Suami  kak ana suka sangat bawa balik baki duit syiling ke rumah dan isi ke dalam tabung lama Adik . Tabung Tom and Jerry masa Adik sekolah tadika tu masih ada lagi dan bila ada baki duit syiling, suami akan masukkan dalam tu tiap hari balik dari kerja.

Memang kebanyakan orang lelaki dalam walet depa tak buh pun duit syiling ni kan, berat kata suami kak ana. Beza dengan kita orang perempuan dalam purse tu ada ruang berzip untuk isi duit syiling dan biasanya kita akan guna untuk wang kecil bila membayar. Itu lah fitrahnya, beza antara lelaki dengan perempuan yang melengkapi antara satu sama lain. In Syaa Allah...


cara guna coun deposit machine di bank


Cara simpan duit syiling ke dalam akaun di bank 


Kadang-kadang dua tiga bulan sekali penuh dah tabung merah Tom and Jerry Adik dengan duit syiling ayahnya. Sebelum ni kak ana selalu jer kira siap-siap dan tukar dengan wang kertas di kedai-kedai Acheh di kediaman kak ana. Tapi bulan lepas, dua kedai kak ana try tanya depa tak nak dah.. depa kata dah banyak duit syiling. 

Malas nak merayap ke kedai lain, kak ana terus ke bank yang terdekat dengan kediaman kak ana, Ambank. Kak ana pun mempunyai akaun dengan Ambank jadi kak ana terus gunakan Mesin Coin Deposit. Haa.. lebih mudah dan relevan kerana Coin Deposit Machine ni semua duit syiling dia terima, kalau kedai acheh depa tak nak duit 5 sen. 


cara guna coin deposit machine

 
Zaman laa nii, 5 sen pun kalau kumpul bernilai jadi duit dalam akaun , kan. Banyak juga kepingan syiling 5 sen dalam tabung kak ana ni. Nii.. kak ana nak share dengan korang, yang banyak duit syiling tu boleh lah kumpul dan bawa ke mana-mana bank berhampiran korang, masukkan dalam Coin Deposit Machine dan terus masuk ke akaun korang. Tak lah dapat tukar terus ke wang kertas tapi masuk akaun dalam masa 2 hari dah boleh lah withdraw atau biar je dalam simpanan. Mudah sangat.. 


cara tukar duit syiling di bank

Sebelum korang bawa tabung ke bank, pastikan tak ada apa-apa klip atau bendasing dalam tabung, nanti kena reject dan rosak pula mesin untuk kegunaan orang lain, ye dak. Tak payah nak kira siap-siap sebab nanti mesin akan kira untuk korang. 

Langkah pertama , pii ke Coin Deposit Machine, biasa nya depa buh dalam bank bukan sederet ATM atau CDM, naa. Jadi kena berurusan waktu operasi bank lah.. Mesin yang kak ana guna di Ambank ni adalah jenis skrin sentuh ( touch screen ). Jadi ampa sentuh lah untuk memulakan proses.


cara guna coin deposit machine

Kemudian, ikutlah langkah dan arahan yang diberikan pada skrin satu persatu. Mula-mula masukkan nombor akaun bank dan nombor telefon.  Lepas tu, slot untuk masukkan duit syiling boleh di buka dengan menarik panel penutup dan tuangkan duit syiling ke dalam slot mesin. 


tukar duit syiling ke bank


Proses pengiraan pun akan berjalan dan sekiranya ada kepingan duit syiling yang tidak di terima ia akan jatuh ke dalam satu panel di bawah. Korang ambil dan masukkan semula ke dalam mesin kiraan dan cuma di benarkan 3 kali sahaja untuk ulang proses dan tambah duit syiling. Kalau reject juga tu, bawa balik sahajalah beli jajan.. :) 


cara guna mesin tukar duit syiling di bank


Selesai proses pengiraan dan penjumlahan duit syiling, akan di paparkan di skrin berapa ringgit yang korang dapat. Tekan "Sahkan Jumlah" pastu akan keluar sehelai slip penyata. 



Slip penyata ni bagaikan resit transaksi kita lah kan. Simpan lah mana tahu tiba-tiba duit tak masuk akaun ke boleh lah di gunakan sebagai rujukan. Selang dua hari dah masuk ke akaun kak ana sejumlah RM 70 lebih. Haa.. rezeki juga tu banyaklah juga pada kak ana dari hasil suami kumpul duit syiling. Pas nii kak ana nak tukar duit syiling ke bank sahaja lah nampaknya, lebih mudah dari pi dari satu kedai ke kedai bertanya nak tukar duit syiling ke idak... Semoga bermanfaat.. 

1 Comments

  1. Banyak jugak tu, lepas dua hari boleh makan sushi king, hihi.

    ReplyDelete