Kak ana percaya ramai di kalangan kita ni penggemar menu makanan Jepun. Dah jadi trend sekarang ni kan, anak-anak muda menggemari menu makanan Jepun dan untuk kak ana sendiri pun anak-anak antara penggemar sushi.
Menu makanan Jepun ni kebanyakannya adalah menu yang segar. Menggunakan bahan-bahan hasil laut yang kaya dengan sumber protein segar dari negara kepulauan Jepun itu sendiri. Sushi misalnya yang paling sinonim dengan makanan Jepun.
Sekali sekala apalah salah untuk kita tukar selera dengan menu makanan Jepun yang boleh sahaja kita sediakan di rumah untuk keluarga dan kawan-kawan. Inilah yang kak ana nak story dengan korang semua, rangkaian makanan frozen khususnya dalam penyediaan menu makanan Jepun dari KANIKA Food.
Kak ana ada sediakan 4 resepi menu makanan Jepun dengan menggunakan bahan mentah dari KANIKA Food iaitu Scallop goreng di makan bersama Sesame Dressing, Udon sup, Japanesse Rice Ball bersama Baby Octopus dan rice salad bersama 3 jenis chuka , seaweed, scallop dan jellyfish. Sedap tau korang kena cuba sendiri...
Rangkaian makanan frozen dari KANIKA Food
Amatlah mudah untuk kita mendapatkan makanan frozen atau sejuk beku khasnya dari negara Jepun di rangkaian produk makanan KANIKA food. Untuk pengetahuan kita semua , HSH Frozen Foods Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1991. Pada tahun 1996, jenama “Kanika” telah dicipta dan telah menjadi jenama terkemuka dalam produk makanan inovatif. KANIKA ialah pembekal makanan laut, ikan dan makanan sejuk beku Jepun Malaysia.
Perniagaan teras dibekalkan untuk memborong lebih daripada 1,000 jenis makanan laut beku ke hotel, pasar raya, restoran dan runcit premium berantai. Mereka memilih dan mengimport lebih 1000 produk dari lebih 20 negara ke Malaysia. Kami juga mengeksport keluar produk ke Hong Kong dan Singapura. Dan yang meyakinkan kak ana untuk berkongsi dengan korang semua produk makanan frozen KANIKA ini adalah kerana ia mempunyai pensijilan Halal negara pengeluar.
4 resepi mudah makanan Jepun dengan KANIKA Food
Kak ana katakan resepi-resepi yang kak ana nak share dengan korang ni mudah kerana serius ia sangat mudah. Kak ana menggunakan bahan frozen dan ready to eat sahaja dari rangkaian produk makanan Jepun Kanika.
Sedap dan amat mudah untuk di sediakan. Pasti menjadi kesukaan anak-anak. Jangan kata anak-anak , kak ana pun suka licin sepinggan di makan panas-panas cicah pula dengan deeping souce Kanika Sesame yang memberikan sentuhan citarasa Jepun.
Sangat lah mudah untuk menyediakan menu ini kerana ia adalah produk makanan frozen. Nyah bekukan seketika dan goreng di dalam minyak yang tidak terlalu panas pada api perlahan supaya ia tidak hangus salutan breaded dan masak elok bahagian dalamnya.
Sentiasa balik-balikkan dan toskan selepas di goreng kuning keemasan di atas kertas tisu dapur. Sedap sebagai hidangan snack di waktu petang atau nak buat sarapan atau bekalan anak ke sekolah pun sesuai kan.
Kak ana makan dengan cicah pula sos bijan atau Kanika Sesame Dressing ni bersama salad. Barulah citarasa Jepun . Korang kena try naa..
KANIKA Sesame Dressing
Hat nii memang kesukaan kak ana dan anak-anak untuk di jadikan dressing atau dipping souce . Sesuai kalau nak makan dengan salad, ramen atau jadikan dipping souce untuk sushi dan juga gorengan rangup macam Breaded Scallop tadi. Wajib ada di rumah khasnya penggemar makanan Jepun.
KANIKA Udon
Sejenis sajian mee di kalangan warga Jepun di kenali sebagai udon. Mudah untuk di nikmati kerana KANIKA ada produk Instant Japanesse Fresh Udon. Bagi yang mengidam nak makan udon, korang hanya perlu masakkan seketika di dalam air mendidih dan boleh lah sajikan dengan sup, hot pot , di jadikan mee goreng atau makan dengan sup kimchi.
Petang tu kak ana rebuskan KANIKA Instant Japanesse Udon dalam air mendidih kemudian makan dengan sup bebola ikan. Taburkan daun sup dan cili potong.. ermm.. Sedap sangat nak pedas boleh lah buh cili api kicap. Ikutlah selera masing-masing naa..
KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus
Sekiranya korang penggemar sushi atau takoyaki original dari restoran tau kiosk makanan Jepun , pasti selalu makan baby octopus merah nii kan. Kak ana pun baru tahu rupanya KANIKA ada produk KANIKA Frozen Seasoned Baby Octopus.
Ia dalam bentuk frozen food sedia untuk di makan terus tanpa perlu di masak lagi. Kak ana cuba jadikan sajian bento dengan nasi beras Jepun atau Japanesse Rice Ball. Cuma perlu nyahbeku kannya selama 1 jam sebelum di hidang kan terus bersama Japanesee Rice Ball dan salad.
Rasanya cukup bahan perapan dan masih terasa kesegaran baby octopus bila di kunyah dalam mulut. Mudah sangat dan pek yang kak ana cuba ni adalah dalam timbangan 500gram. Banyak isi baby octopus di dalamnya.
Bagi yang nak menonton sendiri video masakan Jepun dengan rangkaian produk KANIKA Frozen , cara nak buat Japanesse Rice Ball dan menu-menu yang kak ana sebut kan dalam entri ini boleh tonton sahaja di video di bawah :
Kak ana juga mencuba 3 jenis makanan frozen sedia di makan bersama rice salad dan dressing kesedapan KANIKA Sesame Dressing citarasa Jepun. 3 pilihan Chuka yang kak ana cuba adalah Chuka Kurage ( Prepared JellyFish ) , Chuka Hotate ( Prepared Scallop Lips ) dan Chuka Wakame ( Seasoned Seaweed Salad ) .
KANIKA Seasoned Seaweed Salad ( Chuka Wakame )
Boleh di jadikan topping sushi dan kak ana makan bersama Japanesse Rice dan salad bersama Sesame Dressing. Rasa segar rumpai laut yang hijau dalam bentuk ready to eat, cuma perlu nyahbeku kan sahaja selama 30 minit dan sedia untuk sajian. Kalau korang penggemar latok , rasanya ala-ala latok lah cuma ia tidak ada bijian yang letops dalam mulut tu huhu :)
KANIKA Prepared Scallop Lips ( Chuka Hotate )
Kemudian kak ana cuba pula makan Japanesse Rice Salad ni dengan KANIKA Prepared Scallop Lips atau ( Chuka Hotate ) . Pun tak kurang sedapnya ada rasa masam-masam manis pada scallop yang bagaikan rasa jeruk sedikit.
KANIKA Prepared JellyFish ( Chuka Kurage )
Menu makanan Jepun ni pastilah kaya dengan makanan laut mereka. Salah satunya adalah JellyFish ni laa. Sedap sangat, makan bersama salad atau pun di jadikan sushi. Apapun wajin lah kena ada dipping atau dressing souce KANIKA Sesame kesukaan kak ana nii.
Perapan pada jellyfish ni ada rasa pedas-pedas lembut dan masam-masam manis. Sangat soft rasanya dan sedap pada selera kak ana . Kak ana suka sebab kesemua makanan Chuka ni adalah jenis sedia di makan atau ready to eat dari frozen, nyah beku dan hidang kan terus. Tak perlu nak masak dah.
Kesemua rangkaian produk makanan segera dan frozen KANIKA boleh di dapati secara terus di pasaraya terpilih atau mudah dengan pembelian secara online sahaja di Shopee, Lazada, laman sesawang Kanika B2C .
Korang boleh sahaja dapatkan info promosi dan pembelian melalui pautan yang kak ana berikan di bawah :
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
1 Comments
Sally mmg selalu beli Chuka Idako tu, buat ratah je hahahaha...makan sorang je tak share punyaaa!
ReplyDelete