perincikan apakah keistimewaan penemuan terbaharu ini khas buat pembaca blog kesayangan kak ana semua..
SAFI Shayla Teknologi Pertama Hijab Scalp Biotics
Memperkenalkan rangkaian syampu Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan & kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat & lebat.
Kita semua sedia maklum bahawa produk SAFI Malaysia mempunyai unit penyelidikan nya yang tersendiri yang sentiasa mencari penambahbaikan dalam setiap rangkaian penjagaan rambut dan kulit kepala khas buat pengguna. Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab.
Tidak mustahil bila kulit kepala sentiasa di lindungi hijab pasti akan ada kesan kepada masalah rambut dan kulit kepala kita, kan. Kerana itu perlu kepada penjagaan yang rapi setiap masa. Menurut kajian dan penyelidikan Safi Shayla, komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat factor cuaca yang panas & lembap.
Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala & rambut seperti kelemumur, rambut gugur & kulit kepala berbau & gatal mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.
Safi Shayla kini telah upgrade & diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bacteria baik, bagi mengembalikan semula/ mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala.
Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat & lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala & rambut.
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM!!! walaupun berhijab sepanjang hari!
Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala & rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.
Top 5 Syampu Safi Shayla yang paling popular:
Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla
– berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin. Ini pilihan utama bagi mereka yang mengalami masalah kulit kepala berkelemumur dan rasa dingin nya dapat menghilang kegatalan dan kerengsaan kulit kepala dengan baik melalui pengunaan yang konsisten.
Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla
– menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh. Inilah rutin penggunaan syampu kak ana setiap masa. Sedikit sebanyak ia mengurangkan keguguran rambut setiap kali bangun dari tidur. Kulit kepala terasa lebih segar dan walau pun makin meninggi usia masih punyai rambut yang lebat, Alhamdulillah, Korang pun mesti ramai yang menggunakannya kan..
Syampu Licin Terurus Safi Shayla
– melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut & senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut! Korang yang mempunyai masalah rambut kering mengerbang tiap kali bangun pagi, wajib mencuba menggunakan Safi Shayla botol pink ni. Memang akan terasa kelainannya.
Syampu Segar Bermaya Safi Shayla
– rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar & bermaya. Safi Shayla botol hijau ni pula pilihan Kak Long yang mempunyai masalah rambut berminyak. Selepas penggunaan kulit kepala terasa segar dan mengatasi masalah rambut berminyak dengan penggunaan secara konsisten dan jika serasi. Cuba lah naa...
Syampu Itch Kontrol Safi Shayla
– hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega & selesa. Adik pula menggunakan variasi Safi Shayla Itch Kontrol yang mengawal masalah kegatalan kulit kepala selepas aktif di luar dalam berhijab. Korang pun kena cuba sendiri sekiranya menghadapi masalah yang sama. Ia memberi keselesaan selepas cucian dan keringkan rambut dengan sempurna. Terdapat 3 lagi pilihan variasi rangkaian syampu Safi Shayla Kulit Kepala Berminyak ( botol kuning ) , Kawalan Rambut Rosak ( botol merah ) & Rambut Kusam dan Tak Bermaya ( botol ungu ) .
Dah hampir ketibaan Syawal ni, jangan lupa pastikan rambut kita sihat, segar & lebat dan tampil menawan dalam menggayakan hijab nanti dengan penggunaan rangkaian syampu Safi Shayla baharu dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics.
Samalah sepertimana yang kita amalkan keseimbangan dari segi pengambilan makanan ataupun penggunaan tenaga selama bulan ramadan ni, adalah penting juga untuk memastikan keseimbangan kondisi kulit kepala supaya boleh tampil dengan rambut sihat, cantik & lebat di sepanjang Syawal nanti.
Jom dapatkan & cubalah Safi Shayla sekarang di mana-mana stor berdekatan seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian dan sebagainya , ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee
1 Comments
SELAMAT HARI RAYA ANA N FMILI
ReplyDelete