Persahabatan kami lama dah di pertemukanNya, di awal usia mengenal dunia luar. Se awal usia 7 tahun melangkah masuk ke alam persekolahan , darjah satu. Terpisah buat seketika di mana dunia waktu itu tanpa internet, bila masing-masing menamatkan persekolahan, lantas mengikut takdir menuju perjalanan haluan hidup masing-masing.

Kami kembali bertaut silaturrahim bila dunia kini tanpa sempadan, mengeratkan semula hubungan ikhlas dan luhur tanpa kepentingan sebagai kawan-kawan sekolah MGS. Ramai juga dalam group whatsapp yang kak ana admin kan, tapi bukan semua aktif dalamnya. 

Faham situasi dan rutin masing-masing tidak lagi seperti dahulu, mana yang aktif tu sering lah muncul. Dalam ramai-ramai tu, adalah sekumpulan kasih sayang yang benar-benar erat terjalin. Suka duka kami kongsi bersama dan bagaikan saudara eratnya. Ida Megat, Nonie, Linda, Riza, Gee, Lilik, Suzana, Yan antara yang paling akrab antara kami.


Namun faktor jarak memisahkan dan membuat kan jarang dapat bersua muka. Tetapi setiap peluang dan ruang yang ada pasti kami rebut untuk berjumpa , nak nak lagi setiap kali kak ana balik kampung, Teluk Intan kerana kebanyakan mereka masih di sana. 


Hi-tea di Rivertel Hotel, Teluk Intan


Kisah ni sebuah kisah throwback, selepas hari raya Aidil Fitri yang lalu. Sebenarnya banyak kisah yang bakal kak ana throwback dalam journal penulisan kerana sejak sehari sebelum Aidil Fitri 2022, kak ana sekeluarga menghadapi ujian dengan kesihatan mak. Aidil Fitri 2022 bukan lagi hari raya pada kami waktu itu, namun kami redha akan apa sahaja ujian yang Allah swt berikan kerana pasti ada hikmah di sebaliknya. 

Tak planned beriya sangat pun, Nonie ajak kak ana dan 2 lagi rakan Linda dan Riza untuk lepak hi-tea di Rivertel, Teluk Intan. Nonie maii ambil kak ana di rumah lagi bersama Linda. Kami jumpa Riza di lobi hotel dan terus ke coffee house untuk berbual sambil makan-makan. 


rivertel hitea


Menu yang di hidangkan di Rivertel adalah secara ala-carte sahaja dan tidak ada buffet pada hari tu. Kak ana dan Nonie makan Grilled Chicken Chop with Fried Rice berharga RM20. Sedap nasi goreng nya dan kita boleh pilih untuk sauce Mushroom atau Blackpepper. Kak ana pilih mushroom gravy . Cukup rasa dan perapan ayamnya pun sedap garing. 

Linda dan Riza pun makan nasi goreng juga tapi kak ana tak ingat dah yang mana dalam menu, maklum lah kisah ni dah lama kan.. Beberapa keping foto menu makanan pun dah terdelete dari galery phone kak ana. Begitulah galery seorang blogger memang penuh gambar makanan, sampai kadang-kadang nak clear space habis terpadam sedangkan belum pun siapkan task. 

Banyak juga pilihan menu yang di tawarkan di Rivertel, Teluk Intan ni seperti menu makanan western, burger, pasta, western fusion, Asian Delight, Nasi Wangi Series dan sebagainya. Harga pun masih berpatutan pada range makanan taraf hotel. 



Untuk pencuci mulut kami pilih sagu gula melaka , memang padu lah cukup pekat , cukup manis dan di berikan topping aiskrim vanila. Kak ana pilih Ice Lemon Tea untuk minuman dan kat sini harganya cuma RM5 sahaja mengikut menu yang kak ana cari di FB Rivertel, Teluk Intan. Korang boleh lah semak senarai menu dan harga di FB depa naa.. 

Coffee house ni terletak di aras 1 kalau tak silap. Bila sampai di lobbi hotel, buat pesanan menu dan bayar pastu boleh lah naik makan di aras atas. Selesa juga ruang makan dan bersaiz sederhana sahaja. Tak ramai pun pelanggan pada waktu kami di sini waktu tu. Alhamdulillah makan hitea kami tengahari tu Nonie yang belanja, semoga di murahkanNya rezeki buat Nonie sekeluarga, Aamiin. 

Sangat meyakinkan kerana restoran di Rivertel ini mempunyai pensijilan Pengesahan Halal , Alhamdulilah.. ada depa buh kat kaunter. Inilah kali pertama kak ana masuk dan dine in di Rivertel Teluk Intan ni walaupun tak jauh mana dari rumah kak ana di kampung. Biasalah kalau kak ana balik kampung jarang nak meronda sana-sini memang akan habiskan masa bersama keluarga masak makan di rumah. 

Cuma kini segalanya dah berubah bila mak kak ana telah kembali kepada Penciptanya pada 6 Julai 2022 yang lalu. Dan apa yang kak ana nak coretkan di ruang ini, kawan-kawan kak ana sentiasa ada bersama kak ana khasnya sahabat muslimah MGS . Di hari pengkebumian mak, Nonie, Linda dan Riza juga turut menenami kak ana dan pada hari raya Aidil Adha selang 3 hari selepas itu, Lilik pula datang ziarah bawakan juadah raya untuk kak ana sekeluarga.

Inilah nilai persahabatan yang sangat kak ana syukuri dan mereka lah sahabat dunia akhirat dan semoga kekal hingga ke syurgaNya. Sahabat yang jauh tak putus dengan doa-doa dan kata-kata semangat mereka sentiasa bersama kak ana hingga ke saat ini. Terima kasih sahabat muslimah MGS Teluk Intan. Persahabatan kami tanpa ada apa-apa kepentingan kerana kita semua kawan dari darjah satu... 



3 Comments

  1. Salam takziah buat Kak Ana sekeluarga. Maaf, sy baru tahu :(

    Alhamdulillah Kak Ana direzekikan sahabat2 yg baik2 belaka. Moga semuanya dlm kebaikan.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah kak Ana atas pemergian arwah Mak

    Seronoknya mini reunion macam ni. Semoga dapat buat dengan kerap dan agar persahabatan kekal kukuh hingga ke jannah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah reunion mengertkan ukhuwah

    ReplyDelete