Eco Grandeur tak jauh dari lokasi kediaman kak ana. Selalu kalau ke Shah Alam ikut jalan belakang melalui Persiaran Mohktar Dahari pun kak ana akan melalui Eco Grandeur..



Kawasan perumahan mewah ni, terdapatnya lokasi untuk lepak, makan-makan dan juga pasaraya untuk awam iaitu di Eco Grandeur Lab. Kalau malam memang meriah di Eco Grandeur Lab tapi di waktu petang nak-nak hujung minggu ramai datang santai di taman awam Eco Grandeur kerana ia mempunyai lanskap yang sangat cantik . 


Taman awam Eco Grandeur Puncak Alam


Taman Awam Eco Grandeur,  Puncak Alam 



Lokasi cantik ootd


Baru baru ni Kak Long dah dapat tarikh untuk konvo selepas beberapa kali tertangguh kerana pendamik. Semangat lah nak bergambar pre konvo dan dia memilih untuk photo shoot di Eco Grandeur ni sahaja. 




Di taman awam Eco Grandeur ni memang cantik untuk sesi photo shoot sama ada pre wedding , pre graduation atau nak ootd pun okay sangat. 





Ada pemandangan padang hijau yang luas, walk path, gazibo  , puzzle lanskap, taman permainan kanak-kanak dan menara putih di tengah bulatan yang cantik dekorasi langskapnya.


Taman awam Eco Grandeur


Kalau korang pandai cari angel yang menarik dengan editing serta filter, pasti akan dapat hasil gambar yang luar biasa. Cuma tengahari kat sini memang panas lit lit lah sebab ia kawasan terbuka. Tapi berangin.. 


Eco Grandeur lokasi ootd


Okay lah.. korang layan dulu beberapa keping foto yang sempat kak ana rakamkan  raw tanpa filter untuk tatapan korang sewaktu temankan Kak Long photo shoot pre convo nya di sini. 


Eco Grandeur Lab


Eco Grandeur taman awam


Eco Grandeur

Cuma kalau korang ke sini pastikan parkir kereta di tempat yang di sediakan naa.. ada peronda taman yang akan halau kalau korang parkir kereta di tepi tepi jalan atau bulatan. Parkir percuma jer di sini.. 



Untuk sampai ke lokasi cantik bergambar ni waze sahaja ke Eco Grandeur  , Puncak Alam dan lokasi ni selepas jambatan putih dan terokailah seluruh taman untuk dapatkan port yang cantik untuk ber ootd... semoga bermanfaat. 

5 Comments

  1. Tempat yang ada nama Eco ini memang cantik landskapnya kak, pernah pergi eco majestic semenyih dan eco galleria iskandar puteri johor..memang terpegun dengan landskapnya.

    ReplyDelete
  2. lokasi ni tak jauh beza dengan ecohill atau eco majestic kat Semenyih .. lawa la depa design , tapi mampu tgk la ni, nak beli rumah area situ blum sampai tahap kemampuan

    ReplyDelete
  3. cantik..ala2 overseas gtu...mmg ramai yg bergambr kt sini

    ReplyDelete