Trend tudung raya 2022 : Koleksi Tudung Turki Cotton Wany Hasrita x Bidadari House
Suka sangat kak ana tonton si gadis manis Wany Hasrita ni bila menggayakan tudung di persada seni. Nampak anggun dan sopan, gadis muslimah dalam setiap busananya. Antara lagu yang kak ana kenan dengar di radio antaranya Belenggu Rindu duet dengan Dato' Jamal Abdillah tuu.. Dan yang paling popular Lagu Menahan Rindu lah kan..
Ermm.. best sekali sekala layan. Tapi hari ini bukan lah kak ana nak bercerita kisah dunia seni Wany Hasrita tetapi kak ana nak share dengan korang koleksi tudung yang baharu sahaja di lancarkan pada 7hb April 2022 yang lepas, dimana House of Bidadari bersama Wany Hasrita bergabung dalam Koleksi Raya 2022 TUDUNG COTTON TURKI .
Masyaa Allah.. cantik-cantiknya warna dan design Tudung Cotton Turki Wany Hasrita nii.. Berkenan sungguh kak ana , nak-nak lagi ia adalah bidang 50 & 55 . Sangat sesuai untuk semua peringkat usia dan dapatlah kita menjaga aurat sebaiknya, In Shaa Allah. Jom kak ana kongsikan apakah istimewa dan kelainan yang ada pada Koleksi Raya Tudung Cottton Turki Wany Hasrita ini..
Koleksi Raya 2022 Tudung Turki Cotton Wany Hasrita
Harga Tudung Turki Cotton Wany Hasrita Bidadari House
Kak ana faham sangat , aspek pertama yang kita nak tahu sebelum membeli tudung atau apa sahaja produk adalah harganya, bukan ? Ni nak bagitau korang harga koleksi Tudung Turki Cotton Wany Hasrita ni cuma dari RM89 sehelai..
Menampilkan 30 jenis rekaan warna pilihan untuk yang designed plain (kosong) dan 5 jenis bercorak di mana terdapat 6 warna untuk setiap rekaan tudung bercorak dengan design yang sangat eksklusif, modern dan cantik pada pandangan mata kak ana . Fabrik printed yang amat berkualiti, setanding harganya. Sekali pandang pasti berkenan. Di namakan Tudung Turki Cotton Wany Hasrita kerana koleksi ini menggunakan fabrik cotton yang dibawa khas daripada negara Turki itu sendiri.
Pilihan keluasan bidang 50' dan 55' memberi kesesuaian mengikut pilihan masing-masing dan pada kak ana sendiri ia cukup labuh dan mampu menjaga aurat kita dengan baik melalui pemakaian yang labuh menutup dada.
Lebih berbaloi dengan pembelian secara kombo dan di berikan juga hadiah-hadiah menarik untuk pembelian .
Untuk pembelian secara online , korang hanya perlu layari ke :
Atau walk in sahaja ke outlet Bidadari House di alamat :
58-3, Petaling Utama Avenue,
Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya,
Selangor
7 Comments
Zaman belajar dulu selalu ke Jalan Tar beli tudung Turki :)
ReplyDeleteWahhh best ada tudung koleksi baharu hehehe banyak lah tudung kat rumah nanti... Cantik lah kita pun suka design baru ni...
ReplyDeleteCantikkan Kak, Saya berkenan sungguh, suka sebab bidang dia labuh.. Saya nak beli selai cuba nanti buat raya..
ReplyDeleteKoleksi Enes Luxs memang menarik perhatian Sally betul la...dah la warna soft, corak pun tak berat sgt...ishh! Kena pulak dengan baju Sally byk yg plain...
ReplyDeleteCANTIK DESIGN DIA...Tahniah Bidadari House dan Wany Hasrita Untuk koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.
ReplyDeleteKita da try Marmaris Bold tu, memang best betul kain dia..nanti nak grab Istanbul dengan Izmir pulakkk 😍
ReplyDeleteCantik sis tgok design n color dia. Teringin sgt nak dapatkan satu utk raya ni
ReplyDelete