Hampir dua tahun juga tertangguh untuk Adik dan Kak Long mendapatkan lesen memandu kerana PKP dan ujian pendamik yang telah kita lalui sebelum ini. Di Rawang ni sendiri antara kekangannya adalah tidak mempunyai sekolah memandu atau institut memandu yang banyak. Setakad ejen tu memang banyak terdapat di sekitar cuma venue sekolah memandu adalah terhad.

Di tambah pula dengan perubahan SOP sepanjang pendamik yang lalu, walau pun dah daftar dan buat bayaran kelas masih belum boleh di lakukan. Dan bila dah mula di buka secara beransur, kena pula ambil giliran semula kerana ramai calon pelajar yang tertangguh sebelum ini. 


institut memandu KAMI , Rawang

Institut memandu di Rawang 


Setakad pengetahuan kak ana, kalau di Rawang ni, hanya dua venue sekolah memandu yang kak ana tahu. Satu Institut Memandu SAMY di Kuala Kubu dan yang terdekat dengan bandar Rawang adalah Institut Memandu Kami yang terletak di Sungai Choh, berhadapan simpang kilang Perodua , Rawang.

Waktu ke ejen SAMY di Lotus awal-awal dahulu, memang dah penuh dan yang terdekat pun sehingga hujung tahun baru dapat slot. Kemudian kami cuba di Institut Memandu KAMI di Sungai Choh, dapatlah tarikh yang lebih cepat sebelum PKP dahulu lagi. 

Institut Memandu KAMI, Sungai Choh, Rawang


Institut Memandu KAMI, Rawang


Suami setuju memilih Institut Memandu KAMI ni kerana lokasinya yang dekat dengan kediaman dan senang nak hantar ambil anak-anak ke kelas memandu. Urusan pendaftaran pun mudah kerana kami terus ke sekolah memandu dan mengambil lesen pun direct ke institut tanpa melalui ejen. Ketika pendaftaran kena buat bayaran dalam 30% untuk dapatkan tarikh untuk menduduk ujian L berkomputer. 

Sempatlah dua beradik ni ambil ujian L berkomputer , bukan di sekolah memandu tetapi di The Reef, berhampiran Lotus Rawang sana. Alhamdulillah sekali ambil lulus budak berdua ni, walaupun Adik tak sempat nak study sangat. 


ambil lesen memandu di Rawang

Selesai lulus ujian L berkomputer, sekali lagi sekatan PKP 2.0 dan anak-anak tidak juga dapat mengambil kelas belajar memandu sehinggakan tamat tempoh lesen L , 3 bulan. Akhirnya Adik dan Kak Long kena renew semula lesen L mereka pada bayaran RM30 seorang apabila dah dapat tarikh baharu selepas PKP3.0 di mana kelas akan mula.

Rugi lah RM60 walaupun bukan salah kita kan, tak dapat nak ambil kelas belajar memandu di sebabkan SOP PKP. Redha sahaja lah dah begitu kehendakNya. Dan bila mula kelas memandu di Institut perlu jelaslah lagi 40% bayaran yuran. 

Untuk pengetahuan semua , anak-anak kak ana mengambil lesen memandu Kelas D Automatik. Bayaran penuh yuran untuk mendapatkan lesen di Institut Memandu KAMI ni adalah sebanyak RM1551. 

Di mana pecahan bayaran adalah seperti berikut :

Pendaftaran +KPP01= RM400
Ujian KPP01 + Lesen L = RM400 
KPP02 +KPP03 ( 15.5jam ) = RM400 
Ujian JPJ + Lesen P = RM351 

Itu tak termasuk tamat tempoh L di mana kami kena renew Lesen L semula RM30 di pejabat pos. Apapun Alhamdulillah sekali test Adik dah LULUS dan dapat dah lesen P . Semua bayaran kat atas tu adalah pada masa dan tarikh anak-anak kak ana berurusan, sebarang perubahan kena lah rujuk pada Institut Memandu mungkin lain-lain harga atau pakej naa.. kak ana tak pasti.


ambil lesen memandu di Rawang


Sessi pembelajaran kelas memandu Adik Ika dan Kak Long pula cuma 3 hari ikut tarikh yang kita pilih. Setiap satu sessi kelas memandu dalam litar dan di jalanraya ambil masa 5 jam , ada sessi pagi dan petang ikut pilihan sendiri jika ada slot kosong. Sekiranya korang dah ada tarikh dan jam tapi gagal hadir akan di  kenakan panelti sebanyak RM100 , pastikan korang hadir kelas naa.. 

Kemudian ada ujian di sekolah sebelum kita ambil ujian memandu untuk mendapatkan lesen P bersama JPJ. Alhamdulillah Adik telah pun lulus dan dapatlah lesen P . Seandainya gagal bersama JPJ perlu lah ambil sekali lagi ujian dan ada bayaran tambahan di perlukan. Kalau nak ambil extra kelas belajar pun kena tambah bayaran mengikut jam. Semua tu korang kena rujuk kepada sekolah memandu masing-masing naa.. Kak ana sekadar berkongsi pengalaman anak sahaja di sini. 


sekolah memandu Rawang

 
Sepanjang sessi belajar memandu di sini, anak-anak kak ana belajar dengan kereta Perodua Axia. Sebenarnya bila kak ana ambilkan anak-anak belajar lesen memandu kelas D Auto ni kerana ia lebih mudah dari manual. Ini kerana kereta kami pun dua-dua jenis auto, jadi senang nak memandu nanti. Apapun terpulang lah pada masing-masing untuk ambil lesen jenis auto atau manual. Harga pakej pun tak jauh sangat bezanya. 

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya bagi anak-anak yang sedang mencari info untuk belajar memandu dan mengambil lesen memandu khasnya di sekitar Rawang dan kawasan berhampiran. In Shaa Allah.. 


4 Comments

  1. adik saya pun tak selesai lagi lesennya... byk sop untuk buat lesen

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH BOLEH BERJALAN JAUH

    ReplyDelete
  3. Syukur. Tahniah kalian dua beradik.

    ReplyDelete